THE END OF 2008 
Thursday, January 1, 2009, 01:52 AM
gilala... kejap sungguh rasanya tahun 2008 ni. rasanya aku masih boleh ingat lagi kejadian yang berlaku pada 1 januari 2008 haritu. ohkhkohkokhokhokhokhokhokohkoh. dan aku rasa aku boleh ingat lagi artikel yang aku taip pada disember 2007 tu.

adakah putaran bumi pada paksinya dah semakin laju? ataupun kehidupan semakin laju disebabkan masa seharian boleh dipenuhkan dengan memacam jenis aktiviti? aku rasa jawapan yang kedua ni sesuai, sebab kalau bumi berpusing makin laju, aku tak nampak pulak waktu menjadi lagi cepat dari 24jam dan 365.25 hari dalam setahun. masih sama, cuma yela, kalau nak diikutkan aktiviti aku seharian, bangun pagi pegi keje, tung tang tung tang, petang balik, pastu samada aku pegi bersukan, pegi berlari ataupun berbaring (dalam bahasa lain, tido. ohkohkohkohohkohkohkokh) jadi masa seharian tu dah makin pendek. pastu malam pulak kalau tak layan tv, keluar lepak dengan kawan-kawan, ataupun layan cerita yang aku download dari internet. sama jugak bila hari cuti, hari siangnya tu aku keluar pegi jalan-jalan takpun tercongok depan pc samada tengok cerita yang aku download dari internet, atau melayari internet, ataupun buat sesuatu menggunakan komputer aku ni, ataupun main game.

jadi itu pasalla masa dalam tahun 2008 ni begitu cepat berlalu untuk diri aku. esok dahpun bermula 1 januari 2009. dan benda yang sama akan berulang, dia bergerak dan akhirnya sampai ke 31 disember 2009, insyaAllah kalau diizinkan Allah. sepanjang tahun 2008 ni pun memacam benda yang berlaku, baik dan buruk. dan senario politik tanah air kita juga amatlah pelik sekali pada tahun ini. dan seperti tahun lepas, 2 puak: 1 warna hitam, 1 warna kuning, memang tak habis-habis dengan agenda pelik mereka membanjiri jalan untuk buat huru hara. aku takmo ulas kisah-kisah yang dah berlaku sepanjang 2008 ni pasal esok korang beli suratkhabar, akan ada ulasan kisah-kisah sepanjang 2008.

dan seperti biasa juga setiap kali menjelang tahun baru, maka berpestalah orang-orang kita di taman KLCC, dataran merdeka dan beberapa tempat lagi yang disediakan benda untuk berhibur. pandai-pandaila anda semua terutama yang beragama islam untuk menjaga diri anda. kita baru sahaja menyambut tahun baru islam beberapa hari 2 hari yang lepas.

al-fatihah kepada almarhum tuanku jaafar, yang dipertuan besar negeri sembilan atas kemangkatan banginda. semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.

takmo cerita panjang lebar, aku tutup coretan untuk tahun 2008 ini dengan ucapan salam tahun baru 2008 Masihi dan salam tahun baru islam 1430 Hijrah.
3 comments ( 7 views )   |  0 trackbacks   |  permalink   |  related link   |   ( 3.3 / 21 )

AIDILADHA YANG SEJUK 
Tuesday, December 9, 2008, 07:38 AM
hujan dari jam 3 pagi tadi sampaila 3 petang tadi. dalam erti kata lain 12jam hujan tanpa henti. tapi takla lebat sepanjang masa. masa memula dia turun pagi tadi je lebat, lepas dah pagi terus renyai-renyai sampaila pukul 3 petang tadi.



dan ini



aku belum penah buat rekod suhu kedua-dua jenis bacaan suhu tersebut. tapi senang cerita inilah dia antara rekod yang tersejuk sepanjang 5 tahun aku on komputer ni hampir tanpa henti.

tengok la "performance" hdd aku menurun bawah 50% apabila suhu harddisk tu jatuh pada paras 32 celcius. ya tuan-tuan dan puan-puan. kecekapan harddisk berkurangan apabila dia terlalu sejuk. jadi tolong jangan bubuh kipas terlalu banyak pada harddisk anda. masalahnya kipas yang menembak angin pada harddisk aku tu takda suis on/off, jadi aku biarkan jela macamtu sebenarnya suhu 36 darjah celcius yang dibaca untuk pemproses aku tu pun adalah tidak bagus, kerana apabila sejuk, pemproses menjadi kurang cekap. sama jugak la dengan enjin kenderaan, dan juga "enjin" manusia. apabila sejuk, rasa mengantuk, rasa nak tido :D lebih lagi apabila makan rendang daging pada waktu sejuk, lagila bertambah mengantuknya :D

oleh itu tuan-tuan dan puan-puan, jangan percaya kepada teori bodoh yang anda baca kat memana forum IT yang mengatakan bahawa sistem komputer yang sejuk adalah bagus. tapi jangan pulak sampai anda tak guna langsung sistem penyejukan. biarlah suhu antara 38-40 darjah celcius. pasal kalau terlalu panas, boleh rosak. apabila terlalu sejuk, kecekapan perkakasan tersebut akan menurun.

salam aidiladha. :W
4 comments ( 18 views )   |  0 trackbacks   |  permalink   |  related link   |   ( 3.3 / 22 )


Next Back