Saturday, September 25, 2004, 02:55 AM
dikala aku menaip blog ni hujan renyai2 kat luar. tadi balik keje basah jugak la aku walaupun tak kuyup, lepasje tol seremban terus hujan turun. siap kat atas highway tu nampak kat depan tu hujan dah turun padahal masa tu kat jalan yang aku tengah lalu tu tak hujan. kira hujan sekerat la. mamat moto lain dah berenti tepi nak sarung bajuhujan. aku pikir sebab dah nak sampai rumah ada lagi 4km je, aku redah je la. seluarje la basah sebab aku pakai sweater (walaupun air masuk jugak kena baju). yang bestnya lepas aku sampai rumah, tak sampai beberapa minit, hujan berenti. huhuhuhuhu. oklatu, ada hikmah disebalik kejadian.tadi masa solat jumaat kat masjid putrajaya, aku masuk la saf tetengah ada satu tempat kosong, sampai je aku terus buat solat tahiyyatulmasjid. habis solat aku hulur tangan kat orang sebelah kanan aku nak bersalam. rupanya mukhriz yang duduk sebelah aku. muahahaha. sebelah dia sapa lagi tak bukan abah dia, Tun Dr. Mahathir. bagus betul anak beranak ni, duduk saf belakang campur dengan orang biasa. tapi betul jugak, Dr. Mahathir sekarang adalah seorang rakyat biasa. ternyata jiwa rakyat dia masih lagi tebal dalam jiwa dia. yang bestnya lepas aku salam mukhriz, aku usya orang sebelah tengok Dr.M aku tenung macam tak percaya, pastu dia terus senyum pastu hulur tangan dia dulu. masuk ni dah 3 kali seumur hidup aku bersalam dengan seorang pemimpin negara ni. kali terakhir dulu masa dia datang ke menara telekom merasmikan bangunan tu tahun lepas, masa aku still keje dengan telekom lagi. aku teringat lagi masa aku salam dengan dia tahun lepas dia cakap "wahhh, dapat rumah baru la ye semua". hahaha, malangnya aku duduk kat rumah baru tu tak lama sebelum aku berenti. lepas solat jumaat, aku bersalam lagi dengan dua beranak tu sebelum aku balik ke pejabat. rasa bangga jugak ada dengan aku sebab dia tanya "kerja di jabatan mana" macam dia tetau je aku memang kakitangan kerajaan, walhal masjid tu sebenarnya ramai pengunjung dari luar. maksud aku orang dari luar. 3 kali aku berjabat tangan dengan dia, 3 kali jugak dia bercakap sesuatu dengan aku. mungkin dalam kepala otak dia terbayang yang aku bakal menjadi pemimpin negara satu hari nanti. muahahaha. whoops! ni kalau fanatik pembangkang dok baca kenyataan aku mesti dia kata macamni "ni salah seko orang yang fanatik dengan mahathir, ni la dia &#*$@^ umno". hahaha, aku tak fanatik membuta beb tapi aku kagum dengan ciri ciri yang ada pada negarawan yang seorang ni. sebab aku memandang sesuatu perkara yang buruk yang kekadang terjadi sebagai perkara yang tak dapat dielakkan dalam sesuatu keadaan. macam ko buat satu program komputer jugak, dalam beberapa ribu baris kod, ada 2-3 baris yang mempunyai kelemahan, "bugs" dan boleh dimanipulasikan oleh "cracker" dan "phreaker" untuk merosakkan program tu. sama macam manusia, dalam beberapa puluh benda baik yang dia buat, tetiba ada 2-3 yang cacat, orang akan nampak yang cacat tu dan diorang guna sehabis baik untuk rosakkan dan jatuhkan orang yang dia tak suka tu. ada paham?
astu aku balik pejabat, pakai kasut, pastu pekena rokok sebatang, pastu pegi balik ke meja aku, aku ternampak sorang mamat yang muka macam aku biasa tengok. lepas 10 saat aku tenung, rupanya mamat tu budak sekolah aku dulu masa kat smtpd dulu. muahaha. nama dia redzuan, sesapa bebudak pke yang baca cerita ni mesti cam mana satu mamat ni, dalam galeri gambar aku ada gambar mamat ni masa sekolah dulu. segar bugar dah mamat ni siap aku cakap tadi "dulu sekolah badan macam penagih sekarang dah sihat!" hahah. rupanya dulu masa dia belajar, dia buat praktikal kat kementerian tu, sekarang dia dah keje kat shah alam katanya. dia datang situ jumpa ada sorang akak kat situ, kononnya "akak kandung" dia padahal muka tak sebijik pun. disebabkan akak tu kat pejabat ni tergedik2 sikit, aku anggap diorang ada affair kat situ masa dia praktikal. muahahaha. papo la ai. tapi tula kecik tak kecik je malaysia ni, boleh jumpa orang yang ko tak sangka akan jumpa.
esok sabtu keje la pulak. aku bawak kereta esok, saja je tukar2 angin sikit. tengok la kalau aku keluar awal sok, aku ikut jalan lama jela, kalau terlambat, alamatnya bayar tol jela. tol dah la mahal nak mampos, dari rasah ke kajang je dah rm5.10 pegi balik dah berapa? tapi minyak tak kuat makan, isik rm10 boleh pegi dan balik. kereta memang tak kuat cekik minyak. sama je aku bawak moto ka kereta ka minyak rm10 jugak pegi balik. moto aku tu kuat cekik minyak, kena pulak lepas "valve" dah terbukak lagi la kuat dia sedut.
mari menukar lagu background. lagi lama dari scorpions. popular masa tahun 1990 dulu kalau tak silap. aku siap ada kaset dia lagi warna kelabu, abah aku kasik suruh aku dengar. ohkohkohkohaha. senang cerita 14 tahun la aku layan lagi ni. gilo tak gilo la.




( 2.9 / 18 )
Wednesday, September 22, 2004, 02:52 AM
apsal tajuk cerita harini 787878? masa aku balik keje tadi aku tengok odometer moto aku tu ngam2 macamtu. kira angka belakang tu 1/10 la. senang cerita bacaan dia 78787.8km. hokhokohkhoho. masatu ngam2 aku berenti kat lampu isyarat keluar dari tol rasah petang tadi. fuhh. memacam betul. nak dijadikan cerita, aku terus terpandang angka odometer aku tu lepastu nampak la angka macamtu. satu kebetulan yang menakjubkan.database aku buat hal, sudahnya banyak rekod rekod blog aku yang awal2 dulu hilang. aku tak buat backup pun benda ni. okhokhkohohkho. lantak dia la nak hilang ke apa ke. bukannya aku rugi pun. lagipun tu cerita cerita awal tahun haritu.
sekarang ni dah masuk musim hujan, tapi alhamdulillah la aku pegi balik keje belum penah basah kuyup lagi sebab hujan tu turun samada aku dah ada kat pejabat, ataupun lepas aku sampai rumah. ni kat luar ni baru je berenti hujan. cerita pasal hujan, pagi tadi masa aku pergi keje, kira kat area kajang nak ke putrajaya tu jalan basah la baru lepas hujan. pastu ada satu mamat dok cucuk cucuk aku dari belakang dengan 125Z dia. siap boleh superman lagi sebelah aku. bahlul betul. aku pegi kejar, pegi sebelah dia rupanya budak opis aku. ceh. nasib baik aku tak sepak dari tepi kalau tak, sesia je harini dia masuk hospital serdang (sebab hospital tu paling dekat dengan tempat kejadian, hokhokohkohkhokh).
tak banyak pun keje aku harini. harini aku cuma turun naik bangunan 13 tingkat tu untuk check wiring yang kontraktor tu buat untuk pasang perakam waktu e-jari kat setiap pintu masuk. sistem ni kira kononnya antara yang tercanggih la setakat ni, kakitangan cuma sentuh jari dia dan mesen tu akan rekodkan pukul berapa ko masuk dan pukul berapa ko keluar. percayalah cakap aku, lagi canggih sesuatu teknologi tu lagi senang orang "phreak" benda tu. dalam kepala otak aku memang dah ada dah idea nak "phreak" menatang tu, tapi takleh cerita dalamni takut disalah-anggap oleh sesetengah pihak. ohkohkohkokahahaha. sesambil aku round bangunan tu, sesambil usya PA pejabat menteri, pejabat timbalan menteri, pejabat KSU. okhokhokho. bak kata pepatah, sambil menyelam sambil minum air eh?
aku check webserver aku punya log, senang cerita boleh dikatakan hari2 ada pengguna dari menara berkembar petronas yang melayari website aku ni. aku tak pasti la pulak samada dari KLCC ke apa tapi nyatanya alamat IP tu memang petronas yang punya. aku ada beberapa orang kawan yang keje kat petronas, mesiniaga, dataone. beruk dari kuala pilah pun ada. hokohkhokhokho
sekarang ni aku punya waktu tido makin singkat dah. lepas balik keje kalau aku ada masa aku pergi bersukan, kekadang tak dapat pun sebab aku pegi opis kawan aku kat seremban 2 pulak. apa boleh buat, aku sekarang buat 2 jenis keje. wahhh. syok pulak angin sejuk dari luar tu masuk ikut tingkap bilik aku ni. tula, dulu selalu merungut panas la bahang la apo la, sekarang dah sejuk, baru tau. hahaha. apo tunggu lagi. tido la! esok pagi aku nak bangkit awal sikit sebab aku takmo terkejar2 pegi keje. hari hari perembat pun tak bagus untuk kesihatan. telinga aku pepagi berdengung manjang sebab dok dengar bunyik enjin. hahaha.
Next Back
Archives

