Sunday, October 1, 2006, 02:19 PM
sejuk betul harini. rasa macam duduk kat eropah. ohkhokhohkokhokho. eh aku pernah duduk kat eropah ke sampai boleh tau sejuk kat sana camana?harini aktiviti aku adalah membuat satu eksperimen menggunakan skripjawa atau dalam bahasa inggerisnya dipanggil javascript. sila lihat gambar di bawah, dan click pada gambar tersebut untuk melihat saiz asal:
tak perlu rasa takjub la sebab bukan aku buat pun skrip tu tapi biasala cilok dari internet jugak. hohkohkohkohkohkohk. bagi anda yang tidak pernah bermain gitar, itulah dia chord A minor. bunyi yang biasa digunakan dalam lagu lagu melayu.
eksperimen tak berapa menjadi sebab gambar dipaparkan kat bawah pulak, bukannya dalam table perenggan aku ni. mungkin sebab susukan table/paragraph yang tak berapa betul menyebabkan paparan gambar tu terperosok ke bawah. takpa, nama pun eksperimen. mana boleh jadi terus kan kan kan? ohkohkohkohkohkohkokh.
harini aktiviti aku hanyalah bangun sahur, solat subuh, tido balik sampai pukul 11. mana la aku nak tau dah pukul 11 sebab cuaca kat luar macam pukul 7 pagi. ohkohkohkho. tapi kira ok jugak ibarat aku mengqada' tido tido sepanjang 5 hari lepas. lepas bangun tido, mandi, lepastu layan SMALLVILLE episod 1 musim ke 6. ya tuan-tuan dan puan-puan. smallville season terbaru dahpun keluar semalam. macam biasala, finale season lepas, bila dia tersepit dalam cermin, episod baru macamni mesti cerita camana dia boleh keluar, selamat, akhirnya yang jahat pun kalah. memana filem pun akan pakai jalan cerita macamni. kelmarin aku ada jugak download cerita miami vice. kat iklan tengok macam best, macam lasak dan macam ganas. bila dah tengok rupanya cerita dia slow sangat. tak best macam bad boys 1-2 tu. jadi aku secara langsungnya telahpun menyelamatkan beberapa ringgit dari dibazirkan di panggung wayang. ohkokohkohkohkohkoh.
3:18 PM : akhirnya terbuktilah bahawa kumpulan sweet september menamakan nama kumpulannya macamtu, sebab bulan ni aku rasa sweeeeeeeeeeeeeeeeeet sangat. hokhokhokhokhokohkhokho. bayangkanla, ada 11 entry aku masukkan bulan ni, untuk menggambarkan bahawa aku mempunyai masa yang amat lapang pada bulan ni untuk menaip sesuatu dalam lamanweb aku ni. tup tap tup tap harini dahpun 30 september, esok dah 1 oktober. blablablabla lagi 3 minggu, maka umat Islam akan menyambut hari raya Aidilfitri, insyaAllah




( 3 / 33 )
Monday, September 25, 2006, 09:20 PM
sila baca tajuk dengan nada terkejut: "eh? baru 2 hari puasa dah raya?". nak lagi terkejut, sila ulang semula baca sambil mata terbeliak. hokhokhokhokhokhokh. tu la yang aku terpikir bila aku dengar iklan radio tadi yang bebunyi macamni: "...mengucapkan selamat berbuka puasa dan selamat hari raya aidilfitri". kemaruk nak raya betul radio ni. agak agak la tunggu la lepas 15 ramadhan ka kalau nak cakap macamtu pun.setelah lama bekalan elektrik kat rumah aku ni takda gangguan, akhirnya harini dia buat hal lagi. seperti tajuk yang sudah, mottonya tetap sama, iaitu TNB SAKS!. baru je lepas makan, baru nak rehat rehat, alih alih padam! komputer aku ni macam biasa la, UPS aku cuma tahan 10 minit je, sampai 9 minit, dia dah mula shutdown komputer aku secara sendirinya. dan yang paling bangang, aku telefon 15454, boleh ENGAGE TU! aku ingat semua operator dia melantak kurma kot? habistu takkan takda customer service yang bukan Islam? sebagaimana servis pelanggan TMNET yang teruk, begitulah jugak TNB ni. sudahnya aku dah terbakar, aku sms kawan aku mintak dia bukak lamanweb tnb, cari nombor telepon tnb seremban, maka bermulalah sesi dialog makihamun dengan orang yang stand-by di tnb seremban tu. tau apa jawapannya? "eh ye ke kami tak terima apa apa komplen pon". memang la bongok! ko punya customer service tido. mana nak dapat laporan. sudahnya lepastu dalam masa 15 minit baru la ada karan balik. kalau kira dari pukul 7 50 sampai 8 35 tu adala 45 minit aku duduk dalam gelap. kalau harga generator set (gen-set) tu dalam RM200-300 je dah lama aku beli, bubuh belakang rumah, isi diesel hari hari. takpayah pakai elektrik tnb. hokhokohkhokhokhokho.
hari kedua aku berpuasa, dan hari pertama aku berpuasa di pejabat. pagi lepas sahur, aku cuba la tido dulu cadangnya nak bangkit pukul 6 45, subuh, mandi, lepak lepak dan pegi keje. sudahnya mata terkebil kebil takboleh lelap. aku subuh dulu, lepastu cuba tido balik. berjaya! pukul 7 15 aku bangun. mandi, bersiap lepastu pegi keje. mengantuk sial mata. ni yang aku pelik. dulu masa aku keje di putrajaya, lepas sahur, aku solat subuh, mandi, terus pegi keje, siap boleh masuk WP1 lagi. letih jugak, sebab tengahari aku akan tido di satu bilik yang kosong yang ada sofa dengan aircon yang sejuk. hohkohkohkohkoh. tapi kat pejabat baru ni, takda "kemudahan" macamtu, sudahnya tengahari tadi aku ada keje luar, lepastu aku "ter"singgah rumah. sudahnya aku terlelap dalam 40 minit. hokhohkokhokhohkokh. pukul 2 lebih bangun, pegi keje balik. indah sungguh suasana harini. hokhokohkhohk. cuaca pun takla panas terik sangat. senang cerita takda la rasa dahaga. dan alhamdulillah, kesan gastrik aku tak terasa sangat, takda la mencucuk. betulla doktor cakap "gastrik awak tu jadi teruk sebab asap rokok". keh keh keh keh.
ya, bulan puasa ni kadar kemasukan asap rokok aku jadi berkurangan. sekotak 20 boleh tahan 4 hari. okhokhkohkoho. tapi kesannya, bila hari siang, lebih lebih lagi di pejabat, aku rasakan dunia ini suram, tidak indah. hokhokhokhokho. mata layu je. aku jenis jarang bercakap banyak, jadi bila pompaun sekeliling pejabat aku tu pok pek pok pek, aku buat pekak dan senyap macam patung jela. kekadang kalau aku rajin, aku kasik la beberapa kata hikmat, contoh macamni: "korang ni puasa ke tak puasa ke sama je ye? tak letih ke? rugi tau puasa setakat dapat lapar dan dahaga je". keh keh keh keh. lepastu ada la sikit tanda tanda keinsafan terbit dalam diri diorang. tapi tak berkesan lama pun. lepastu sambung balik. well, pompaun will be pompaun forever.
harini aku tak singgah pasar ramadhan pun sebab aku taktau nak beli apa. semalam aku pegi pasar ramadhan depan hospital seremban tu. penuh dengan jururawat pelatih dari kolej kejururawatan terdekat, dan juga beberapa abang abang askar (situ ada kem askar, rejimen rasah punya) yang cuba jual minyak. keh keh keh. rambang mata jugak aku kat situ, nak pilih kuih satu hal, cuci mata satu hal. hokhokohkhokho. itulah dia tarikan pasar ramadhan. ada 2 dalam 1.
Next Back
Archives

