THE DAY AFTER OMBAK BESAR 
Saturday, January 1, 2005, 03:32 AM
aku masih belum balik dari pejabat lagi. kat luar tu hujan renyai2. sekarang ni musim tak menentu, kejap2 panas kejap2 hujan. sama macam kes ombak besar tsunami haritu. ribut tak ada, cuaca tenang dan cerah, angin pun taklah kuat alih2 zesssss. ombak besar datang menyapu segala apa yang ada kat tepi pantai dan persekitaran dia. dalam Islam ada dinyatakan berkenaan ombak besar, gempa bumi di dalam al-Quran. semua tu datang dari Allah samada berupa dugaan dan ujian, ataupun sebagai balasan bala dan azab kerana sesuatu kemungkaran yang berlaku. bila setiap kali bala yang berlaku orang akan menyangka bahawa kawasan itulah yang mempunyai masalah. tapi jangan tak tau, bahawa sebenarnya disebabkan perbuatan tangan manusia dan kemungkaran yang berlaku di tempat lainlah yang menyebabkan bala bencana itu berlaku di tempat lain juga. contoh paling mudah, pihak A membuat salah, yang menerima akibatnya pihak B. kita diumpakan seperti sekumpulan manusia di dalam satu bahtera. ada beberapa orang yang bengap kat dasar kapal, pegi tebuk lobang, alih2 air pun masuk. orang2 lain kat atas tu pun turut sama terkorban apabila kapal tu tenggelam tapi silap2 orang yang bertanggungjawab menebuk lobang tu terselamat. macamtu la kalau nak diumpamakan.

seminggu ni aku tak bersukan langsung. nak keluar jogging, petang2 macamni hujan. memang tak dapat la. sudahnya duduk rumah, makan makan dan makan dan tentunya berat badan pun akan bertambah.. huhuhuhuu.

sepanjang tahun 2004 ni boleh dikatakan banyak perkara yang suka dan duka yang berlaku sama di dalam Malaysia atau di seluruh dunia. tak salah kalau aku katakan bahawa bencana ombak besar tsunami ni adalah yang paling buruk untuk tahun ini, malah ada pihak turut menyatakan bahawa inilah bencana yang terburuk abad ini (ala abad ini pun baru je 4 tahun, bermula dari tahun 2000, huhuhuhuh). sehinggakan PM kita mengeluarkan arahan bahawa sebarang aktiviti menyambut tahun baru 2005 dibatalkan untuk kita bermuhasabah dan bertakafur di atas bencana yang menimpa sehingga mengorbankan beratus ribu nyawa. dengar ceritanya pihak yang bakal menganjurkan aktiviti besar-besaran malam ini juga dah batalkan aktiviti mereka tu. barang2, pentas dan kelengkapan yang dah dipasang, dahpun dibuka semula dan sumbat masuk kotak. baguslatu. bercerita pasal PM Dato' Seri Abdullah, harini aku rasa bangga sebab aku dapat bersalam dengan dia kat masjid Putrajaya tadi. beliau keluar dari masjid dengan pantas, berjalan laju, nasib baik aku sempat kejar, semata2 untuk memberi ucap salam dan berjabat tangan. khatib masjid putrajaya tadi pun menyampaikan khutbah berkenaan bencana tempohari sesuai dengan arahan PM yang menyuruh setiap masjid menyampaikan khutbah yang berkenaan. tak keterlaluan kalau aku katakan bahawa jemaah yang hadiri mendengar khutbah harini merasa insaf dengan apa yang dikhutbahkan dan apa yang telah berlaku. imam membaca doa Qunut ketika rakaat kedua solat sebelum sujud. dan juga tambahan doa yang berkenaan. selesai solat, jemaah melakukan solat jenazah ghaib (solat untuk jenazah yang tiada di depan mata dan tidak dapat dikenalpasti). selesai solat jenazah ketika imam membacakan doa, beliau sebak dan menangis di dalam doanya. air mata aku pun bergenang sikit masatu. emosi sikit. sesungguhnya beliau memang berasa insaf dan sedih dengan apa yang telah berlaku.

ucapan setinggi2 tahniah juga dengan kebanyakan sektor swasta dan korporat di Malaysia dengan sumbangan yang amat besar, ada yang sehingga mencecah 1 juta. diharapkan kesemua sumbangan tersebut berjaya disalurkan kepada yang memerlukan tanpa ada sedikitpun yang tercicir atau tersalah beri ataupun gagal disampaikan. semoga yang bertanggungjawab melakukan kerja tersebut akan menjalankan amanah tersebut dengan penuh tangungjawab, jujur dan amanah.

begitulah kisahnya untuk tahun 2004 ini. sama-samalah kita ambil iktibar dari kejadian yang sudah. sesungguhnya tak melampau kalau aku katakan bahawa kita sebenarnya masih belum sedar dan belajar dari bencana dan masalah yang sudah berlaku pada tahun2 yang sudah. seperti ribut taufan. banjir besar, sudah berapa kali terjadi tapi mungkin rasanya sebahagian dari kita masih lagi tertidur. aku pun bukan nak cerita aku baik dan tidak melakukan maksiat. tetapi sesama la kita menasihati diri sendiri, saudara mara dan rakan taulan, yang asyik melakukan maksiat tu, untuk tahun 2005 ni marilah kita menanam azam untuk menghindarkan terus maksiat dan mengelakkan bala. bagi yang sedang bercinta asyik mahsyuk tu, dah ada kemampuan, bernikahlah segera. jangan disebabkan dosa maksiat anda, saudara seagama yang tidak bersalah di tempat lain pula yang perlu menanggung akibat dari bala yang ditimpakan oleh Allah. semoga kejadian yang sudah memberi keinsafan kepada kita. Selamat tahun baru 2005. bagi yang sibuk hendak meletakkan kesalahan kepada orang lain (yang sibuk menyalahkan pemimpin, yang sibuk menyalahkan kerajaan, yang sibuk menunding jari) pesanan aku, nilailah diri sendiri dahulu, diri orang yang paling rapat, orang yang tercinta. adakah mereka tidak menyebabkan bala bencana menimpa? jangan lupa bahawa disebabkan dosa mulut juga maka bala bencana boleh menimpa. renung renungkanlah. selamat jalan 2004 dan selamat datang 2005.
add comment   |  0 trackbacks   |  permalink   |  related link   |   ( 3.1 / 30 )

AL-FATIHAH 
Tuesday, December 28, 2004, 03:28 AM
al-fatihah kepada umat Islam yang terkorban samada di utara semenanjung Malaysia, acheh, sri lanka ataupun barat thailand. semoga roh mereka dicucuri rahmat. semalam (Ahad) tercatatlah dalam sejarah untuk tahun ini apabila gelombang 'tsunami' hasil dari pergerakan bumi di dasar laut andaman, utara sumatera menyebabkan ombak besar yang bergerak beribu ribu batu nautika jauhnya sehingga merosakkan pantai di pulau langkawi, perlis, kedah, pulau pinang, sebahagian perak dan sebahagian selangor. ekor gempa bumi tu sampai boleh dirasai kat tanah besar negeri2 tersebut. biasanya bangunan tinggi la yang senang terasa berbanding bangunan 1 tingkat. walaupun Malaysia bukanlah didalam zon gempa bumi dan jugak gunung berapi, tapi ekor gempa tetap boleh dirasai. tu tak menghairankan sebab hampir setiap tahun gegaran kecik boleh dirasai kat KL, pulau pinang dan utara semenanjung. tapi kali ni disebabkan "2 pusat gempa berlaku" dalam masa serentak, dan di dasar laut pulak tu menyebabkan ombak yang agak dahsyat dan arusnya hanyut jauh sehingga boleh sampai ke semenanjung malaysia.

tengok la betapa dahsyatnya daratan dihanyutkan air laut. tu bukannya bebetul kat pinggir pantai tapi beberapa belas atau puluh meter dari pasir pantai tu. kuat tak kuat la ombak, tinggi sampai 5-6 meter. yang aku paham, kalau ombak yang dihasilkan ribut, arusnya kuat di permukaan, tapi tsunami ni menyebabkan arus kuat di bawah laut. sebab tu yang mati tu disebabkan ombak tu "menyedut" masuk ke dalam laut semula. rupanya dalam Malaysia yang boleh diklasifikasikan selamat rupanya masih lagi terdedah kepada ancaman bencana alam. walaupun kita tak ada gunung berapi dan tak ada pusat gempa bumi, tapi kita ada banjir.

kalau korang bukak lamanweb CNN BODOH harini, diorang siap buat satu gambar, gambar jambatan pulau pinang dengan latar belakang ombak tinggi yang nak hempap jambatan tu dengan tajuk "150,000 hilang tsunami di jambatan pulau pinang". kapir lahanat tu seboleh boleh nak kasik tahu satu dunia yang malaysia sebenarnya sedang dilanda bencana alam yang TERUK, dengan mangsa utamanya di jambatan pulau pinang. aku pun tak paham apa yang diorang dengki dengan jambatan tu sampai dia buat gambar macamtu. aku takmo tunjuk gambar tu dalamni sebab aku sakit hati tapi korang boleh pegi tengok website tu. mesti ada lagi punyala. angka korban kita tak la seteruk seperti di sri lanka dan acheh. sebab diorang lagi hampir dengan pusat gempa. kalau nak ikutkan mangsa korban kat songkhla lagi banyak berbanding di 3 negeri kat utara semenanjung tu. sebut pasal korban, aku terdengar kat berita tv tadi, ada satu nenek yang mati lemas ditenggelami (aku tak pasti samada ditenggelami atau rumah runtuh) air ketika sedang solat. mati ketika solat. bukan senang nak dapat macamtu.

dua hari lepas (Sabtu) komuniti PUTERA.COM telah mengadakan gathering mereka di taman warisan pertanian putrajaya. aku pun join sekali gathering ni untuk kali pertama walaupun aku dah melibatkan diri dalam forum putera.com ni bertahun tahun lamanya. masa gath tu boleh tahan la ada 30++ yang hadir. yang tak dapat hadir pun bukan apa, hari tu jatuh pada 25 haribulan, ramai sangat yang pegi kenduri kawin. aku pun kalau nak ikutkan ada gak kenduri kawin masa tu tapi disebabkan aku dah janji yang ni dulu, maka aku beri keutamaan pada gath ni. ala kenduri tu, nanti kalau diorang kawin 2 boleh la aku datang... hohokhokhokohkohkohkohkh. cerita lanjut boleh didapati di forum putera.com baca jela kat sana. ada gambar sekali. kat galeri foto aku pun ada gak aku bubuh gambar gathering haritu.

harini aku cuti, sebab nak habiskan cuti tahunan aku. jumaat ni aku cuti lagi. sebab lepas raya haritu aku masih lagi ada cuti berbaki 2 hari lagi... sebab aku masih dalam tempoh percubaan maka aku tak digalakkan untuk bawa cuti tu ke tahun hadapan. ala lagipun aku memang menghargai cuti yang dah diberi. jangan la risau.. hokhokohkohkho. harini jugak aku jadi mekanik moto. pam 2t aku bocor, minyak meleleh keluar. patutla aku pelik 2t aku tak sampai 3 hari dah habis. rupanya membazir macamtuje sebab bocor kat pam tu. aku bukak, rendam dalam petrol, pastu bubuh "gam gasket" pastu baru pasang balik. tadi aku test tengok ok je tak ada bocor. takpa esok aku pegi keje aku nak test tengok camana. memacam masalah gak aku dapat tadi, paip minyak tak cukup saiz la, pastu tersalah pasang la.. ohkohkohkohkoh. pengajaran dari peristiwa ni, jangan buat keje 'last minute'. aku memang selalu macamni, suka buat keje di akhir akhir waktu. agaknya dah terbiasa dari kecik la ni.. ishhhh.

disebabkan gempa bumi dan tsunami yang berlaku semalam, maka cerita sensasi bebaru ni pun tenggelam jap. apa lagi kalau cerita ";BATAL KAHWIN MELALUI SMS". biasala, bak kata offspring, she's got issue... nyehh nyehh nyehh. sekarang ni kita tunggu je apa yang akan terjadi di mahkamah. dalam hal ni aku tak memihak kepada sesapa pun. orang ramai rasa simpati dengan si pengantin perempuan sebab muka dia masuk suratkhabar, masuk tv, pastu dengar cerita sedih dia. sedangkan cerita sedih di pihak lelaki tak kedengaran pun. pihak lelaki pun silap sebab dalam keadaan macamni diorang amik keputusan untuk berdiam diri. disebabkan "bekas pengantin perempuan" nak saman lelaki kat mahkamah maka kita tunggu sahajalah episod seterusnya. pastu harini punya suratkhabar pulak janda anak satu yang baru je bernikah pastu kena cerai.... huhuhuhuhuhuhu memacam betul. cerita cerita sensasi menyebabkan isu siti dan saripah kita tenggelam! tapi aku memberi keutamaan kepada mangsa bencana ombak besar tsunami tu. yang lain lain tu, kiss my ass bebeh! korang patut bersyukur sebab korang tak dihanyutkan arus ombak besar tu. yang nak masuk mahkamah tu, tunggu la hari perbicaraan anda. takpayah la bukak cerita cerita sensasi lagi dalam akhbar. kalau pihak media tanya soalan, jawab je "tiada komen" kan senang?
add comment   |  0 trackbacks   |  permalink   |  related link   |   ( 3 / 21 )


Next Back