Saturday, August 28, 2004, 10:07 AM
aku baru balik semayang jumaat dari masjid putrajaya. lama jugak aku tak update blog ni. sebab sejak hari selasa haritu aku dah mula berkhidmat dengan sektor kerajaan di Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi di kompleks putrajaya presint 2. kira hari selasa haritu ada taklimat kat JPA jela, rabu baru aku lapor diri kat KPPK. ok jugak la suasana baru kat tempat keje baru setakat ni, tak ada la macam sesetengah orang yang cakap keje dengan orang "antik" (orang tua tua) dalam sektor kerajaan ni menyusahkan. yang pentingnya ko pandai sesuaikan diri je. kalau ko pandai bawak diri, keje kat memana pun tak jadi masalah. ni yang jenis semangat tak kuat, baru tengok boss dah bengis sikit baru tengok orang tua tua tenung semacam je dah mula fikir bebukan. pengalaman aku bekerja dengan orang "antik" masa dengan telekom malaysia berhad dulu banyak mengajar aku untuk "dealing" dengan diorang ni. senang je beb. lagipun sekarang ni aku masuk lapor diri ketika pejabat cuma ada beberapa orang je sebab kebanyakannya pegi ke Kuantan untuk sambutan hari kemerdekaan selasa ni. kira hampir 3/4 staf dalam pejabat ni tak ada la. kementerian ni ada 8 tingkat start dari tingkat 6 sampai 13. tingkat atas atas tu menteri dengan timbalan dia yang duduk. aku kat tingkat 6 bahagian sumber manusia. okhokhkohohkoh lari betul bidang tugas aku ni dulu jadi juruteknik sekarang jadi "pembantu tadbir operasi" (kira istilah baru untuk kerani la). tu tak jadi masalah janji aku ada keje tetap disamping kerja sampingan yang aku dok buat sejak 11 bulan yang lepas. kiranya 11 bulan la aku berehat panjang dari kerja tetap.sekarang ni aku punya masa dah teratur balik la, tido pukul 12 (padahal malam tadi belasah gak tido pukul 1 lebih sebab melepak dengan kawan aku kat kedai mamak. pastu pagi pukul 6 30 dah bangun, lepak lepak, mandi semayang pastu sarapan sikit, pukul 7 15 baru aku gerak dari rumah (perembat moto dulu buat sementara ni) sampai ke pejabat. ikut highway dari tol rasah keluar tol kajang pastu terus ke putrajaya. cuma hari selasa haritu masa pegi JPA pagi hujan kemain lebat, aku pakai kereta pegi sana. terbang la RM10 duit tol pegi balik. nak ikut jalan lama aku menyampah pulak dengan kesesakan lalulintas. start dari hari rabu haritu sampai harini aku belasah dengan moto aku je la. not bad, perjalanan sehala dalam 30-35 minit je (tak habis perah lagitu.. hokhokhokohkohkohkh)
aku dapat sorang bos yang agak bengis jugak muka dia, aku dah boleh jangka awal awal masa memula tengok muka dia, tapi cara dia bercakap ok. tapi aku punya ketua memang best. pangkat makcik la. umur pun dah 40++ dah. bagus la diorang is very very polite. cuma ketua jabatan (SUB) je perempuan cina (sebab menteri pun cina, cina sarawak, Dato' Peter Chin) jadi ko boleh bayangkan la camana mulut dia kalau bos anda seorang perempuan dan berbangsa asing. pok pek pok pek tu perkara biasa jugak la. kena la sektor kerajaan lagi la. jadi aku nak taknak kena la tahan je dengan kerenah dia. tapi biasanya kalau dia nak pok pek dia takkan direct ke level macam aku tapi dia direct ke orang bawah lepas dia. jadi orang bawah dia akan pass kat sorang lagi dan seterusnya. macamtula proses hirarki dalam sektor kerajaan. bukan setakat sektor kerajaan je, hampir semua tempat pun macamtu. sedangkan kat telekom dulu pun, diorang suka cakap macamni "i will give half of my pressure to you". hahaha.
harini aku ada keje sikit, cuma buat beberapa jenis data pastu upload masuk dalam database dia yang masih lagi belum beroperasi sepenuhnya. sekarang aku dah jadi seorang pegawai kerajaan dan seorang pelajar IT separuh masa. besar woo tanggungjawab ni. untuk 4-5 tahun akan datang aku akan jadi sibuk sesibuknya. doakan aku berjaya!




( 3 / 30 )
Thursday, July 29, 2004, 10:15 AM
2 hari kot aku tak update diari aku ni. baru lepas balik pegi amik gambar kawasan "tapak projek" dengan kawan aku kat pelabuhan klang. hahaha. takla, ada la gambar kitorang amik, nak sedapkan cerita cakap la tapak projek biar nampak macam projek juta juta. kamera ni banyak gak space kosong, jadi bila aku balik rumah, aku amik gambar laman rumah, gambar depan rumah, gambar ruangtamu, gambar keadaan dalam bilik aku, gambar komputer yang aku guna untuk run website ni, yang korang dok bukak website ni, yang korang dok baca blog, dok tengok gambar gambar ni. tengokla betapa terbarainya CPU tu, dengan wayar berselirat, dengan modem, stepdown powersupply, AVR yang bersepah atas lantai... huhuhuhuu. gambar gambar tu semua ada dalam picture gallery aku, atau directlink: MISCELLANEOUS PICTUREpagi tadi aku tido lambat sampai pukul 4 pagi, ada satu website nama dia "rockcintan", penuh dengan lagu lagu rock kapak era 80an dan awal 90an.. huhuhuhhu, adala 2-3 lagu aku download dari sana, yang menjadi feveret aku masa sekolah rendah dulu. kualiti lagu kat website tu memang worst la, dia record direct dari tape yang dah kotor, atau dari radio yang signalnya lemah, pastu encode jadi 22kbps/22kHz. tapi atleast aku boleh dengar suara dengan rentak muzik dia dah cukupla. jangan tak tau, aku start masuk darjah 1 tahun 1987, masa aku darjah 3 tahun 1989 aku dah start layan lagu rock kapak. masuk je era 90an, waktu tu dah wujud rentak "re-mix" tapi aku sikit pun takboleh blah dengan rentak baru tu. still lagi melekat dengan rock jiwang sampai sekarang. hahaha. pastu semalam ada budak kasik aku 2-3 link yang simpan mp3 lelama. banyak jugak lagu yang aku tak ada, aku cilok dari website tu.
semalam aku settlekan 2 benda, pegi jumpa pesuruhjaya sesumpah (pesuruhjaya sumpah la... haha) mintak cop surat akuan sumpah aku, lepastu pegi bank masukkan duit pendahuluan yuran belajar aku bulan 8 ni.. senang cerita, semua dokumen berkenaan pelantikan aku dalam jawatan kerajaan dan juga dokumen untuk masuk belajar semuanya dah siap dan selesai. harini aku buat keje sikit je, lepasni mau rilek layan apa yang ada. aiskrim pun baru beli, melantak aiskrim la sat lagi. ada gambar aiskrim dalam fridge yang aku bubuh dalam picture gallery aku tu…
baru lepas baca suratkhabar. mukadepan berita harian harini, seorang pelajar UKM mati kena rodok dengan pisau oleh sorang lelaki yang tak dapat menerima kenyataan bahawa cintanya ditolak. pelik gak aku buletin tv3 semalam tak keluar pulak cerita ni, mungkin sebab diorang beri pengkhususan slot untuk "TUAN GURU HJ NIK AZIZ" yang masuk hospital. mari kita doakan semoga beliau cepat sembuh. berbalik kepada kisah arwah AYU ni, sebenarnya ni bukan kisah pertama. berapa banyak dah kisah orang yang tak dapat terima kenyataan kekasih hati beralih arah, menolak cinta sebab dah ada pilihan hati yang lebih sesuai dan secocok. akhirnya berakhir dengan kematian. kepada keluarga arwah, takziah, dah alfatihah untuk arwah semoga dia tenang disana. pelik betulla. bagi aku mudah je, kalau ko "kalah" dalam merebut hati seorang perempuan, stepdown jela. takpayah la emosi. ada banyak perempuan kat malaysia ni. bila ko kalah maknanya ko tak ada jodoh, dah ditentukan pun. susah ka? bila frust, otak berserabut, amik keputusan untuk rogol si perempuan ataupun bunuh sampai mati. lepastu puaskah hati anda?
cuaca masih mendung kat luar, tapi masih belum hujan. kalau tak hujan jap lagi, aku mau jogging lagi dan lagi.
Next Back
Archives


