Monday, November 1, 2004, 03:07 AM
harini seharian aku shutdown pc dari tengahari sampai petang, sebab kemas bilik. gila banyak habuk berkumpul kat belakang almari, bawah almari, sudut2 dinding, bawah katil, pastu ada raga plastik aku simpan buku, barang elektronik, sparepart komputer pun banyak habuk. tadi aku terbaraikan komponen dalam cpu, berus kasik buang habuk kat celah celah komponen, pastu pasang balik. pastu aku ubahsuai kipas sink pemproses aku, kasik ikat kipas sekunder tu atas dia, ikat dengan dawai, pastu pasang balik kat motherboard. sekarang ni cpu aku dah tegak macam normal cpu. hokhokhokhoh. kalau tak dulu cpu aku terbaring sebab kipas tu cuma bubuh atas sink tu je tak ada pengikat. pastu aku tukar kedudukan meja aku. dulu mengadap dinding arah timur, sekarang mengadap dinding arah barat. almari pun aku tukar kedudukan. baru la nampak ceria sikit. banyak pakar psikologi cakap suasana dalam rumah atau bilik perlu ditukar setiap beberapa bulan untuk mendapatkan mood yang bagus. bagus betul rasanya harini. hahaha. bilik pun bersih tarak habuk. aku vakum perabis harini, siap mop lantai. senang cerita lepas zohor sampai maghrib tadi aku tak keluar bilik langsung, cabut-pasang cpu, pastu alihkan meja, almari, susun buku.yaaa! harini aku pasang aku punya UPS yang aku beli 2 hari lepas. ikut spesifikasi yang dia tulis dalam buku manual, bateri dia tahan antara 30 minit hingga sejam kalau proses sedikit. kira kalau pc ko 'idle' boleh la tahan lama bateri tu. tapi biasanya bateri tu tahan dalam 10 minit je sebab aku tengok purata proses pc aku pun dalam 20-30%. kira ok la tu, kalau ada gangguan bekalan, ataupun karan tak ada, ataupun voltage drop disebabkan TNB SAK, komputer aku takkan terganggu sebab ada backup supply. aku beli haritu kat plaza lowyat dengan harga RM170. 10 kedai aku survey, memang harga dia tak jauh beza pun. ni yang paling murah aku dapat. asalnya dia nak tolak RM180, aku jek sikit, dapat la kurang 10. oklatu. ada jaminan selama 2 tahun, termasuk bateri sekali. produk tu boleh dilihat kat website dia di http://www.rightpowerups.com.my/rightpo ... &pid=2
sempena raya yang nak dekat ni, aku tukar lagu kat bawah tu. lagu s jibeng dan rakan rakan. kira versi baru punyala. aku ada versi lama punya tapi kualiti bunyi dia teruk sikit. kepada kawan-kawan aku yang berada di perantauan yang tak dapat pulang beraya, lagu itu ditujukan khas kepada anda dengan ucapan "jangan nangis di pagi raya". wahahaha.
banyak jugak kad raya aku dapat tahun ni. dari kengkawan lama aku dulu, pastu ada kad raya dari menteri perusahaan. pastu ada beberapa keping kad dari usahawan usahawan lain yang aku penah ada kerja dengan diorang. kiranya tahun ni aku memang banyak kenal dengan ramai orang la. kad raya pun banyak. bila dapat kad raya tu, aku tak lupa untuk balas balik. kepada kengkawan aku yang selalu mengakses internet, aku dahpun buat satu "flashmovie" raya. korang boleh dapatkannya di SINI
semalam JPA keluarkan pekeliling bahawa sabtu ni kena keje lagi, sebab sabtu minggu depan (minggu ke2) dia kasik cuti. maknanya sabtu ni 3 kali berturut2 aku keje hari sabtu. ish ish ish. tapi betul jugak. deepavali jatuh hari khamis, jumaat ramai yang amik cuti, sabtu tu pun sepatutnya kerja. kira ok la tu. aku amik cuti 4 hari untuk raya ni, tapi disebabkan dia berturut2 dari deepavali, maka aku akan bercuti selama 12 hari termasuk sabtu dan ahad. meriah weh! macam budak sekolah punya cuti la pulak. hahaha. sekarang ni aku tengah sibuk cari resepi kuih raya yang baru dalam internet, kasik print, pastu kasik kat mak aku. raya zaman it beb, resepi pun mesti it! haha. tup tap tup tap kejap je dah 17 ramadhan. kejap je masa berlalu. kejap je tahun 2004 dah sampai ke penghujung. tahun depan dah masuk 2005. umur pun semakin singkat :-)
mari kita lihat setakat mana keupayaan UPS aku ni berfungsi. tadi aku dah test dah, kasik tripped elektrik kat rumah aku ni. senang je, amik wayar neutral, lekatkan kat wayar bumi, dengan automatik elcb anda akan "kletap!" jangan pakai wayar live, kang bau hangit pulak kang. arus kat wayar neutral tu dah cukup untuk tendang ELCB ko. cerita pasal short short wayar ni, teringat aku masa sekolah dulu kat makmal fizik dengan kimia, bila rasa malas nak belajar je kasik blackout makmal tu dengan cara macamtu. satu baris makmal tu akan tak ada elektrik. muahahaha. kepada anda yang satu sekolah dengan saya, maka hari ini anda telah tahu sapa punya keje 8 tahun lepas! muahahaha.




( 3 / 27 )
Thursday, October 21, 2004, 12:59 PM
cak! mesti ramai yang tertunggu edisi ramadhan punya entry. bak kata lan@gegule dalam shoutbox aku tu, sejak aku jadi 3 dalam 1 ni memang sibuk gila la sampai komputer sendiri pun jarang dah usik apatah lagi bukak website aku sendiri, walaupun pc tu dalam bilik sendiri je 2 kaki je dari katil aku.. hahaha.harini genapla 7 hari umat Islam di Malaysia berpuasa (kalau selamat sampai ke waktu maghrib karang la). tup tap tup tap kejap je dah seminggu. pepehal aku kat sini dah mohon cuti raya awal awal dah dari pengurusan sumber manusia kat tempat aku keje ni. senang nanti takyah kelamkabut. andaikata raya jatuh cepat sehari pun aku tak perlu risau sebab dia akan jatuh hari ahad, maknanya selasa tetap akan cuti. aku sebat cuti direct seminggu lebih, bermula dari deepavali. mengalahkan orang hindu nak raya pulak. pastu lepas raya kedua sambung lagi sampai ahad berikutnya. meriah cuti harini! abih cuti aku melambak, kena habiskan sebab aku masih dalam proses percubaan, dimana aku tak digalakkan untuk bawak cuti ke tahun berikutnya. tupun ada lagi belen 2 hari yang aku akan habiskan masa krismas nanti. nampak sangat aku raya semua jenis perayaan tahun ni.
bulan puasa ni banyak betul isu terkini yang timbul di serata Malaysia. jalan runtuh la, sekolah mendap la. Sebenarnya yang korang nampak dalam berita tv tu cuma 1/15 je dari sekolah yang bermasalah. kawan aku kontraktor kelas D dengan jurunding cerita dengan aku bersepah projek sekolah kat Malaysia ni yang bermasalah. punca dia satu je. kontraktor bumiputera kita ni, bila diberi projek, dia tak amanah sebab dia suka main sub-sub-sub. tak salah buat sub-kontraktor tapi yang salahnya bila ko sakau duit dari dalam projek tu sampai projek yang ko subkan tu terpaksa dikurangkan kos dia sebab peruntukan tak cukup. hasil dia, jadilah bangunan yang pasir melebihi simen, saiz besi konkrit yang nipis berbanding saiz asal, pemendapan tanah sebab kontraktor tak sabar2 nak bina bangunan sebab nak dapatkan duit cepat. abih sapa yang susah? uncle samy jugak yang susah. "saya kerja punya worang". "mana ada mintiri boleh tahan itu tanah mahu runtuh?" mana ada mintiri boleh tahan itu hujan mahu turun?" muahahaha. betulla tu apa dia cakap tu. takkan la semua yang terjadi tu sebab salah dia walaupun dia bertanggungjawab keatas semua perkara macamtu.
komputer aku punya upload harini slow sikit sebab ada budak kat opis aku ni dok sedut mp3 aku kat pc kat rumah tu. kemain betul dia menyedut. jadi jangan terkejut la kalau lamanweb aku ni amik masa sampai seminit lebih nak keluar sebab banyak sangat data keluar harini.
macam biasala, malam tadi TNB bikin sak lagi la. elok2 aku keluar rumah pukul 10 45 malam lepak kedai mamak ngeteh lampu masih menyala, bila aku balik rumah pukul 12, kat bangunan pencawang tnb kat depan tu ada 2 bijik lori tnb tengah buat keje apa ntah, pastu sebaris rumah2 kat kiri kanan rumah aku ni bergelap. aku tanya la mamat yang tengah buat keje ni "apsal buat keje tak kasik notis?" dia jawab la "ni kerja segera ni, kena siapkan cepat kitorang tak sempat kasik notis". wah, senang betul jawapan. dia ingat aku pakai elektrik free ka? bayar la! aku balik rumah alih2 tertido dalam gelap. aku rasa elektrik ada balik dalam pukul 2 sebab aku terasa sejuk, kipas dalam bilik dah berpusing. muahaha. pagi bangun sahur baru la aku on balik komputer aku. nila masalahnya kalau kat Malaysia ni cuma ada 1 je pembekal elektrik. nak beli UPS yang boleh standby 6 jam tu mahal pulak harga dia sampai belas ribu. haha. kesimpulan dari peristiwa ni, TNB memang sak sebab buat keje tak kasiktau pelanggan dulu.
cerita pasal TNB sak, rupanya sebelum ni yang karan kat rumah aku ni tak stabil, dimana hari hari manjang tripped je bukan sebab supply. rupanya ELCB kat rumah aku ni dah rosak. muahahaha. benda tu dah la berbelas tahun beroperasi dari tahun 1987 sampai la hujung hayat dia tahun ni. berapa tahun dah tu? pastu kat rumah aku berapa puluh kali kena sambar petir yang kuat. paling kuat sekali bulan 7 haritu la sampai aku punya surge protector pun rosak. tu yang buat komponen dalam ELCB tu rosak kot. butang "test" dia pun dah tak berfungsi dah. 3 minggu lepas aku tukar benda tu, beli kat kedai elektrik pastu tukar sendiri. mahal nak mampos benda tu sampai RM60. tu belum suruh dia pasang lagi. sebab syarat nak selenggara litar elektrik kat rumah ko mesti ada sijil "JBE". tapi sebab aku ada kemahiran dengan benda2 macamni, buat sendiri jela. bukannya orang tau pun melainkan terjadi kemalangan. huhuhu. tapi pepehal pun TNB memang sak sebab karan dia tetap tak stabil. siang 235V malam 215V. adake patut. orang dah masuk tahun 2004 dia punya teknologi masih pakai tahun 1994 punya. patut diorang dah install "capasitor bank" dah kat setiap pencawang dia sebab beban pengguna dah makin banyak. kilang bersepah, mesti la penggunaan kuasa elektrik meningkat sampaikan kasik kesan kat pengguna domestik/perumahan macam aku ni.
harini smallville season4 episode5 keluar kat warner bros. tak macam dulu, aku mungkin lambat sikit nak download sebab aku bukan ada depan pc aku tu. tapi aku remote je komputer kat rumah tu dari pejabat ni, pastu tengok robot yang episod tu, tengok kalau que tak banyak aku pun masuk que la. sambadi sevvv miiii!
ada hikmah disebalik kejadian. harini aku pegi balik keje bawak moto. petang tadi pukul 3 hujan lebat kat putrajaya. ingatkan dia reda la dalam pukul 4 30. rupanya makin lebat. muahahaha. aku pun ikut la sorang mamat drebar ni amik seorang pegawai kat bangi, sesambil nak tunggu hujan berenti. rupanya tak berenti jugak bila kitorang balik ke pejabat, parking pajero. sudahnya aku tersadai kat opis sampai pukul 6. tengok hujan dah renyai sikit, pukul 6 15 aku redah je hujan. mana boleh tunggu lelama, kang nak berbuka. sarung satu set seluar baju hujan, bukak kasut taruk kat pejabat, aku pakai selipar jepun balik seremban naik moto redah hujan. sampai kat tol kajang lebat kemain aku nyaris tak nampak jalan. nasib baik kereta semua pasang lampu, aku berpandukan lampu brek diorang jela. huhuhuu. sampai seremban aku kena hujan lebat. seluar baju tak basah la sebab aku pakai bajuhujan, masalahnya aku pakai selipar. kejang kaki aku dibuatnya. sampai rumah ngam2 masjid kat depan tu azan maghrib.. huhuhuhuh. senang cerita 45 minit gakla aku bergerak dalam hujan hujan tu. kejap slow kejap laju tengok keadaan la. tobat dah esok aku pegi keje bawak kereta la jawabnya. sekarang ni dah masuk musim hujan. maka moto aku akan duduk diam2 kat rumah la lepasni. nasib baik balik rumah ada lagi 5 minit nak berbuka.
aku lepak rumah je layan mp3. kat luar tu hujan lagi. sekarang dah renyai sikit dah. masa aku sampai rumah tadi, terus lebat balik. first time aku berbuka puasa tahun ni minum air suam. huhuhuu. pasal badan aku sejuk. kengkawan aku semua cakap aku gila sebab berulang pegi balik keje naik moto, kena panas kena hujan. aku jawab balik "tula korang tak setabah aku". hokohkohkhahahahaha muahahahaha.
aku tengah dalam proses nak pancing boss bahagian sumber manusia tempat aku ni untuk tukarkan aku pegi kat agensi bawah kementerian kat seremban. kalau dapat alangkah indahnya hidup aku. kira aku masih lagi dalam kementerian yang sama la cuma turun ke agensi/badan berkanun dalam kementerian tu. kalau cuaca biasa tak kisah la ni hujan2 macamni tak larat aku wooo. takkan hari2 nak bawak kereta, kaya la PLUS tu nanti. nak ikut semenyih kalu, kena kalau aku ikut belakang lori, alamatnya 2jam la baru sampai. dah la ikut jalan lama pun , sampai kajang masuk tol jugak, kena RM2. tak ada yang free dah sekarang ni oi.
Next Back
Archives

