TV REALITI VS KEHIDUPAN REALITI 
Sunday, September 4, 2005, 10:34 PM
kelas semester baru sudah bermula. semester ni aku amik lagi subjek yang boleh membunuh; aljebra! ohkohkokohkohkohkohk. harap harapnya aku tak terbunuh macam 2 semester lepas.

aku nak "quote" 2 petikan dari suratkhabar UTUSAN. dipetik dari http://www.utusan.com.my/utusan/content ... =mh_10.htm dan http://www.utusan.com.my/utusan/content ... =re_07.htm
2 artikel tu menceritakan 2 jenis bangsa melayu yang ada di Malaysia. Mesti ramai fanatik fanatik hiburan hiburan macam artikel nombor 2 tu akan cakap "alaaaa, dia jeles sebab tak menang" atau "sukati kitoWang laaaaaaa nak buat papa pun!" hokohkohkokhohkohkokho. aku tak kata pun apa yang korang buat tu salah. cuma aku suka baca artikel 2 benda berbeza tu je. jadi sila la baca. semestara link tu masih wujud lagi. aku rasa utusan online archive benda tu lama sikit kot, jadi dalam sebulan dua ko boleh la baca.

bulan kemerdekaan ada lagi beberapa hari. tahun ni diorang buat perarakan kebangsaan di dataran putrajaya presint 2. aku tengok tv je kat rumah, pasal aku hari2 pegi sana. pejabat aku kat sana.. hohkhokohkohkohkoh, takkan la hari kebangsaan pun aku nak pegi. korang boleh tengok gambar gambar pra kemerdekaan dalam galeri gambar aku. tu semua gambar 2-3 hari sebelum 31 ogos tu.

lama betul aku cuti ni, dari hari rabu haritu terus sampai harini ahad. tapi cuti aku memang suwei la. rabu malam khamis haritu masa aku nak undur kereta, aku pegi sapu satu kereta tin milo (proton iswara) yang tengah lalu kat belakang aku. sudahnya, pintu depan kiri dia melengkung macam kuali, cermin pintu tu berderai, lepastu yang buat lagi suwei, cermin depan dia yang double layer tu retak. semua tu je dah cekik rm750. waktu tu keadaannya memang salah aku, sebab aku undur dari tempat parking. kereta tu kat belakang. kalau buat repot pun memang sah aku kena saman. nak ganti lagi, sudahnya aku ganti terus. haduhai, baru dapat gaji tu oi, dah hilang macamtu. apa punya rezeki aku la. waaaaaaaaaaaaaaaah ah ah ahaha. kesudahannya cuti aku yang panjang ni menjadi tidak menarik langsung, sebab aku dah jadi orang miskin. ni untuk 2-3 minggu ni aku tak tau camana nak survive. tak berapa lama sebelum ni aku ada mohon pinjaman koperasi. untuk buat bayar yuran belajar. harap2 nya lulus cepat la sebab aku memang dah pokai dah ni. tahun ni memacam bala betulla aku dapat. eksiden la, apa la, itu la ini la. masa nak pegi bayar haritu rasa nak nangis pun ada! ohkokohkohkohkohkohkohkoh. dah la yuran semester lepas tak setel lagi.

keseluruhan kos yuran pengajian aku hampir rm20,000. kira murah jugak la berbanding masuk kolej swasta biasa. sebenarnya sama je, sebab aku tak ada yuran penginapan dan ko-kurikulum dan sebagainya. tu yang nampak murah, tapi sebenarnya sama je pun. ada satu benda yang best kalau ko belajar parttime ni. bahan pembelajaran ko dah disediakan. ko cuma perlu baca. tak perlu buat terlampau banyak rujukan macam bebudak belajar full-time. soal kualiti? sama je. ramai orang cakap belajar full-time kualiti dia lebih tinggi dari belajar part-time. ada pulak macamtu. kalau nak ikutkan belajar part-time lagi mencabar sebab ko nak bahagikan masa kerja dengan belajar. tu sebab diorang sediakan modul, dan bukannya buku teks suruh ko guna highlighter untuk tanda isi-isi penting.
add comment   |  0 trackbacks   |  permalink   |  related link   |   ( 2.9 / 50 )

RA RA RE RA RE RA 
Friday, June 17, 2005, 06:36 AM
selamat hari bapa. sempena hari bapa, aku tukar lagu kat bawah tu. sebenarnya lirik lagu dia tak berapa kena sangat, tapi kira boleh jugakla dey. oleh itu hargailah jasa bapa anda. aku yang sekarang dah besar panjang nipun kekadang masih lagi bergantung dengan abah aku. dalam erti kata lain, aku masih lagi memerlukan bantuan dia. bantuan dari pelbagai jenis.

zaman sentiasa berubah. begitu jugalah dengan waktu bekerja. mulai bulan depan kakitangan kerajaan akan bekerja 5 hari seminggu dengan setiap hari bekerja ditambah 30 minit. bagi aku tak ada beza pun 30 minit tu sebab 30 minit boleh habis dengan meneguk teh o, barli suam, isap rokok sebatang dua. okhokhokhokohk. walaupun banyak NGO yang tak puas hati, cemburu dan iri hati, tapi akhirnya hasrat 900,000 kakitangan kerajaan akhirnya tertunai hasil perjuangan dari CUEPACS. sebenarnya kesatuan macamni perlu untuk memperjuangkan nasib nasib golongan pekerja, terutama pekerja bawahan. macam kebanyakan sektor swasta yang besar pun ada kesatuan diorang. contoh macam NUTE, NUBE, dan memacam jenis union lagi. jangan union serupa onion dahla.

diorang tak puashati bukannya apo. sebab susah nak berurusan di kaunter-kaunter la KONONNYA. sebab sabtu diorang cuti, pejabat kerajaan ada yang bukak. oleh itu diorang gunala masa tu untuk berurusan. tu semua alasan mengarut. hari biasa pun boleh berurusan apa. kalau urusan tu rasmi, memang tak jadi masalah. kalau urusan tu tidak rasmi pun, takkan la jadi masalah untuk ko keluar kejap dari pejabat dan pergi ke kaunter? atau takboleh ke ambil cuti? sayang sangat dengan cuti apahal?

dua tiga hari ni boleh tahan sibuknya jugak aku. banyak keje luar. pasal keje keje tertunggak minggu lepas punya hal la ni. bukan nak cerita apala. diorang tugaskan aku untuk keje keje macamni yang tidak ada "backup". ada backup, tapi perempuan. kalau aku cuti, aku kena offkan telefon kalau mau hidup aman. hokohkohkohkhokho. tapi aku takla sekejam macamtu. takat diorang telepon tanya benda sikit2 tu okla tapi kalau cerita sampai 30 minit apa cerita. serupa aku pegi pejabat je haritu. putrajaya pun sejak akhir akhir ini semakin panas. berbahang. oleh itu kepada pelajar2 universiti yang berhampiran, dan juga pasangan pasangan cinta yang tinggal di kawasan berkenaan, janganlah anda bergomol didalam kereta di atas jambatan jambatan cantik kat putrajaya tu. panas dah pulau pulau buatan tu. nila masalahnya mak bapak zaman sekarang. mintak hantaran sampai belas belas ribu. nila hasilnya. bak kata mahaguru silat aku, orang dulu murah, tapi mahal. orang sekarang mahal, tapi murah. waaahhh ahh ahahahahha™ renung-renungkanlah.

sekarang ni halwa telinga aku berupa lagu yang keras-keras yang dihasilkan antara tahun 1989-1994. SEPULTURA nama dia. bukan SAFURA oi!. hahaha. sekarang nipun aku dah biasa tido lewat sampai 1 pagi. pastu 6 45 bangun, mandi, solat subuh, sarapan, dan start enjin moto pegi keje. makin hari makin susut jugak badan aku ni. tapi sejak akhir2 nipun aku terpaksa jaga waktu makan aku, takboleh biarkan perut aku berbunyi sebab aku disahkan mengidap gastrik! bukan aku sesaja buat trik tapi kenyataannya bila aku biarkan perut kosong je, dia punya sakit macam nak pitam. badan menggigil dan berpeluh macam hisap dadah. padahal duduk dalam pejabat berhawa dingin ni. nasib badan...

CMUC@TMNET tu tak habis habis hantar AUTOGENERATE EMAIL kat aku. servis macamtu jugak. macam lahanat. sudahnya aku reply dengan email macamni. aku ubah ubah sikit ayat yang diorang gunakan untuk mintak duit dari aku:



nak tengok camana rupanya mesin yang melarikan website ni?



amacam kemas tak bawah meja aku? ohkhkohkohkohkohohkoh. tu belum tengok kekemasan atas meja aku ni!
add comment   |  0 trackbacks   |  permalink   |  related link   |   ( 3 / 32 )


Next Back