THE OFFSPRING -SHE'S GOT ISSUE 
Sunday, November 28, 2004, 03:17 AM
kelainan topik harini kita akan bercerita berkenaan selebriti tanah air kita. bulan ni kalau ko selak suratkhabar penuh dengan cerita cerita diorang ni jela. dan kesemua yang terlibat ni adalah wanita, oleh itu mari kita nyanyikan lagu THE OFFSPRING - SHE'S GOT ISSUES. muahahaha hokhokhokhokho

tadi tengahari macam biasala keje sekerat hari, pastu aku stay kat putrajaya lama sikit sebab ada jamuan raya besar besaran kat dataran putrajaya presint 2 tu. lepas melantak sate kaw kaw punya, aku pun balik ke pangkal jalan. haha. harini aku bawak kereta pegi sana. sampai rumah terus aku terbaring, penangan sate punya pasal. dahla aku sangkut dalam kesesakan lalulintas tadi kat semenyih. harini aku ikut jalan lama la. tak larat aku nak bayar tol dengan PLUS. harini jugak kempen pemakaian produk batik dikalangan kakitangan awam dilaksanakan. tapi aku tak pakai pun. pertama aku tak ada baju batik, kedua rasa tak best! cuma yang best tengok pompuan berkebaya batik. wahlaney! hahaha :P

berbalik kepada tajuk asal. bulan ni ada 2 isu yang teramat amat sensasi berkaitan artis kita. sesapa dikalangan kita yang suka mengagung-agungkan artis, pesanan aku, kurangkanla sikit fanatik ko dengan artis ko tu. cukup la setakat ko hafal lagu dia tapi takpayah la sampai ikut perilaku diorang sekali. mengikut laporan polis, tak ada bukti setakat ni yang mengesahkan cerita Dato' Sharifah Aini kita tu. pendapat aku mudah je. pertama, kamera CCTV tu bukannya sentiasa rakam pada sesuatu sektor/blok dalam masa yang sama je. dia berpusing pusing, melainkan kamera tu memang tembak kat sektor yang sama je sepanjang masa. tu sebab diorang tak nampak "penyerang" yang menyerang minah ni. tak tau la aku kalau minah ni sanggup upah orang debik dia sampai lebam, atau cederakan diri sendiri semata mata nak dapatkan simpati masyarakat. tapi tak mustahil pun, zaman sekarang ni memacam boleh jadi. orang melayu kita ni memang pandai berlakon wayang opera. hahaha. pastu hasil ujian darah pulak tak jumpa sebarang jenis toksik/racun. tak semestinya bila ujian tu negatif maknanya cerita minah ni tipu, sebab mungkin penyerang tu suntik air gula. air gula larut dalam darah sebagai gula, kalau klinik buat ujian toksik sampai mampos pun tak jumpa. haha. sepatutnya diorang sahkan cerita dia disuntik tu bersadarkan kesan suntikan kat badan dia. mesti ada bekas punya kalau tengok guna microskop. ke aku buat teori sendiri ni? hehkehke. tapi apa apa pun, aku suka dengan beberapa spekulasi yang aku baca bahawa minah ni dipukul oleh fanatik fanatik siti nurhalisak (bukan nama sebenar) kita sebab bebaru ni Dato' ni pernah dituduh antara artis yang menyebarkan (salah seorang penyebar) e-mail "fitnah" (wartawan kali ni pandai pulak guna istilah fitnah dan bukan GOSSIP ye? :P) penyanyi fofular ni. tu aku tak nafikan. sitisak (bukan nama sebenar) ni memang ramai peminat yang obses dan fanatik gila. kebanyakannya lelaki. jenis lelaki macamni dia sampai boleh bertindak di luar tabii kalau idola dia ni disakiti ataupun kena ejek. aku penah ejek minah ni depan sorang kawan aku yang memang fanatik gila dengan artis ni. boleh nampak muka merah padam dia. cuma dia tak mampu nak bubuh penumbuk kat batang idung aku je :P

seko lagi, tak lain dan tak bukan artis kita yang baru je menjanda, sapa lagi kalau bukan azlinda binti rafar kita. seperti cerita yang aku baca tahun 1999 dulu, dia menafikan gambar "PANAS" dia dengan eddry KRU tu, kononnya sebagai super-impose, palsu (in english its called fake), dan dusta semata mata. lepas dia buat laporan polis, akhirnya harini adala sorang pakcik ditangkap sebab menjadi orang yang menyebarkan gambar gambar tu. pakcik ni mungkin bukan pemula, mungkin dia ni tukang forward. ni satu lagi kelemahan pengguna internet di Malaysia. diorang suka main forward forward email yang diorang dapat kepada kengkawan lain. orang kita ni memang suka dengan benda benda macamni, terutama yang bersifat HOAX (sila baca definisi HOAX kat website antivirus). yang suka forward (jika anda forward 20 artikel ini anda akan dapat kemewahan). taik kobau! (english called bull shit). aku tak bagus dalam bidang agama, tapi apa yang aku faham, mempercayai sesuatu kuasa yang boleh merubah hidup ko selain dari-Nya termasuk dalam golongan yang syirik. camana korang boleh percaya bahawa kalau korang tak forward email tu korang akan ditimpa bencana? ko ingat Tuhan ko kejam ke buat hamba Dia macamtu? nampak sangat ko buat benda tu sebab takut bencana yang boleh ditimbulkan kerana tidak mengikut kehendak penulis artikel tu (tentulah kehendak penulis, sebab ko pegi cari dalam Al-Quran ayat mana yang cerita kalau ko tak mengajar ilmu kepada orang lain ko akan ditimpa bencana?). bila ko percaya benda macamtu maka anda akan tergolong dalam golongan yang berlaku syirik. sapa belajar agama mesti tau apa itu syirik dan apa kesannya.

ohok. jadik ustaz la pulak aku. tapi aku cuba nak membetulkan pemikiran orang kita ni tentang perkara perkara macamtu. nampak remeh tapi sebenarnya kesan dia besar. ok kembali kepada cerita linda kita ni. bagi aku mudah je, kalau dah buat tu mengaku jela, takpayah la berlakon wayang opera cina. (cerita di bawah mengandungi unsur lucah dan kekanak ribena bawah 18 perlu ditemani orang dewasa). pertama, cuba ko cari syarikat pembuat perisian yang mana satu kat dunia ni boleh buat imej muka ko tengah mengulum? dengan pipi mengelembung pastu dengan sudut yang betul tanpa sebarang kecacatan? kedua, cuba korang namakan negara negara di dunia yang menyebabkan lengan penduduknya ada kesan benjol sebab BCG/rubella/tanam cacar? ketiga, soalan ni aku suka tanya pada pelajar jurusan multimedia grafik. ada tak kesan sambungan gambar atau tampalan pada gambar? atau cara paling mudah, guna perisian "hex-editor" bukak binari gambar tu carik setiap baris berkenaan "jenis kamera". budak sekolah yang rajin membaca pun akan tahu gambar yang telah diubah suai, versi kamera takkan masuk dalam binary. cuma gambar yang original (asli) dari kamera digital sahaja akan menyatakan versi kamera yang digunakan dalam binary gambar tersebut. kesimpulan dari cerita aku ni? cuma Tuhan sahaja yang tahu. aku takmahu buat kesimpulan, cuma pendapat peribadi aku cuma satu, jangan keluarkan sesuatu kenyataan jika anda tidak tahu bagaimana sesuatu kejadian itu berlaku dari segi teknikal atau logik. hahaha. maksud aku lebih kurang macamni; "jangan senang senang kata "komputer tu tak best" padahal ko tak tau langsung apa itu RAM, apa itu processor, apa itu USB port. Sama samalah kita mengambil pengajaran dari peristiwa tersebut.

satu lagi yang bangangnya, tukang tukang forward ni diorang buat keje keje ni dari komputer sendiri kat rumah. pastu mesti dia tertanya tanya camana polis boleh tau. dah tentu la bila ko masuk internet (connect ke ISP), ko akan diberikan IP address. setiap transaksi ko kat internet, email ke bukak web ke apa ke, ko akan meninggalkan alamat IP ko. contoh macam email, kalau ko bukak header email tu, dia akan nyatakan "X-Originating IP" atau apa apa istilah untuk menunjukkan IP address si penghantar. ISP pulak akan rekodkan nombor telepon yang digunakan ketika ko melayari internet. sama la macam ko hantar surat layang tulis guna tangan, tapi ko tinggalkan samada kesan cap jari, ataupun ko jadi bodoh dengan menulis alamat ko sendiri kat belakang sampul surat. macamtu la lebih kurang. haha. oleh itu, berhati hatilah ketika anda melayari internet kepada setiap aktiviti anda dipantau. jangan ingat hari hari ko bukak website "kakiseks" (sebagai contoh), ISP yang korang gunakan tak tau. hehehehe.

anjing rumah sebelah aku ni sejak seminggu lepas asyik melolong je malam-malam. pagi buta pun ada. aku nak tido pun tak senang! sebab tuan dia pergi berkursus, tak ada kat rumah. kalau ikutkan hati memang aku nak rodok je dengan batang besi biar terburai isi perut, tapi bila aku terfikir yang pernah ada seorang pelacur memberi minum air kepada seekor anjing akhirnya dimasukkan ke syurga, terus aku tak jadi buat. bukan aku terfikir perkara berkenaan syurga neraka, cuma aku terfikir yang dia adalah binatang ciptaan Allah. memang dah sifat dia suka menyalak dan melolong. sama jugak macam manusia yang memalam dok melepak ka depan rumah atau kat tepi jalan pastu tergelak terbahak bahak, atau momokak kat atas jalan bawak kereta/motor guna ekzos ";BM-Power" ingat anjing suka ka dengar bunyik ekzos moto/kereta korang? hahaha. memangla sifat anjing tu najis, tapi cuba ko baca kisah anjing gua ashabul-kahfi baru ko akan tau kemuliaan seekor anjing. senajis najis anjing dia tak buang anak kat tepi jalan, tak gugurkan kandungan tapi manusia? renung renungkanlah.
add comment   |  0 trackbacks   |  permalink   |  related link   |   ( 3.1 / 106 )

PERUTUSAN AIDILFITRI 
Monday, November 15, 2004, 03:15 AM
aku jumpa menatang ni dalam friendster, iaitu tabiat pengguna internet di malaysia apabila melayari internet. bayangkan la dalam portal macam friendster tu pun masih ramai "sex-maniac" yang menggunakan tapak web tu untuk kerja kerja macamni:

Popular searches in my network
1. ramalan jodoh
2. pelir
3. new hair styles
4. zodiac love match
5. does he like you
6. fun personality tests
7. free mp3 songs
8. free ringtones
9. buka baju
10. nasha aziz


Muahahahhaha. tengok jela nombor 2, 9 dengan 10 tu. hahaha. pelik betul aku. harini punya "popular search result inside friendster" tu kira ok lagi, pasal yang lepas-lepas lagi memacam jenis "keyword" pelik pelik aku jumpa yang pengguna dalam tu taip. kepada sex-maniac warganegara Malaysia, pesanan aku, carilah jodoh anda, dan kawin kerana itu lebih halal dan diredhai. aku tak kata aku langsung tak tengok porno dalam internet, kencing la. dalam pc aku aje ada satu folder "khas" bersaiz hampir 100MB dengan beribu ribu jenis imej panas :P tapi takpayah la sampai meninggalkan kesan dan jejak dan rekod :P

aku baru sampai dari kampung pukul 10 tadi. ingat nak balik petang semalam (raya pertama) tapi hujan. ala bukannya jauh pun kampung aku dari sini, lebih kurang 35km je. 24 kali lipat kat bukit putus tu (jalan berpusing pusing) sampai la aku ke kampung aku. macam tahun2 sebelumnya, aku balik kampung naik moto je. malam 1 syawal haritu lepas makan, aku bertolak dari sini ke kampung pukul 9 30 malam. dah jadi kebiasaan aku beberapa kali raya lepas, balik memalam. jalan bukit putus tu memang gelap, memerlukan kecekapan ko kalau nak memandu di malam hari (kecuali kereta sebab lampu diorang terang. dahla visor aku bercalar, lagi la penglihatan kurang. ada satu tempat tu aku terpaksa bukak visor biar angin masuk dari depan sebab aku dah tak nampak jalan (walaupun lampu moto aku terang, guna mentol halogen lagi, wahaha). ramai orang cakap aku gilo sebab balik kampung amik masa tak sampai 30 minit dengan keadaan jalan macamtu. gilo apo nak bawak slow kat situ, dah la kereta berbaris, pastu banyak gas karbon monoksida (gas dari ekzos kenderaan). muahahaha. sampai satu ketika, potong punya potong, sudahnya aku paling depan, gelap terus tak nampak apa apa. menggunakan pengalaman yang ada (aku hafal pun jalan kat situ), lipat lipat la apo lagi. lagipun aku lancar jalan mana elok, mana yang rosak, mana yang ada lobang, melainkan lobang tu baru semalam terbentuk, memang aku langgar je la. ada satu lobang aku langgar malam haritu kat selekoh, mesti lobang tu baru terbentuk tu pasal tahun lepas tak ada lobang kat situ. hahaha.

1pagi raya macam biasala, bangun, mandi, minum air sikit pastu pegi masjid. tahun ni abang aku dengan bini dia dengan baby baru dia beraya kat kampung aku. ikut sistem penggiliran. hari raya pertama je sebab petang semalam diorang dah berangkat ke kampung sebelah isteri dia pulak. semalam aku memang terlambat pegi masjid, sebab sampai masjid orang dah habis takbir, dan nak bersiap untuk solat 2 rakaat yang pertama. nasib baik aku sempat angkat takbir 7x pada rakaat pertama. selesai solat dan khutbah, aku beraya kat beberapa buah rumah, pastu balik rumah, tido! lotih sial badan. dahla tengahari panas, pastu hujan. ku sangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di petang hari. haha.

pagi ni balik macamtu gak, cuma aku amik masa 35 minit je tadi. pelik betul, hari malam cepat hari siang lambat. betulla teori bangsat kawan aku, dia cakap "bila hari malam, semua benda mengecut sebab suhu jatuh, jadi jalanraya pun kecut dan memendek sebab sejuk" hahahaha. tu yang jadi pendek tu eh? kat luar ni sekarang panas boleh tahan la. sat lagi hujan la tu. lepas sampai rumah, abah aku pulak keluar balik kampung. abah aku semalam balik sini, tunggu rumah. rumah ni takboleh dibiarkan kosong. sebab aku tak percaya dengan orang sekeliling. bak kata pepatah inggeris "a good friend could be your worst enemy". hoh hoh hoh.

harini mentekedarah kuih raya jela aku. ada nasik himpit kat dapur, tapi aku lagi suka kunyah benda yang ringkas. mp3 raya sedang berkumandang kat pc aku ni, guna speaker Sony aku ni. kalau ada kekanak nak beraya kat rumah aku, jangan harap la aku nak bukak. pakcik takdo duit rayo nak haaa! ada lagi seminggu lagi cuti aku, tapi aku takboleh bersenang lenang, sebab minggu depan aku ada peperiksaan semester ni. doakan aku berjaya babeh!

kepada anda yang mengenali diri ini, jemputlah datang ke rumah aku di seremban. alamat? kalau ko kenal aku mesti ko ada nombor telepon aku. apola. telepon je la aku nanti aku kasik la alamat. hahaha tupun susah ka. oklah, akhir kata, sambutlah salam mesra (sambil menggoyangkan tapak tangan ala bob budus AF2) dari saya seisi sekeluarga dengan ucapan SELAMAT HARI RAYA ALDILFITRI, MAAF DIPINTA SAMADA YANG TERNAMPAK ATAUPUN YANG TERSEMBUNYI. Amin.
add comment   |  0 trackbacks   |  permalink   |  related link   |   ( 2.9 / 27 )


Next Back