Monday, October 1, 2007, 05:57 AM
macam biasa la, masuk je hujung september macamni, SMALLVILLE SEASON 7 PREMIERE pun muncul semula. sambungan dari episod 22 musim ke 6 bulan 5 yang lepas. kejap je dah bulan 9 kan? aku rasa macam kejap je tengok last episode dulu. sebenarnya harini dahpun penghujung bulan september. esok dah pun 1 oktober 2007. dunia makin laju berputar agaknya.ini adalah muka clark kent yang "bizarre" tu. sapa yang tengok episod yang sudah, si jahat ni cilok sikit DNA kelak ken, jadi dia bertukar sebijik macam dia, dan lagi power, sebab dia guna kryptonite untuk recharge balik power dia, sedangkan clark kent amatlah elergik dengan menatang tu.
dan macam biasa la, mana boleh clark kent kalah ye tak? kalau tak habis macamtu jela cerita dia. jadi cara clark kent untuk sembuh, dia cuma berjemur untuk dapatkan sinar cahaya matahari yang kuning untuk sembuh, sedangkan klon dia yang satu lagi tu elergik pulak dengan cahaya matahari. setiap kali dia elergik, muka dia akan jadi petak-petak macam dalam gambar tu. okhokhohohokhkohoho. memacam.
dan untuk kasik spoil kepada anda semua yang belum tengok:
1. CHLOE MASIH LAGI HIDUP - bak kata jamal abdillah, mati hidup semula. hokhokhokhokhokho
2. LANA LANG MASIH LAGI HIDUP - sampai ke shanghai pulak dia.
sekian harap maklum. hokhokohkohkohkohkohohk.
dan ini pulak adalah rupa ruang kosong tingkat 2 bangunan baru pejabat insolvensi seremban nanti. sekarang ni dah tak rupa macamni dah sebab dah ada marmar, dinding dah cat, dah ada curtain, lantai pun dah tebuk sebab nak masukkan kabel elektrik. senang cerita dah 35% siap. aku bakal duduk kat tingkat ni nanti. kesemuanya ada 5 tingkat, G sampai 4.
dan ini adalah pandangan bangunan sebelah dari dalam pejabat aku. itu bukan hotel 3-4 bintang, tapi sesuai dipanggil "RUMAH URUT" atau "RUMAH AYAM". hokhokhokhoohkhokohkohk. aku cakap dengan kontraktor, cermin tu kena bubuh tirai yang tebal, kalau tak buruk pemandangan dibuatnya. lepastu aku cakap dengan bos, kalau ada bebudak lelaki yang hilang, carik la kat sebelah. mesti ada punya. HOKHOKHOKOHKHOKHOKOHKOHKOHKH




( 3.2 / 34 )
Tuesday, September 25, 2007, 07:20 AM
AL-PANEH bukannya surah! cuma satu keadaan panas di siang hari yang menggugat keimanan ketika berpuasa. pulak tu sejak seminggu musim panas ni, aku kena buat keje luar. keje luar tu maksud dia, tak duduk kat pejabat, tapi kena keluar, kena panas terik, terlihat bontot berbalut kain ketat bergerak kiri kanan upside down. okhokhokhkohokhohok. dan jugak terlihat air kelapa, air oren, bau KFC yang keluar dari corong udara bangunan dia tu. itu semua yang membuat hati lagi panehhhhhhhhh! kena pulak minggu lepas aku diserang sindrom kecirit-biritan yang terlampau sampai tapak tangan aku, lidah aku kering dibuatnya. alhamdulillah, malam kelmarin elok jua akhirnya.semalam, hari ahad, van kawan aku jenis KIA PREGIO rosak kat tepi jalan. nasib baik belum nak masuk tol lagi untuk ke kuala lumpur. call aku pepagi jam 8 masa aku baru je beberapa jam dah tido lepas subuh. sebab malam sebelum tu aku balik rumah jam 2 30 pagi, tido pukul 3, lepastu pukul 5 15 bangun balik untuk sahur. dia telepon henset aku 4 kali, memandangkan handset dalam mod "gegaran", maka jangan harap la aku dengar. hohokhokhokhokok. itu pun aku antara sedar dan tak sedar jugak la sebab terdengar dia bergegar atas lantai tepi katil aku ni. jadi dia pun telepon rumah. mak aku angkat. terus aku dikejutkan; "nazri call tu, bangun la". rupanya dia call mintak tolong pasal van yang dia pinjam dari syarikat tempat dia bekerja kat subang tu rosak tepi jalan. jadi aku bangun, basuh muka, mengaktifkan semula gelombang otak yang masih dalam "sleep mode". dengan seluar steng dan tshirt yang aku pakai masa tido, aku start enjin kereta, dan pegi usya dia kat tepi jalan nak masuk tol yang tak jauh dari rumah aku.
dia cakap "enjin tetiba mati tengah jalan dan lampu amaran minyak tak cukup pun menyala". jadi aku bajet "minyak hitam yang kering". ramalanku benar belaka bila tarik besi pengukur minyak itam tu, takda langsung minyak melekat walaupun kat paras minimum! jadi aku balik rumah balik, pegi amik minyak itam yang ada belen dalam botol. pegi tuang, masih lagi tak cecah paras minimum. jadi aku cakap dengan dia "parking kat sini dulu, balik rumah, sambung tido, petang kang tengok balik". hokhokohkohkohkokoh
jadi petang dalam jam 3, aku dengan dia pegi usya kedai hardware kereta, beli minyak 4 liter, lepastu pegi tuang separuh masuk dalam enjin van tu. bila check pengukur, lebih sikit dari minimum, tak lebih dari setengah nak menghampiri maksimum. kira cukup la tu. start enjin balik. still lagi tak boleh jalan, dengan starter bunyik "tek ketek ketek ketek ketek". jadi keluar la beberapa andaian lain. bateri weak la, alternator rosak la. jadi aku pun amik kabel untuk buat "jumpering" antara bateri ke bateri. menghampakan, bunyi keretek masih lagi macamtu. jadi aku cakap dengan dia "jom balik, malam kang panggil pomen"
malam dalam pukul 10, pomen pun datang. kengkawan jugak. check punya check, akhirnya dia keluarkan satu resolusi yang amat menakutkan. tu pun lepas test tolak, masuk gear, dan van berenti mengejut macamtu tanpa ada sebarang henjutan langsung. dia cakap "PISTON JAM". okhokhokhokhokohkhokho. tak mustahil pun, sebab minyak hitam kering, dan pulak tu dia berenti mengejut tetengah jalan. jadi panggil lori tarik, untuk tarik van tu sampai bengkel dia kat seremban 2.
spekulasi tu memang betul la bila dia bukak "head" harini, tengok piston melekat pada dinding blok enjin. jadi kepada syarikat dia, bersedialah dengan duit sebanyak RM 2,500.00 hokhkohkohkohkohkho. memang malang la nasib sebab van tu rosak masa kat tangan dia pulak tu.
dengan cuaca panas 3-4 hari ni, air sejuk yang aku buat satu jag ni memang cepat je habis. aku sorang je habiskan satu jag tu. ohkohkohkohkohkohkohko. bancuh jus oren, campur dengan nata de coco. bak kata kawan aku, pelangi lah jawabnya! hokhokohkohkohkohkohkohkohkohkohk
Next Back
Archives

