ALL GOOD THINGS MUST COME TO AN END 
kepada pengunjung setia,

sekiranya anda membaca halaman ini, bermakna anda telah sampai ke sini menggunakan URL http://www.azuan.biz.tm samada secara terus, atau melalui pautan dari lamanweb lain.

adalah dimaklumkan bahawa:
LAMANWEB INI TELAH BERPINDAH KE http://www.azuan.my
sehubungan dengan itu, sila kemaskinikan penanda buku anda

domain www.azuan.biz.tm ini telah banyak berjasa kepada aku, sejak dari tahun 2004 lagi.

pada hari pertama aku bercadang untuk membuat lamanweb sendiri, menggunakan komputer sendiri, dan menggunakan talian internet sendiri (streamyx home, dynamic IP), aku telah memilih dan menggunakan dynamic DNS: azuan.dyndns.org

ntah apa masalahnya, domain tu disenaraihitamkan oleh pemiliknya, mungkin disebabkan aku melanggar TOS website tersebut. lepastu aku jumpa http://freedns.afraid.org dan sememangnya free dns hosting ni memang bagus, uptime 99.99%, untuk resolve & lookup pun tak amik masa yang lama. waktu tu aku pikir, domain apa nak guna. memandangkan aku memang TERAMAT SAYANG (baca dengan nada sarkastik) dengan TELEKOM MALAYSIA SENTIASA BERSAMAMU, maka aku pilih domain *.tm (sepatutnya untuk negara turkmenistan, tapi mungkin negara tu takda duit nak setup ISP dan NIC, maka negara lain yang handle TLD ni). jadilah ianya www.azuan.biz.tm

baru-baru ni, aku bercadang untuk menggunakan barangan buatan tempatan, jadi aku terjumpa satu provider domain *.my dan aku daftar www.azuan.via.my
tapi malangnya domain provider ni kurang efisyen, selalu timeout bila nak resolve & lookup hostname tersebut.

akhirnya, tanggal 15 JUN 2009, domain azuan.my telah didaftarkan di muka bumi ini. sehubungan dengan itu, dengan rasminya www.azuan.biz.tm telah bertukar menjadi www.azuan.my pada tarikh tersebut. cuma URL sahaja berubah, tapi perkakasan dan perisian yang digunakan masih sama seperti dahulu, dan lokasi pelayan web masih lagi sama, iaitu dalam bilik aku, cuma 1 meter sahaja dari katil.. hokhokohkhokohkohkohkohkohk


kepada enjin carian, diharap anda faham dengan command:

User-agent: *
Disallow: /

untuk domain www.azuan.biz.tm ni
hokhokhkhokhokhokohkohkohkho.

sekian harap maklum

mohd azuan johan
15/06/2009


nota: maksud "pengunjung setia", termasuklah manusia yang menaip URL secara manual, atau klik dari pautan dari lamanweb lain
ataupun robot-robot dari enjin carian. sekian harap maklum


klik sini untuk kembali ke laman utama