DEATH MAGNETIC 
Tuesday, October 7, 2008, 04:28 PM
menatang apo tu? magnet kematian? sebenarnya itulah album terbaru metallica yang baru release bulan lepas. taktau la ada jual kat kedai ke tak, pasal tak silap aku album dia tak lepas untuk dipasarkan kat pasaran malaysia kerana dikategorikan sebagai "black metal" oleh KDN tahun lepas kalau tak silap. taktau la pakar mana yang buat kategori tu, mungkin disebabkan kumpulan ni ada album yang dinamakan "black album", maka dia terus dicop sebagai black metal la kot? :D tapi yang sebenarnya mereka membawa konsep "heavy metal" dan bukannya "black metal". jadi kalau album tu takda jual kat kedai, boleh didapati di channel mp3 di IRC, ataupun boleh download seluruh album melalui torrent (adakah aku menggalakkan piracy? hokhohkohkohkohkohkohkoh)

bagi aku yang baru je dengar lagu diorang, aku rasa zaman diorang mencipta lagu mungkin dah tamat kot. sebab lepas dari album reload sekitar tahun 1997-1998 dulu, album seterusnya dah kurang sikit dah kualitinya. kalau baca review dari seluruh peminat serata dunia, diorang akan kata "black album" (bukan black metal) adalah album yang paling bagus sekali dalam banyak2 album. tapi album kalini diorang kembali kepada key asalnya, iaitu "standard E". sebab selepas "black album", agaknya mungkin sebab james hetfield tak larat nak bawak suara ikut standard E, maka key nya diturunkan kepada Eb (dibaca sebagai E flat, atau D sharp, ikut selera tekak memasing). dan album yang sebelum ni lagi teruk, kerana diturunkan key nya menjadi C. memang buruk gila bunyinya kerana bunyi C yang terlalu mendap. agaknya waktu tu dia menghidap semput kot, tak larat nak ikut standard E. dan sekarang diorang kembali kepada keytone yang asal. mungkin penyanyinya dah minum madu campur telur ayam kot? hokohkhkohkohkohkoh :D

anda masih lagi beraya? udah-udah la tu. dah seminggu dah kita menyambut hari raya aidilfitri. memang la kita boleh berkunjung-kunjungan, tapi takyah la kemaruk sangat. yang bestnya tu, puasa tak penuh (tak kira la sebab saja tak puasa, atau tak dibolehkan berpuasa), tapi rayanya kemain sungguh, mengalahkan orang yang berpuasa penuh. namun begitu yang amat dikesalkan ialah mereka-mereka yang (aku pun taktau apa motif diorang) setiap tahun asyik guna istilah "EID MUBARAK", untuk menggambarkan bahawa mereka adalah student poyo yang belajar luar negara, atau pernah belajar di luar negara. pulak tu boleh hantar bulk message samada guna instant messaging ataupun SMS, dengan ucapan macamtu :@) apa salahnya ucap selamat hari raya aidilfitri? aku reply balik sms tu "amenda yang ko ucap ni? maaf la aku tak belajar bahasa camtu jadi aku tak paham". okhokohkohkohkohkokh

sempena dengan berakhirnya ramadhan dan lepasnya syawal, maka bermula la semula musim aku kena pegi kelas setiap hujung minggu. sebenarnya semester ni dahpun bermula sebelum ramadhan haritu, tapi aku mintak kepada tutor aku supaya tangguhkan sesi sehingga lepas raya, sebab sekarang ni pun aku cuma satu-satunya student dia, jadi cara pembelajaran pun dah berubah. jadi kelas boleh buat ikut suka hati. dan memandangkan tutor tu pun setuju bahawa adalah tidak best mengadakan sesi pertemuan pada bulan puasa, kerana akan menyebabkan mengantuk dan lapar yang teramat sangat, maka dia pun setuju kelas diadakan selepas musim raya. maka hujung minggu ni bermulalah kelas pertama aku untuk semester ini.

sekian berita
5 comments ( 21 views )   |  0 trackbacks   |  permalink   |  related link   |   ( 3 / 30 )

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 
Friday, October 3, 2008, 04:37 AM
walaupun dah masuk hari raya yang kedua, masih tak terlambat lagi untuk aku ucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir (dan batin kot ada) :W sepatutnya aku buat topik ni 1-2 hari sebelum masuknya bulan syawal, ataupun sebelum timbulnya anak bulan syawal, memandangkan aku agak sibuk sehari dua sebelum ni maka tak dapat la aku nak create topik ni.

jadi anda bolehlah mendapatkan kad raya alam maya dari aku di http://www.azuan.biz.tm/link/redirect.azuan?name=raya

selamat hari raya. semoga kita dapat berjumpa lagi ramadhan & syawal di tahun hadapan. :W



akhir kata, kepada anda semua, terutamanya pelajar-pelajar universiti kita yang mindanya begitu banyak disogok dengan ungkapan-ungkapan pepelik tu, belajar la untuk ucap "selamat hari raya aidilfitri" dengan baik. bukan apa, anda lahir kat malaysia, bangsa melayu, rasanya tak susah nak taip selamat hari raya dengan elok. takpayah la guna bahasa arab la, perancis la, jerman la, rusia la, somalia la. cukup sekadar untuk ucap selamat hari raya dalam bahasa yang mudah difahami. lain la ko nak ucap tu kat orang somalia, boleh la guna bahasa diorang. hampir setiap tahun, ada je penyakit ni: penyakit student malaysia yang poyo pasal nak ucap "EID MUBARAK" la "EID AIDILFITRI" la bila berada di negara orang. yang lagi teruk, belajar kat universiti tempatan, kat atas tanah malaysia, tapi guna istilah negara lain untuk ucap selamat hari raya? :T
6 comments ( 18 views )   |  0 trackbacks   |  permalink   |  related link   |   ( 2.9 / 26 )


Next Back