Saturday, October 28, 2006, 07:49 AM
hokohkohkohkohkohk, punyala beraya sakan kot sampaikan aku tak ucap salam aldilfitri masa malam raya haritu. sebenarnya aku malas nak ucap selamat hari raya kali ni awal sangat.raya kalini macam raya tahun lepas, takda benda yang best sangat. dan aku pun tak rasa beriya-iya sangat nak beraya. mood raya pun takda. aku balik kampung malam raya tu pukul 1030 malam, sampai sana, melantak ketupat sikit, tengok tv, lepastu tetiba sakit perut, masuk jamban. hokohkohkohkohkohk. rendang daging yang aku makan dengan ketupat tu pedas sangat kot. esok paginya, bangun, mandi blablablabla pegi solat raya, balik, beraya 4-5 rumah, lepastu tido petang. tengahari tu sikit punya panas, sampaikan aku tak larat nak tido dalam rumah, sudahnya terbaring kat kerusi kat luar. rumah kampung la katakan, atap zink, kalau hari siang memang panas, bila hari malam, sejuk tak ingat. sudahnya petang pukul 6, hujan lebat pun turun. aku bajet nak balik seremban dah taim tu. tunggu punya tunggu, pukul 9 malam baru berenti, terus aku start enjin moto, lepastu balik!
sepanjang jalan kat bukit putus tu, sikit punya banyak kereta. yang nak ke kuala pilah ada, yang nak ke seremban pun banyak. jadi takda la aku kegelapan sangat sebab banyak lampu kereta kat situ. jangan jadi macam aku balik malam raya tu, punya la laju aku lipat lipat kat jalan situ, sampaikan akhirnya aku yang paling depan, sampaikan jalan gelap tak nampak apa apa. hokhoohkhokohkohk
raya raya macamni pun mat rempit semakin menjadi jadi. racing depan istana sultan pahang pun ada, pukul askar sampai masuk hospital pun ada. hokhokhokhokhokh. yang dulu pulak siap serang balai polis. gila betul. aku rasa diorang ni patut tangkap sumbat dalam ISA je baru semua insaf, sebab sekarang ni dah masuk kategori mengancam keselamatan negara dah ni. bebudak sekarang makin hari makin bahlul. buat jahat tak reti cover. baik racing, baik beromen, baik ponteng sekolah, semua tak reti cover.
semalam aku beraya sakan. keluar rumah lepas zohor, pagi tadi pukul 2 baru balik rumah. senang cerita 12 jam aku beraya kat luar. hokohkhokohkohkohk. bukan raya apa sangat pun, pegi 5-6 buah rumah, semuanya kengkawan masa sekolah dulu, lepak cerita kisah silam. lepastu pekena karaoke 2 jam malam tadi. memang beraya betul! kononnya aku nak masuk kerja semalam (khamis). sudahnya disebabkan kena racun kaw kaw dengan kengkawan, pulak tu balik rumah pukul 2-3 pagi, nak pegi keje apanya. hokhokhokhokhokh. aku bajet tahun ni takda la meriah sangat bebudak ni nak beraya, sebabtu aku tak apply cuti pun. cadangnya nak start keje balik semalam. tak dapek! tahun lepas aku cuti panjang takmo pulak diorang ajak aku beraya macamni. memang saja nak pekena aku la ni. alamatnya isnin ni kena isi borang cuti kecemasan la. kecemasan la sangat. okhokhokhohokhokho
universiti aku pun nak beraya sakan. kelas yang sepatutnya ada ahad ni, ditunda ahad minggu depan. hokhokhokhokhokh. ntah apa penyakit la tahun ni tetiba nak meriah pulak rayanya. aku bajet nak rilek rilek je. malam ni kalau tak jadi hal, main badminton pulak kat dewan kompleks sukan seremban 2. kononnya nak bakar semua lemak lemak kuih raya ni. hokhohkohkohkohkohkohk. memandangkan dah masuk hari raya ke-4, saya dengan ini ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan virtual. semoga anda semua sihat selalu, dan makanlah ikut piramid pemakanan. dan tahun ni takda kad raya ekslusif dari aku sebab kad raya tahun lepas korang dah tengok kot. sama je kalau aku nak kasik kad raya tahun ni, rupa dia sama je macam tahun lepas punya. jadi tak payah la ye!




( 3 / 23 )
Tuesday, October 17, 2006, 07:53 AM
hokhkohkohkohk. ada 4 hari lagi untuk bekerja (esok sampai jumaat), tapi harini aku dah takda mood nak buat apa apa keje. client datang pun aku buat muka lemau. bila dia bagi angpow barula muka aku ceria. opsss! bukan *itu* yang aku maksudkan! bukan *itu*! hokhokkhokhokhohk.sila lihat topik. apakah itu MAKAN BUSAT? BUSAT ye bukan busut. busat adalah sebutan pelat orang cina, yang bermaksud besar. oleh itu, makan besar. hari sabtu lepas aku menghadiri perjumpaan secara tidak formal dengan beberapa rakan dunia maya. semua sekali ada 9 orang kalau tak silap. termasuk pelakon undangan (pompuan) jadi semua sekali sepuluh. makanan yang dihidangkan tak ingat punya. kitorang lepak di kenny rogers sunway piramid, order 3 family plate, dengan site order dia lagi, dengan dishes lagi, dengan muffin (ejaan: muffin, bukan muffinxe si samseng murai, hokhohokhkhohko) lagi. aku saja boleh habiskan 2 x suku bahagian ayam bakar tu. senang cerita separuh ayam la. sebab yang lain semua pemalu, kontrol makan konon sebab ada pelakon undangan sorang lagi tu. piiiiiiiiiiiiiiraahh.
kepada anda yang terlibat yang terbaca coretan aku ni, anda semua memang saks big taim! dan kepada penganjur dan tokey besar yang mengeluarkan belanja makanan tempohari, diucapkan ribuan terima kasih, panjang umur kita makan free lagi! waaaaaaaaaaaaaaah ah ah ah ah ahahha. tak habis kat situ je, lepas penganjur meminta diri, kitorang sambung 6 orang lepak kat starbucks kat luar tu, dan kali ni di "payung" oleh sorang lagi tokey BUSAT. ohkkohkhokohkohkhok. memang murah rezeki 4 orang lagi tu sebab 2 tokey besar yang belanja. pekena "air kopi" starbucks yang untuk 6 orang je dekat nak RM100, minum sampai terkencing 10 kali, sampai mabuk, lepastu kitorang sambung lagi kat restoran mamak kat SS15 subang jaya. pekena air lagi, memang semua stok dahaga la. aku pulak boleh bedal lagi roti kosong + daging kambing, dengan tokey busat sorang lagi order murtabak. memang pelahap betulla aku malam tu. hohkokokhhokhokho.
memacam isu dibincangkan masa sesi melepak tempohari. banyak benda benda satu tiga tiga tujuh dibincangkan sampaikan ramai yang terlopong mendengar. tu tak termasuk sembang power dari setiap peserta yang terlibat. hokokhokohkok. upacara majlis tamat pada jam 12 45 malam, itupun sebab ada seorang peserta datang dari melaka. aku kira naik kereta dengan dia sekali la, naik tepi highway. agaknya sebab perut kenyang, kepala dah pusing, sampaikan nak balik pun boleh sesat jalan, boleh terbabas. hokhohokhokohkhokho. kepala pening pasal banyak benda bercampur kot.
slek takda sapa bawah kamera haritu. jadi kejadian diatas takboleh dibuktikan dengan gambar atau video atau apa apa jenis imej. tapi takpa, semua cerita diatas adalah kisah benar yang bukan dilakonkan semula, melainkan ianya benar benar terjadi. tunggulah satu hari nanti andaikata aku naik pangkat jadi ketua pengarah, akan ku balas jasa-jasa 2 orang tokey busat tersebut. akhir kata, serangkap pantun:
pulau pandang jauh ke tengah
gunung baik bercabang dua
hancur badan dikandung tanah
body baik dikenang jua (terutama body baik minah-minah arab yang menghabiskan duit kat kolej sunway tu yang haritu dok tayang pusat kat sunway piramid)
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah ah ah ah ah ah ahahahah lariiii!
Next Back
Archives

