Wednesday, September 30, 2009, 08:47 AM
hari ni aku taknak cerita apa sangat. tunjuk gambar saja. hokhokhokohkohkohoh

masa aku tengok wayang haritu ada bebudak nangis tengok part ni.
what is the meaning of this? you dare point a gun at me!?!? you want a piece of me?!?! I will tear you apart! tu kata-kata ironhide apabila rover askar datang berduyun-duyun kepung dia sambil mengacukan machine gun. ironhide dalam filem ni adalah autobots yang paling senior dibawah kepimpinan optimus.
dan akhirnya
pengarah filem tak belajar sejarah dari transformers the movie 1986 bila dia matikan watak optimus pertengahan cerita.
dan 2 gambar terakhir tu optimus prime "kembali semula" setelah "matrix of leadership" dibenamkan ke "spark" dia. siapa tengok katun, diorang akan tau menatang ni ada dalam dada setiap prime (ketua autobots). walaupun bentuk matrix ni langsung tak sama dengan bentuk dalam katun. dan akhirnya pengarah filem cilok sikit teknik "powerlink" dari transformers energon bila menggabungkan jetfire dengan optimus. cuma bezanya, powerlink dalam katun tu adalah 2 robot hidup bergabung. jetfire mati dalam cerita ni.
dalam filem yang ke 2 ni, michael bay banyak sangat masukkan elemen lawak bodo. cuma dia tak sepatutnya tiru katun tahun 1986 apabila mematikan watak optimus di pertengahan cerita. ramai orang emosi dibuatnya! ohkohkohkohkohkohkohk




( 3.8 / 4 )
Friday, September 25, 2009, 06:50 AM
ya. hari ini, moto yang selalu dijaja oleh celcom di merata-rata tempat: INI ADALAH WILAYAH CELCOM telahpun bertukar kepada ini INI ADALAH WILAYAH TANPA CELCOM. hokohkohkohkohohkohko. kekadang susah nak menjadi talian selular NOMBOR 1 (baca dengan nada sarkastik) di malaysia ni. bila down, kesannya seluruh malaysia. sebelum aku bercerita lebih jauh, aku nak kongsi gambar ni, yang diambil dari lamanweb LOWYAT.NETaku suka dengan gambar ni, mempamerkan kreativiti si pembuatnya. hokhoohkohkohkohkohko
yang aku nak cerita adalah:
1. kenapa apabila rangkaian anda bermasalah, takda sebarang INFO diberikan di lamanweb anda? ataupun di corong radio. atau di tv. pandai pulak jaja iklan anda sebagai pembekal talian nombor 1 di malaysia. tapi anda tidak tahu bahawa 1 malaysia mahu tahu sekiranya talian mereka bermasalah. mungkin mustahil untuk hantar (SPAM)sms memberitahu kepada semua pengguna anda bahawa talian bermasalah. maklumla dah network anda problem, camana nak hantar sms ye tak? nanti bila rangkaian anda sudah OK, boleh la sambung balik hantar advertisement(SPAM) sms anda balik kat semua pelanggan ye?
2. adakah anda akan memberi REBAT? ya, ini soalan biasa ditanyakan, sama juga dengan produk TM yang 1 lagi tu, tak lain dan tak bukan, streamyx. aku tak nampak dalam bil telefon aku ada rebat, diskaun atau apa apa bentuk pengurangan pembayaran, disebabkan gangguan sambungan YANG BERPUNCA DARI ANDA SENDIRI. takpa la, yang tu anda mungkin boleh salahkan pelanggan, disebabkan perkakasan komputer bermasalah, kabel telefon bermasalah, POTS splitter bermasalah, blablabla dan sebagainya. tapi yang talian selular ni, KALAU DAH 1 MALAYSIA TERGANGGU, takkan anda nak cakap telefon selular pelanggan yang bermasalah, ye tak? jadi takpayah la nak berdalih-dalih ye. sila beri rebat kepada pelanggan anda. lebih lagi macam aku ni yang bayar RM50 + 3 sebulan samada aku guna atau tak talian tu.
3. adakah anda akan menghuraikan masalah rangkaian anda di lamanweb, atau di kaca tv, atau di suratkhabar? rasanya takda kot. dah jadi perangai kakitangan TM hasil didikan MMU dah universiti luar negara dengan CGPA meletup-letup 3.75 ke atas, diorang ni buat keje cukup makan saja. janji siap, janji bisnes jalan. bila fuck-up, salahkan pelanggan. dan mereka amat pandai berjanji. contoh paling mudah, "rangkaian akan pulih jam 7.00 petang ini". ya tuan-tuan dan puan-puan. sekarang sudah jam 10.50 malam. malang sungguh aku takleh nak telefon talian khidmat pelanggan mereka di 1111, sebab di skrin telefon aku bagitau "NETWORK BUSY".
dalam web aku ni ada jugak aku ceritakan kisah celcom kesayangan malaysia ni. boleh click sini: http://www.azuan.my/buku555/search.php?q=celcom
dan biasanya komen aku memang "tak cantik" pun pasal celcom ni. hokohkohkohkohkohohko.
celcom perlu berubah sekiranya ingin lebih berdaya saing dan lebih cekap. bukan bertukar produk dari produk TM kepada TMI atau AXIATA atau apa apa je nama. tapi BERTUKAR, dengan keluar dari TM terus. malangnya takda orang kaya di malaysia ni yang nak beli saham celcom supaya celcom menjadi syarikat berstatus berhad yang tak dimiliki oleh syarikat berhad yang lain. malang sungguh celcom ni terlepas dari tangan tan sri tajuddin ramli dulu. sungguh malang..
oh celcom, AYUHLAH BERUBAH. seperti iklan tmnet satu masa dulu. anda bukan hidup pada zaman batu! dan kami sebagai pengguna pun bukan hidup di zaman batu.
Next Back
Archives

