CHANGE THE WORLD 
Monday, October 29, 2007, 07:48 AM
offspring ada satu lagu, change the world. tajuk topik kali ni jadi macamtu sebab masa aku menaip ni aku winamp ni tengah select lagu tu. jadi aku takda idea nak bubuh topik apa, aku bubuh la topik tu. hokhokhokhokohkhokhokhok. :D

tapi kalau nak dikenakan topik tu dengan isi kandungan yang aku nak taip ni pun boleh jugak. sebenarnya kita sekarang dah ada seorang anak melayu, diulang, ANAK BERBANGSA MELAYU (aku orang melayu, semestinya aku bangga) yang telahpun keluar dari atmosfera bumi, walaupun anak melayu tersebut cuba untuk mengubah persepsi masyarakat dunia bahawa bangsa kat bumi malaysia ni boleh untuk cucuk angin kemajuan yang bangsa di sebelah sana yang dah lama maju tu, malangnya, bangsa anak melayu ini yang duduk di tanah yang dalam lingkungan sempadan yang sama, tak reti menghargai, malah mengutuk dan mencaci lagi pun ada. :U siap ada satu blog berbahasa melayu yang penulis dia orang melayu siap tulis benda ringkas dan gambar katun angkasawan dengan topik dia "angka-sawan" dan menjadi bahan jenaka dan ketawa kat dalam komen-komen dari bangsa yang seideologi dengan dia. aku bukan nak kritik si penulis ni, dia berhak tulis apa saja, ikut fahaman dia. cuma malangnya anda seorang melayu yang menulis sesuatu yang tidak ada rasa bangga langsung sebab salah seorang manusia sebangsa dengan anda, dan SEAGAMA dengan anda dapat keluar dari atmosfera bumi, walaupun ada bangsa lain di bahagian dunia yang lain cop dia sebagai "pelancong angkasa lepas sahaja". :? soal apa nama panggilan tu tak penting, yang jadi masalah kat sini, kenapa takda langsung rasa bangga? aku tahu bahawa amanat dan fatwa dari pemimpin pujaan anda ada mengatakan yang anda perlu kutuk, kutuk dan terus kutuk semua benda yang dilakukan oleh orang yang anda tak suka, ataupun orang tu sebenarnya anda suka, tapi dianjurkan oleh sekumpulan manusia yang anda tak suka. jadi aku sendiri pun tak reti nak komen pasal diri ko, sebab ko pun kategori bijak pandai, keje pun bukannya jadi tukang sapu sampah. ;B

di kesempatan ini aku ingin melahirkan takziah kepada doktor sheikh dan keluarga dia atas pemergian adik dia Sheikh Mustapha Al Masrie ke rahmatullah disebabkan terlibat dengan suatu kemalangan. itulah dinamakan qada' dan qadar. bila difikirkan balik, abang dia menjadi terkenal satu negara, dan tak salah kalau nak dikatakan terkenal satu dunia, pulak tu adik dia ikut sekali jadi terkenal apabila jadi kes macamni. jadi kepada beliau, sabar jela ye. ada hikmah disebalik kejadian. :) jadi kepada si pencaci dan pengutuk beliau, bebawak la berenti kejap dalam sehari dua untuk korang sedekahkan al-fatihah kepada arwah adik dia. cuba bebawak pikir sikit, korang tak terpikir ke yang korang kutuk dia, sudahnya kutukan tu macam memberi bala kat adik dia pulak? aku tak terkejut kalau ada "sebahagian puak" yang terdetik kat hati dia untuk berniat agar dr sheikh tu mati kat angkasalepas. bukan tak pernah "sebahagian puak" ni buat semayang hajat mendoakan bala ke atas orang lain. bukan tak pernah. :#



ok jugak windows defender ni. dia boleh detect spyware dan virus dengan agak cekap jugak la. sebenarnya tadi aku execute satu file yang KONONNYA claim sebagai "keygen" untuk software *tut*. ohkohkohkohkohkohkohk. :D rupanya ada spyware, siap simpan *.dll file masuk \WINDOWS\system32 lagi. dengan pantas windows defender popup, kasik warning, kuarantin benda ni, dan akhirnya suruh restart windows untuk remove benda ni sepenuhnya, mungkin disebabkan benda ni masih ada dalam memory, locked by another process, jadi kena la restart. lepas restart memang clear menatang ni jadi kira ok la benda ni. aku memang tak install sebarang antivirus atau spyware scanner dalam pc ni. banyak makan memory, resource dan sebagainya. jadi bila ada windows defender ni kira orait la jugak. atleast dia adik beradik microsoft, takda la aku nak kena install 3rd party software pulak. okhokhokohkohkohkhok :D

akhir kata, kalau dalam jiwa anda terlalu tebal dengan kefanatikan terhadap politik sekalipun, sekurang-kurangnya berilah peluang kepada orang yang sebangsa dengan anda untuk mencapai impian dia untuk menukar dunia. change the world la kiranya tu ;D yang sebenarnya lebih kepada menukar pandangan dunia terhadap negara kita. dahla kena kutuk dengan bangsa lain, bangsa sendiri pun kutuk. nak jadi apa ni? :Y
6 comments ( 38 views )   |  0 trackbacks   |  permalink   |  related link   |   ( 3.2 / 29 )

SPAM? 
Tuesday, October 16, 2007, 07:49 PM


last berbuka puasa hari jumaat haritu, memandangkan keluarga aku dahpun balik kampung, jadi aku kena la beli bungkus KFC sebagai menu berbuka terakhir aku. 2 ketul ayam pedas, 6 ketul nugget, secawan air kopi. dan pencuci mulut, rokok sebatang. hokhokhokohkhokho ;D

SPAM adalah nama perbuatan menyesakkan inbox orang lain dengan benda-benda yang biasanya kita panggil sampah. SPAM adalah akronim untuk maksud Stupid Pointless Annoying Messages yang sesuai la untuk manusia-manusia yang keje dia tak abih-abih nak flood inbox orang lain dengan mesej-mesej yang sia-sia. penerangan lebih lanjut boleh didapati di Wikipedia. susah nak paham bahasa inggeris? belajar-belajar la. bukan susah, aku dulu pun merangkak jugak nak paham english. masa SPM pun aku dapat 7 untuk english, tak bermakna aku bengap english sampai sekarang. hokhokhokhokhokhokhoko :U

sebut pasal SPAM, maka terjadilah perisian yang keje dia menapis benda benda ni. jadi kalau takda SPAM, takda la profit untuk service provider buat duit kan kan kan? bermula dengan TMnet dengan anti-spam untuk popmail dia, diikuti dengan bebaru ni dari Maxis yang memperkenalkan pulak anti-spam untuk SMS. sebut pasal SPAM sms ni, aku rasa yang banyak spam sms aku ni dari maxis sendiri. dari service yang takda nombor. hokhkohkohkohkohkohk. iklan itu iklan ini, sampaikan aku penah telepon operator dia dan tanya soalan lebih kurang macamni "korang ni advertise hantar sms ke henset aku ni, patut korang kena kasik aku rebat, sebab sesuka je hantar advertisement free kat aku. kalau kat tv hantar advertisement pun kena bayar, jadi apsal korang tak bayar kat aku?" operator tu pun kata "errr errr". :Q tu jela jawapan dia. hokhokhokhokhokhok. aku memang berharap perbualan aku tu dirakam supaya dapat review oleh orang atasan diorang. jadi nampak la kat sini maxis ni nak buat duit dengan mencipta perisian dan servis macamtu. hokohkohkohkohkohkohk ;)

sebut pasal maxis pulak, aku rasa dah cerita kot sebelum ni. bulan ni 2 kali dia greet aku. memula dulu greeting untuk ucapan selamat hari jadi. ni kali pertama diorang hantar, tahun lepas takda pulak. agaknya baru nak tengok profile aku tahun ni kot, tengok bila tarikh lahir aku. hokhokohkohkohkohk. yang kedua, sms ucapan hari raya 2 hari sebelum raya haritu.



ni kira promosi la ni, call 10 minit dengan caj RM 1. ada la kod ko kena dail diikuti dengan nombor maxis yang ko nak dail. call maxis ke maxis sahaja. penuh satu mukasurat dalam suratkhabar tu. jangan memain! hokokhokohkohkohkohk :N



inilah dia peralatan raya yang aku bawak balik bersama ke kampung. aku balik kampung pepagi lepas subuh, ingat nak balik malam sebelum tu, memandangkan hujan lebat, dan aku cuma ada motosikal sebagai pengangkutan, jadi aku kena lupakan saja hasrat untuk cilok mencilok dan lipat melipat kat bukit putus tu. tapi ok jugak balik pagi raya, sampai sana terus pegi masjid untuk solat raya. tak jauh pun dalam 38km je dari rumah aku ke kampung. bak kata kawan aku "25 kali lipat, sampai la ke kuala pilah tu". hokhokohkohkohkohkohk. ;B



inilah dia gambar permandangan sekitar kampung aku. setakat ni ok lagi la udaranya baik, takda pencemaran, cuma ada pencemaran bunyi je sebab bunyi meriam buluh, mercun, bunyi ayam berkokok. hohkhokohkohkhokho. :D
7 comments ( 27 views )   |  0 trackbacks   |  permalink   |  related link   |   ( 3.3 / 32 )


Next Back