Friday, August 31, 2007, 10:52 PM
selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke 50. macam biasa la, setiap malam menjelang 31 ogos, akan diadakan pesta dan pertunjukan bunga api yang kos dia boleh mencecah 1 juta ringgit malaysia.kat sini aku nak kongsi beberapa gambar je. taknak cerita banyak, sebab aku dah cerita kat topik sebelum ni:
gambar kat atas ni boleh dilihat dengan saiz asal. sila click kat gambar tu. ni salah satu gambar letupan bunga api kat padang MPS seremban. aku amik video pertunjukan bunga api tu, adala dalam 5 minit. masa meletup tu, keliling aku yang ada budak kecik nangis, sambil dipujuk oleh mak dia "alalalalala, lepasni kita balik, lepasni kita balik". hokhokhokhokhokohkhoh.
aku ingat zaman aku sekolah menengah sekitar tahun 1993-1997 dulu je ada budaya macamni. senang cerita era 90an. rupanya dah nak masuk tahun 2008 ni pun, ada jugak lagi makhluk macamni rupanya. masa aku amik gambar ni, lupa nak on flash, kalau tak lagi terang berderang gambar ni, siap boleh nampak hujung rambut yang tajam tu. hokhokhokhokhokhokho. ni pun terpaksa edit, naikkan lagi brightness. gambar ni aku namakan dia sebagai pemimpin-masa-depan-negara.JPG. sebab inilah generasi yang akan hidup sebagai tenaga muda pada tahun 2020 nanti.
kawan aku cakap, biasanya malam merdeka macamni, adalah pesta seks. samada si dara mendermakan daranya buat kali pertama seumur hidupnya, ataupun si bukan dara, mendermakan bekas daranya kepada manusia lain selepas daranya dipecahkan oleh orang lain sebelum ni. hokhokhokhohkokho, apa aku cerita daa. ataupun pesta minum arak sampai mabuk dah akhirnya balik jalan senget, ataupun jadi macam perkara yang memula aku taip kat atas tu, iaitu pesta seks.
sebut pasal arak, ada sorang kawan aku dulu masuk ke bistro, dan order arak berharga RM500. ya tuan-tuan dan puan-puan. ringgit malaysia lima ratus harganya. minum sampai mabuk, lepastu dia rasa nak terkencing sambil cakap dengan aku "wei, aku nak kencing la, tolong papah aku pegi toilet". masa aku nak papah, dia cakap macamni pulak "eh takpayah la, rugi la aku beli air memahal, sudahnya buang balik". hokhokohkhokhokohkhok. tapi tu dah berlalu 6 tahun lepas. sekarang alhamdulillah dia dahpun berubah jadi manusia yang layak dipanggil lelaki dan suami serta ayah kepada 1 orang anak lelaki. manusia boleh berubah, cuma antara nak atau taknak. jadi sampai bila nak buat keje-keje macamtu? dah rasa dahla, bukan aku kata yang dah rasa tu betul, tak berdosa dan sebagainya. tapi cukup la setakat tu. bak kata TMnet, AYUH BERUBAH!




( 3.1 / 53 )
Thursday, August 30, 2007, 07:26 AM
ya abang-abang dan kakak-kakak sekalian. malam ni adik kita berjaya memenangi perlawanan bolasepak lawan dengan myanmar dengan 3-1. walaupun banyak sangat adegan kad kuning, dengan main asyik nak gaduh je, tapi tu perkara biasa, lagipun diorang kan masih bebudak lagi, memang la jiwa asyik nak gaduh je. ohkohkohkohkoh.satu je aku nak komen, dalam bebanyak pemain, rasanya goal keeper perlu dilatih balik, atau ditukar. malaysia selamat sebab 4 orang pertahanan yang kebal. yang bocor sebijik tu boleh terima, sebab bola laju. yang tak boleh diterima, tangkap bola tak kemas, nasib baik dia dicaj sebagai diasak masuk dalam gol, jadi gol pun tak kira.
harapan aku, tolong jangan jadi sinonim "atlit malaysia". maksud aku, harini menang, dapat duit banyak, dapat tanah sekeping, dapat itu ini, tahun depan atau game seterusnya, hancur. itula senario atlit sukan malaysia dari aku kecik sampai aku besar ni ha.
ada sorang bekas pemain bola malaysia penah cakap, zaman diorang dulu malaysia salah satu kuasa bola dunia, masuk olimpik, masuk piala dunia, sebab skill yang diorang guna pada masa tu setanding dengan skill dari pasukan lain dari negara lain. beza dengan zaman ni, pemain sekarang masih lagi pakai skill yang sedia ada pada zaman 80an dulu, sedangkan pemain luar negara lain dah guna skill yang lagi baik. macam teknologi la, orang dah pakai core 2 duo, kita masih lagi pakai pentium 166MHz.
corak permainan yang adik-adik kita pakai tadi sesuai dengan cara permainan zaman sekarang. bola tak perlu simpan lama, hantaran jauh tapi sampai, dan skill-skill lipat dan cilok yang maut. kalau korang perasan, skill tu la yang pemain eropah guna untuk menang. tak perlu jadi hero sorang diri untuk score. orang akan respek bukan kepada penjaring gol, tetapi kepada orang yang mencipta gerakan untuk orang lain shoot bola masuk gol. harapnya "pemain senior" kita yang ada sekarang ni, belajar dari adik-adik anda, camana nak main bola yang tak memalukan negara. jangan ego sebab kena belajar dengan budak junior anda. diorang dah buktikan sesuatu, dan macam aku kata kat topik sebelum ni, bebudak bawah 23tahun ni yang sepatutnya dihantar untuk wakil negara dalam memana perlawanan bola tahun ni.
adik-adik semua, anda patut diberi pujian, tapi jangan lemas dengan pujian. bukan senang nak dapat peluk dengan sultan. DYMM sultan pahang mencemar duli harini turun ke stadium, tengok bola, dan memeluk pemain malaysia yang memang berpeluh, berlumpur dan sebagainya. itu satu penghargaan untuk diorang. boleh la tulis dalam diari ko dapat peluk sultan. boleh cerita dengan anak cucu nanti. okhokhkohokhkohokhkoho
main kasar dalam bola memang tak dapat elak, sebab suasana memang tegang, berlari ke sana sini, hati jadi panas, kena gesel sikit terus melenting. terutama kat pemain burma yang tertekan, sebab ketinggalan 3-0 sebelum tu, pulak tu salah sorang pemain dia sendiri jaring gol sendiri. maunya tak pressure. jadi tak heran la diorang kumpul kad kuning paling banyak. kena pulak bebudak ni yang belum boleh dianggap sebagai pemain profesional, jadi rasanya tak salah diorang buat macamtu, cuma jangan terbawak sangat sifat kat sekolah masuk padang, contoh macam adegan mengejek bila budak burma tu kena buang padang, atau tolak menolak dan sebagainya. bagi aku, keprofesionalan tu junior boleh belajar dengan senior yang sedia ada, tapi skill dan cara main bola, senior yang ada ni sila belajar dengan adik-adik anda yang menang 3-1 harini
sebut pasal kad kuning ni, aku tabik sama pengadil dari thailand ni. tak banyak soal jawab, terus zassss je. okhokhkohkohokho.
saya dari bilik berita sukan, melaporkan. akhir kata, majulah sukan untuk negara malaysia. selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 50.
Next Back
Archives

