| PENAFIAN |
kepada pengunjung setia, a. lamanweb ini tidak ada kena mengena dengan sebarang parti politik, samada di peringkat domestik ataupun antarabangsa. b. lamanweb ini juga tidak ada kena mengena dengan sebarang pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sebarang pertubuhan yang ingin menyebarkan sebarang propaganda yang bertujuan untuk menghasut. aku tidak mempunyai sebarang parti politik kesayangan, kerana pada pendapat aku, politik adalah sejenis sistem paling merepek dan mengarut pernah dicipta dalam sejarah manusia, selain dari kapitalis dan komunis. c. sebarang artikel yang berada didalam lamanweb ini adalah pendapat peribadi aku sahaja. jadi jangan ada puak-puak fanatik di luar sana yang terlalu emosi sampai terluka bontot (english translation: butt-hurt). untuk makluman semua, aku menggunakan perkakasan sendiri yang jaraknya tak sampai 2 meter dari katil aku, mempunyai akses konsol terhadap sistem operasi, dan yang berhubung secara terus dengan pembekal internet, mempunyai alamat domain yang dilekatkan (bind) terus pada sistem aku sendiri, jadi aku mempunyai hak hampir mutlak dalam mengutarakan pendapat peribadi aku. aku bukan seperti penyangak dan penyamun di luar sana yang berselindung di sebalik *.wordpress.com *.blogspot.com www.facebook.com/pages/* dan sewaktu dengannya. apa barang guna free hosting, free services, lepastu melalak bagai nak rak?!?! d. bak kata pepatah, siapa yang gigit cili, dialah yang rasa pedasnya. kan kan kan? jadi kalau rasa taknak gigit cili yang berlebihan, sila tutup browser anda supaya anda tidak meneruskan pembacaan terhadap laman web aku ni. hokhokhokhokohkohkohk. anda dibenarkan untuk memaut sebarang artikel, imej dan sebarang objek yang berada di dalam lamanweb ini, selagi anda mengekalkan kredit kepada aku. ala kalau tak bagi kredit pun, ada aku kisah ke? ramai yang buat keje macamtu kat luar tu apo? hokhokohkohkhokhokohkohkohkohk mohd azuan johan 14/08/2004 nota: maksud "pengunjung setia", termasuklah manusia yang menaip URL secara manual, atau klik dari pautan dari lamanweb lain ataupun robot-robot dari enjin carian. sekian harap maklum |