AL-FATIHAH 
Friday, October 21, 2005, 10:29 AM
takziah dan mari membaca al-fatihah dan surah yassin untuk Allahyarhammah YABhg Datin Seri Endon Mahmood yang meninggal dunia pagi tadi. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Dan semoga YAB Perdana Menteri tabah menghadapi segala dugaan yang menimpa beliau.

AL-FATIHAH



TAMBAHAN: di kesempatan ini juga aku ingin mengucapkan salam takziah untuk bekas BOS aku Encik Areehan bin Haji Abdullah masa aku bekerja di telekom malaysia berhad suatu masa dulu. isterinya pulang ke rahmatullah, juga pada 20/10/2005 kerana sakit ketika mengandungkan anak. arwah pengsan kerana kekurangan glukos di dalam darah pada bulan Ramadhan, dan akhirnya pergi bersama bayi dalam kandungan berusia lebih kurang 2 bulan kalau tak silap aku. dan pergi meninggalkan seorang bapa kepada 2 orang anaknya. insyaAllah, syahidlah dia.

musim orang meninggal agaknya sebab kat kawasan perumahan aku ni pun ada jugak orang meninggal. apa apa pun itu semua urusan Allah. life goes on..

AL-FATIHAH sekali lagi...
add comment   |  0 trackbacks   |  permalink   |  related link   |   ( 3 / 54 )

TV REALITI VS KEHIDUPAN REALITI 
Sunday, September 4, 2005, 10:34 PM
kelas semester baru sudah bermula. semester ni aku amik lagi subjek yang boleh membunuh; aljebra! ohkohkokohkohkohkohk. harap harapnya aku tak terbunuh macam 2 semester lepas.

aku nak "quote" 2 petikan dari suratkhabar UTUSAN. dipetik dari http://www.utusan.com.my/utusan/content ... =mh_10.htm dan http://www.utusan.com.my/utusan/content ... =re_07.htm
2 artikel tu menceritakan 2 jenis bangsa melayu yang ada di Malaysia. Mesti ramai fanatik fanatik hiburan hiburan macam artikel nombor 2 tu akan cakap "alaaaa, dia jeles sebab tak menang" atau "sukati kitoWang laaaaaaa nak buat papa pun!" hokohkohkokhohkohkokho. aku tak kata pun apa yang korang buat tu salah. cuma aku suka baca artikel 2 benda berbeza tu je. jadi sila la baca. semestara link tu masih wujud lagi. aku rasa utusan online archive benda tu lama sikit kot, jadi dalam sebulan dua ko boleh la baca.

bulan kemerdekaan ada lagi beberapa hari. tahun ni diorang buat perarakan kebangsaan di dataran putrajaya presint 2. aku tengok tv je kat rumah, pasal aku hari2 pegi sana. pejabat aku kat sana.. hohkhokohkohkohkoh, takkan la hari kebangsaan pun aku nak pegi. korang boleh tengok gambar gambar pra kemerdekaan dalam galeri gambar aku. tu semua gambar 2-3 hari sebelum 31 ogos tu.

lama betul aku cuti ni, dari hari rabu haritu terus sampai harini ahad. tapi cuti aku memang suwei la. rabu malam khamis haritu masa aku nak undur kereta, aku pegi sapu satu kereta tin milo (proton iswara) yang tengah lalu kat belakang aku. sudahnya, pintu depan kiri dia melengkung macam kuali, cermin pintu tu berderai, lepastu yang buat lagi suwei, cermin depan dia yang double layer tu retak. semua tu je dah cekik rm750. waktu tu keadaannya memang salah aku, sebab aku undur dari tempat parking. kereta tu kat belakang. kalau buat repot pun memang sah aku kena saman. nak ganti lagi, sudahnya aku ganti terus. haduhai, baru dapat gaji tu oi, dah hilang macamtu. apa punya rezeki aku la. waaaaaaaaaaaaaaaah ah ah ahaha. kesudahannya cuti aku yang panjang ni menjadi tidak menarik langsung, sebab aku dah jadi orang miskin. ni untuk 2-3 minggu ni aku tak tau camana nak survive. tak berapa lama sebelum ni aku ada mohon pinjaman koperasi. untuk buat bayar yuran belajar. harap2 nya lulus cepat la sebab aku memang dah pokai dah ni. tahun ni memacam bala betulla aku dapat. eksiden la, apa la, itu la ini la. masa nak pegi bayar haritu rasa nak nangis pun ada! ohkokohkohkohkohkohkohkoh. dah la yuran semester lepas tak setel lagi.

keseluruhan kos yuran pengajian aku hampir rm20,000. kira murah jugak la berbanding masuk kolej swasta biasa. sebenarnya sama je, sebab aku tak ada yuran penginapan dan ko-kurikulum dan sebagainya. tu yang nampak murah, tapi sebenarnya sama je pun. ada satu benda yang best kalau ko belajar parttime ni. bahan pembelajaran ko dah disediakan. ko cuma perlu baca. tak perlu buat terlampau banyak rujukan macam bebudak belajar full-time. soal kualiti? sama je. ramai orang cakap belajar full-time kualiti dia lebih tinggi dari belajar part-time. ada pulak macamtu. kalau nak ikutkan belajar part-time lagi mencabar sebab ko nak bahagikan masa kerja dengan belajar. tu sebab diorang sediakan modul, dan bukannya buku teks suruh ko guna highlighter untuk tanda isi-isi penting.
add comment   |  0 trackbacks   |  permalink   |  related link   |   ( 2.9 / 50 )


Next Back