Saturday, October 31, 2009, 07:50 PM
fehhhhhhhhh... harini hujan dari jam 12 malam tadi sampai sekarang ni. kalau cukup 12 tengahari kang maknanya hujan setengah hari la ni.3-4 hari lepas, panas sampai ke malam. sejak kelmarin hujan belah petang, semalam hujan petang, pastu malam sambung balik. bilik aku hari ni tak payah on kipas, pasal angin sejuk dari luar dah cukup. hohkohokhohokhoh
baru-baru ni keluar kenyataan dari pak menteri bahawa kereta-kereta yang ada di jalanraya ni cuma boleh digunakan selama 15 tahun sahaja. dan lepas tu scrap jadi besi buruk. dan yang kelakarnya, kenyataan ni dikeluarkan oleh si kepala botak perasan macam popular yang takda apa jawatan dalam parti tapi boleh jadi timbalan menteri. disebabkan guna pengaruh ayah dia. dalam bahasa lain, mengalahkan menteri, sedangkan dia cuma timbalan. ok berbalik kepada kereta ni (cerita pasal orang politik ni, macam meludah ke langit, silap2 kena kat diri sendiri pulak nanti
dan memandangkan topik sebelum ni ada bercerita soal slogan & motto baru p1, iaitu POTONG, aku rasa kepada syarikat pembekal WiMAX ni perlu la perlahan-lahan sikit bila membuat promosi ni. aku tak kisah kalau dia membuat iklan ala lucah sekalipun, apabila orang beranggapan bahawa iklan "potong" dalam TV tu seolah-olah macam KHATAN. atau dalam bahasa biasa, dah bersunat. sebab orang asia ni ramai yang pervert, jadi tak heran la dengan iklan tu. hokhokhokohkohkohkohkoo
kalau baca suratkhabar hari ini, abang kepada teo beng hock yang
dan baru baru ini juga kita boleh lihat krisis ketidakpercayaan beberapa ahli politik dari parti PKR yang sorang-sorang keluar dari parti kerana hilang kepercayaan kepada penasihat parti. kat sini aku rasa, kita boleh lihat senario politik di malaysia adalah mudah "kita bercerita tentang keadilan, ketelusan, kebolehpercayaan", dan apabila penyokong kita sendiri, walaupun 1 daripada 1,000,000 sekalipun yang hilang kepercayaan kepada anda, maknanya anda bukanlah seorang yang boleh dipercayai. lagi kuat anda berbelit, lagi bertambah ramailah orang akan keluar dan masuk parti anda. oleh itu, buktikanlah anda boleh dipercayai. tak perlu jadi "clean man", cukup sekadar cakap serupa bikin dan anda boleh dipercayai.
kepada kaki pelayar FACEBOOK menggunakan talian internet pejabat, menggunakan perkakasan ICT pejabat, aku ada 1 artikel yang patut dibaca oleh anda semua. jangan disebabkan anda, ekonomi negara malaysia menjadi tak menentu. hokhokhokhokhokhokhokhokhokohkohk




( 3.8 / 10 )
Tuesday, October 20, 2009, 04:25 AM
salam sejahtera. lama sungguh aku tak update buku555 ini. hokhokhokhokohohkohk. pasal aku tak berapa ada masa terluang. dan lebih lagi bulan ni cuaca agak panas, jadi mood untuk menjalankan hobi masa lapang ni takda. yaaaaaaaaa.. bertambah lagi sehari cuti-cuti malaysia apabila perdana menteri hari ini mengumumkan bahawa 16 september setiap tahun akan cuti, sempena dengan hari penubuhan persekutuan malaysia. AMARAN! jangan salah anggap bahawa cuti tersebut adalah cuti meraikan kegagalan rampasan kuasa pintu belakang, ok?
bagi yang tertanya-tanya, website ini masih lagi berlari(running) menggunakan windows server 2003 lagi. masih belum bertukar ke windows 7 lagi ye.
bulan syawal berakhir jua. aku rasa dalam sejarah hidup aku, tahun ni raya dia agak panjang. maksud aku panjang, orang yang merayakan tu. memang setiap tahun raya sampai sebulan. tapi tahun ni, radio memainkan lagu raya sampai sebulan, tak macam tahun sudah, lepas minggu ke 3, senyap dah. dan ramai orang buat open house sampai penghujung bulan syawal. seolah-olah kita takkan jumpa lagi syawal seterusnya, sampaikan semua orang beraya sakan
TM streamyx seperti biasa, meneruskan kesinambungan TALIAN BERMASALAH dia dari hari ke hari. dia macam graf sinus, kejap atas kejap bawah. dan hari ini, "intermittence" amat kerap berlaku. siapa yang tak paham apa tu intermittence, lebih kurang macam ko tak dapat constant speed dalam sesuatu masa la. pendek kata, kalau kelajuan maksimum ko 40kBps, dia akan turun naik, kejap 40, kejap 20, pastu turun jadi 5, pastu naik balik jadi 30, 40 dan begitulah seterusnya, turun naik. sebagaimana tabiat kakitangan TM, apabila diajukan masalah ini, jawapan mereka stereotaip; perkakasan pelanggan tu yang bermasalah! kalau aku sorang je dalam negara ni yang mengalami masalah intermittence ni takpa, tapi percayalah, setakat yang aku tau, ada 3 orang termasuk aku, yang mengalami masalah ini, dan masing-masing bukan rumah sebelah menyebelah, malah bukan 1 negeri yang sama!
bulan ini juga, perkakasan komputer aku menerima "keluarga" baru dan menyisihkan perkakasan lama, apabila aku menukar heatsink cpu, atau biasa orang panggil sebagai cpu cooler, daripada stock cooler buatan intel yang cukup-cukup makan, kepada coolermaster hyper 212 plus. tujuan dia? adalah untuk menyerap haba pemproses dengan lebih efisyen lagi. sebab cooler cukup makan buatan intel ini tak mampu menyerap haba dengan baik apabila pemproses dalam keadaan "lasak" atau dalam bahasa lain, 100% load.
Next Back
Archives

