Tuesday, November 28, 2006, 07:24 AM
macam tahun lepas jugak asal november je hujan. tapi tahun ni taburan hujan memang menggila dari bulan 10 haritu sampai sekarang asal petang je hujan. malam pun hujan. tapi sejak seminggu ni tengahari dia panas terik kaw kaw punya, masuk je pukul 3-4 petang, hujan lebat kaw kaw. kepala pun pening woo ini macam.selasa ni kertas kedua dan terakhir untuk semester ni. kertas haritu hari khamis, rasa macam boleh buat pun ada, rasa macam takboleh buat pun ada. hokhokhokohkhoko. masa diberi 2 jam, sejam setengah aku dah buat siap semua lepastu hantar. betul salah taktau la, tapi tak konfiden sangat pasal apa yang aku baca banyak tak keluar. kesimpulan dari peristiwa ini, baca la semua.
aku baru balik main badminton kat kompleks sukan seremban 2. nah, kaw kaw aku main harini sampai air sebotol 1.5liter habis. kepala pun pening sikit ni pasal aku pulun abis main tadi. kira habis semua tenaga keluar la. sejak tempat kerja dekat ni, tenaga aku banyak tersimpan sebab aku tak perlu bertarung seharian pergi balik keje.. hokhokohkohkhokoh. pendek kata adrenalin aku tak banyak pakai pun. perubahan paling ketara adalah perbelanjaan seharian aku sebab aku isik minyak penuh tahan seminggu, tak macam dulu, hari hari kena isik minyak. lagipun elok jugak aku main badminton sepenuh tenaga harini pasal semalam kawan aku ada buat rumah terbuka sempena berakhirnya syawal. ayam bakar dengan kuah black pepper separuh ekor aku bedal. cendol 2 mangkuk. hokohkokohkohkohkh
tup tap tup tap tup tap kejap je dah penghujung 2006 ye. tak lama lagi muncul 2007 pulak. tadi aku dapat satu SMS pembunuh, ayatnya tanya aku lebih kurang macamni: "bila aku nak kawin?" hokhkohkoh. aku student lagi la, mana boleh gatal nak kawin. lagipun duit abih bayar yuran je. pompuan sekarang taknak kalau hantaran RM200 je. semua nak cecah ribu ribu, nak cecah hampir belas ribu. hutang aku dengan koperasi pun tak abih bayar lagi, nak suruh aku berhutang pinjam lagi semata mata untuk memenuhi ADAT orang melayu yang khurafat ni untuk bersanding, hantaran, kenduri blablabla dan sebagainya. mana nak carik duit dik oi.
siang tadi aku layan James Bond - Casino Royale. jalan cerita lasak macam bond terdahulu. watak bond pun watak baru. kira orang baru la. tapi tetap smart macam watak sebelum ni. cuma yang slek tang bond baru ni, dia tangkap cintan sama pompuan yang akhirnya tipu dia balik. siap resign dari jadi ejen tu semata mata sebab nak kawin dengan pompuan tu. pendek kata, bond kali ni bahlul sikit sebab senang ditipu oleh pompuan tak macam bond dulu, dapat pompuan je main, dapat pompuan je main. hokhokohkhokhokho. tapi tak membosankan la jalan cerita sebab banyak aksi. dan sekali lagi, aku berjaya menjimatkan RM10 duit tiket wayang sebab aku tak tengok kat wayang. okhokhokhohko. bukan setakat RM10. parking RM2, popcorn RM3, air RM2. banyak jugak aku save, sebab aku tengok james bond sambil kaki terangkat atas meja, tak pakai baju, sambil makan mee kari. dengan skrin 17 inci. ok apo?
banyak jugak movie aku download seminggu ni. cerita tom yum goong. tu cerita ongbak dulu, dia buat episod baru kalini berlakon kat amerika pulak. teruk la filem tu kali ni sebab tak nampak asli lagi dah. dah nampak metropolitan. tak macam ongbak 1 dulu yang lebih kepada ciri kekampungan, sesuai dengan seni mempertahankan diri tu sendiri yang bersifat kekampungan. ada satu lagi aku download, District B13 nama dia. cerita pasal samseng kat perancis. ok jugak cerita dia. cuma kena ada subtitle la kalau tak haram ko takkan paham. sama la macam tom yum goong tu. sebenarnya kebanyakan movie aku download walaupun bahasa inggeris, aku tetap carik subtitle dia sebab aku kekadang takboleh tangkap apa dia sebut dalam filem. kalau ada subtitle tu senang sikit match dengan apa mulut dia sebut waktu tu.
kalau ko seorang yang kaki wayang, pegi la tengok wayang, jangan ikut macam aku ni, sebab aku ni kedekut sikit. hokhokhokhokhokoh. sebenarnya bukan kedekut apa pun, tapi aku rasa duit yang ada sikit ni perlu untuk benda lain daripada pegi tengok wayang. jadi untuk taknak ketinggalan tengok filem terbaru yang keluar wayang, nak taknak aku pun kena la download.




( 3 / 32 )
Monday, November 13, 2006, 07:29 AM
tajuk gempak ye tak? hokhokhokhokhokho. kalau buat filem pun mesti meletup punyala. opss, jangan ingat aku cerita pasal aku berpindah dari putrajaya ke seremban pulak. takda kena mengena tu. hohkohkohkohkohkhapa yang aku nak cerita kalini, masih lagi berkisar kepada KEBODOHAN DAN KELALAIAN PENTADBIR SISTEM TEKNOLOGI MAKLUMAT yang bekerja dalam sektor kerajaan. apa yang aku nak tunjuk kalini, adalah SATU lagi lamanweb kerajaan, kalini kerajaan tempatan, bolehlah dipanggil sebagai kerajaan negeri yang telah digodam pada hari dimana PSM dan PPSM nya tidak lagi memikirkan soal kerja, tapi dok pikir malam kang, esok, dan lusa apa nak buat.
itu adalah lamanweb PERAK HULU. agaknya sebab nama dia pun hulu, maka kakitangan bahagian IT dia pun perangai macam hulu. biasanya dalam kes kerajaan tempatan macamni, yang mentadbir sistemnya adalah unit sistem maklumat kerajaan negeri, biasanya berpusat di SUK. tengok la sendiri camana dengan sayurnya sistem itu boleh digodam, diubah laman utamanya. memang la lamanweb kerajaan jenis macamni tak ramai pengunjung, silap silap cuma ada 2 orang pelawat je dalam sehari. malangnya, kejadian macamni secara tak langsung menyebabkan nama *.gov.my menjadi buruk dalam dunia siber.
baik di persekutuan, mahupun di peringkat negeri, mentalitinya masih sama, PSM dan PPSM nya datang dari orang yang pemalas, buat keje sambil lewa, tak up-to-date, tak 1337, pandai hanya kerana membaca buku, kerana CGPA tinggi dan sewaktu dengannya. hasilnya, dapatlah kita semua melihat lamanweb kerajaan dengan isi kandungan yang bukan isi kandungan sebenar.
sekarang ni musim hujan. kat sini asal lepas zohor je mesti hujan. harini aku tak keluar pegi memanapun, duduk rumah dendiam je sebab hujan dari tengahari sampai ke petang. hujan macamni yang sedap tido la apa lagi. ohkohkokhohkohkoh. sedar tak sedar, sekarang dahpun hampir pertengahan bulan 11. maknanya ada lagi sebulan setengah sebelum kita akan jumpa tahun 2007. memang cepat masa berlalu, lebih lebih lagi macam aku ni yang kerja sambil belajar. pikir pasal masalah kerja, fikir pasal masalah masa belajar. tapi aku jenis yang tak suka campur kedua-duanya. bila ditempat kerja, aku buat keje, bila habis kerja, baru buat keje sekolah. pendek kata, aku tak bawak masalah tempat kerja keluar, bawak masalah tempat belajar ke tempat kerja.
sampai bila kita semua perlu tengok lamanweb kita digodam? sebenarnya aku saja bawak isu ni sejak sebulan ni, bukan bermakna isu ni masih baru. dah lama dah dari awal negara kita mula menggunakan teknologi internet lagi sudah banyak digodam. aku rasa kes lamanweb terbaru nipun cuma akan DISEDARI awal orang diorang bila diorang terima email dari "seseorang yang prihatin", kalau tak tunggu jela sampai diorang sedar sendiri. kot kot kalau ada antara PSM dengan PPSM terlibat terbaca lamanweb aku ni, jangan pulak korang tuduh aku yang godam, sebab aku cuma memaparkan isu ni biar jadi sensasi, tak bermakna aku yang buat. aku belum cukup satu tiga tiga tujuh untuk buat macamtu. hokhokohkhokhokhok. dari sabtu 11/11/2006, mari kita lihat hari apa lamanweb tu akan kembali semua seperti sediakala. mari kita kira....
Next Back
Archives


