ETIKA BERINTERNET | NETIQUETTE 
memandangkan terlalu banyak SPAM yang aku terima sejak akhir-akhir ni, tak kira la kat memana jenis medium sekalipun, yahoo messenger ke, friendster ke, irc ke, forum ke dan sebagainya yang aku melibatkan diri, kat sini aku nak gariskan beberapa jenis etika berinternet yang patut diikuti oleh korang semua supaya tak menimbulkan perasaan marah sampai menyumpah-nyumpah, carut-marut (dipanggil sebagai wirid oleh sesetengah orang)

Yahoo Messenger


aku biasanya online hampir 24jam menggunakan ID azuanbest, manakala id azuanrj5 aku gunakan ketika di pejabat. senang cerita, bila aku di pejabat, dah tentu la aku tak tengok sangat id azuanbest tu ye tak? boleh tengok kalau aku rajin remote komputer aku kat rumah ni. tapi nak senangkan cerita, bila aku di pejabat, aku abaikan id yang aku gunakan di rumah. jadi kepada anda yang telah menambah id aku ke dalam senarai rakan YM dia, TOLONG JANGAN:

1. SPAM. hantar cerita pepelik, tak kira la samada hantar ceramah agama ke, cerita lawak jenaka ke, ataupun paste URL forum yang mintak aku respon, atau tanya soalan tugasan sekolah. ada 2 kategori senarai rakan dalam YM aku, yang aku bebetul kenal, yang aku tak berapa kenal. jadi yang tak berapa kenal tu, jangan la expect aku untuk jadi cikgu sekolah anda. pasal ceramah agama pulak, aku lagi suka kalau pegi kuliah subuh, ceramah agama yang ada penceramah dan pendengar di tempat yang sesuai. ini hantar ceramah agama melalui email, melalui YM, melalui bulletin friendster, dan ko expect untuk aku percaya?

2. masih lagi dalam kategori SPAM, tapi lebih kepada SEND TO GROUP. ya, yang ni memang jadi budaya beberapa ekor beruk (maaf dengan izin) yang tak faham etika penggunaan YM. memang YM benarkan korang send to many, send to group dengan hanya menaip sekali dan menekan sekali. kalau ada 10 orang dalam group tu, 10 orang akan dapat. masalahnya konsep ni telah disalahgunakan oleh sesetengah pihak untuk menanyakan soalan tugasan, kerja sekolah, atau dalam bahasa lain dia, NAK JALAN MUDAH.

aku takda idea nak taip lagi, tapi ada banyak lagi benda yang tak sepatutnya ko buat apabila melayari internet yang menyebabkan orang lain sakit hati. jadi kalau nak tau amenda yang boleh buat orang sakit hati, cuba tengok kalau ko sebarkan sesuatu, dan orang tu reply dengan tanda :E atau lebih teruk lagi :@), tu maknanya orang itu tak suka dengan apa yang anda telah sebar atau taip pada sesi anda dengan dia.

kesan daripada perbuatan tidak beretika ni? akses anda untuk menyembang dengan aku akan disekat, samada fungsi "ignore" dalam yahoo messenger atau friendster atau apa-apa jua jenis medium perhubungan atas talian, ataupun dibuang terus dari senarai (cara ni paling berkesan). tapi camana pulak SPAMMER yang lebih handal? dengan menggunakan kaedah menyerang, contoh YM bomb la, email bombing la, atau nuking la, lebih-lebih lagi hentaman tidak berfaedah terhadap lamanweb aku? yang tu kenala aku buat keje lebih sikit, sebab aku perlu update IP address yang digunakan oleh dia dalam firewall list.

benda-benda diatas terpakai bukan hanya pada penggunaan yahoo messenger, tapi kat memana medium perhubungan atas talian yang lain, termasuklah social networking portal seperti friendster, facebook, myspace dan sebagainya. pada setiap lamanweb tersebut disediakan kemudahan samada untuk komen, untuk mesej, untuk buletin dan sebagainya, jadi tolong jangan hantar benda pepelik dalamtu yang boleh menimbulkan kemarahan disebabkan anda tidak faham etika berinternet yang baik yang tidak akan menimbulkan kemarahan orang lain.

klik sini untuk kembali ke laman utama