SALAM KEMERDEKAAN YANG KE 52 
Monday, August 31, 2009, 09:52 PM
salam sejahtera tuan-tuan dan puan-puan. ataupun sekarang ni kita dah ada "salam 1malaysia". ;D tak kira dimana jua anda berada. mungkin sekarang ini anda baru bangun tido, sebab malam tadi berpesta sampai sahur, tak kira la kepada mat rempit (atau nama manjanya: mat gemilang) yang melakukan tawaf keliling bandar dengan bunyi ekzos macam meriam buluh. ataupun kepada yang melepak beramai-ramai di kedai makan, ataupun yang membuat pertunjukan bunga api sendiri. ya, malam tadi takda sambutan pertunjukan bunga api dan "countdown", kerana kita sekarang berada di dalam bulan ramadhan.

topik kali ini untuk sambutan kemerdekaan kali ini juga aku tak banyak benda nak diceritakan. kalau aku taip benda yang aku terfikir pun, aku akan ulang2 balik taip benda yang sama seperti yang aku dah taip pada topik tahun lepas, dan topik 2 tahun lepas. benda yang sama je berlaku. hokhokhokhokhokohohk :D

aku sebenarnya nak taip topik ni pagi tadi lepas sahur, memandangkan aku dah telan sebiji pil yang digunakan untuk mengurangkan kegatalan kulit, dan pil tu pulak mempunyai kesan yang mengantuk, terus tak jadi. baru je taip topik dan beberapa perkataan, aku dah takda mood sebab kepala dah berat. hokhohokohkohkohkoh. tapi macam yang aku katakan kat atas, isi kandungan topik kemerdekaan aku sama je, cuma tahun ni aku nak selit sikit beberapa perkara.

1. kalau baca beberapa blog, forum dan sebagainya, kita boleh simpulkan bahawa generasi masa kini kebanyakannya tidak bangga menjadi warga malaysia. tak kira la kepada bangsa melayu yang mudah lupa, atau kepada bangsa JUS SOLI yang lupa bagaimana mereka mendapat taraf WARGANEGARA. mereka-mereka ini bercakap seolah-olah merekalah pejuang kemerdekaan tanahair. ya, memang betul nenek moyang mereka bermandi peluh dan darah menuntut kemerdekaan, malangnya generasi selepas nenek moyang ini tak tau menghargai. hasilnya, jadilah tuntutan itu ini yang tak masuk akal, seolah-olah nenek moyang mereka asalnya memang berpijak di bumi tanah melayu ni sejak penjajahan portugis. dan seolah-olah bangsa yang dijajah ni cuma setakat 10-20 tahun je dijajah. kita baru sahaja 52 merdeka setelah 400 tahun lebih hidup dalam penjajahan.

2. nak dimudahkan cerita, bukan sahaja bangsa melayu yang mudah lupa. bangsa lain juga mudah lupa, apabila mereka terlupa bagaimana mereka memperolehi taraf warganegara melalui konsep jus soli. mereka ini tidak sedar, andaikata nenek moyang mereka tak jejak di bumi tanah melayu ni dulu, apakah nasib mereka sekarang? lebih baik dari sekarang? atau lebih buruk dari sekarang? atau takda nasib langsung, sebab awal-awal lagi anda sudah mati sebab kebuluran?

jadi di kesempatan ini, sempena hari kemerdekaan ini, renungkanlah sejenak. aku tak suruh ko jadi terlalu patriotik sangat. cukup lah sekadar mengucap syukur kerana lahir di bumi malaysia. tak kira la anda seorang pelajar universiti yang terlalu banyak input, sampaikan tak reti proses input tersebut, main belasah ikut je. atau kepada anda yang kurang bijak, tetapi terlalu bijak mengikut dan menggunapakai ideologi pemimpin kesayangan anda, lantas teruslah jadi memacam jenis huru hara kat atas jalanraya. anda tidak banggakah menjadi rakyat malaysia?

kepada pemimpin politik melayu beragama islam, najib tun razak, anwar ibrahim, nik aziz, tanyalah diri sendiri, anda nak sejarah kesultanan melaka 1511 berulang balik ke? ya betul, pemimpin masa lalu, lebih lagi pemimpin sebelum merdeka, mereka berjuang dengan darah dan peluh untuk membebaskan negara dari penjajah tanpa sedikit pun terfikir MAHU UNTUNG SENDIRI. tapi tengok apa yang anda buat sekarang? membuat sesuatu perkara yang akhirnya menyebabkan bangsa melayu berpecah belah. sempena bulan ramadhan yang mulia ini, apa kata anda berbuka puasa bersama-sama, berwasatiah, dan cari jalan penyelesaian. anda seorang yang bijak kerana boleh mengumpulkan pengikut. sebab itulah anda digelar pemimpin. pengikut tak wajar disalahkan 100% atas apa yang terjadi, kerana mereka kurang bijak, dan senang dipengaruhi dengan sesuatu ideologi, doktrin dan sebagainya. tapi anda yang mengangkat diri anda sebagai pemimpin seharusnya perlu BIJAK dalam mewarnakan pengikut anda.

selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 52.
8 comments ( 19 views )   |  0 trackbacks   |  permalink   |  related link   |   ( 4.3 / 12 )

1 RAMADHAN 1430 HIJRAH 
Saturday, August 22, 2009, 10:55 PM
selamat menyambut bulan ramadhan kepada semua umat islam, tak kira dimana jua anda berada. kat tempat aku hari ini mendung sepanjang hari dari pagi tadi sampai sekarang ni. mungkinkah ramadhan kali ini akan berjalan dalam musim mendung / musim hujan seperti yang pernah berlaku pada tahun sudah? ataupun cuma 1 ramadhan saja yang mendung, lepas tu akan panas balik seperti biasa seperti yang berlaku pada tahun sudah?

bila datang bulan ramadhan, maka meriahlah bazaar ramadhan dengan pelbagai juadah, dimana kemeriahan itu bukan saja dikongsi oleh umat islam, malah bangsa lain yang menganut ugama lain juga, turut sama tumpang kemeriahan bazaar ramadhan dengan membeli makanan & minuman.

1 ramadhan ni apa aktiviti aku? memandangkan ianya jatuh pada hari sabtu, hari cuti, seperti biasa lepas sahur, lepas solat subuh, aku bertapa depan pc untuk beberapa minit, lepastu sambung tido balik. memandangkan hari ini cuaca mendung, jadi aku tak perasan rupanya dah nak hampir tengahari pasal cuaca macam pukul 7 pagi. hokhokhokhokohkohohkohkokhok :D

jadi sejak dari subuh tadi sampai ke hari ni apa aku buat?



1. layan command & conquer generals (game lama, tahun 2006 punya kalau tak silap). mari meletupkan kawasan musuh dengan bom nuklear & bom hidrogen. hokohkohkohkohkohkokohk. sejak guna sistem baru ni, takda la skrin & cpu aku lag (merangkak macam kura-kura) bila letupkan bom ni :#



2. mari lanyak keupayaan pemproses dengan "virtualization". dengan melarikan (running) beberapa buah "virtual pc". adek-adek diluar sana, sila jangan tiru benda ini dirumah. ohkhokhokohkohkohkohkohkokhoko

sekian berita.

23 comments ( 52 views )   |  0 trackbacks   |  permalink   |  related link   |   ( 4.7 / 9 )


Next Back