KENA TERMINATE KO? 
Thursday, July 31, 2008, 06:09 PM
hokhokhokhokohkoh. sempena dengan berakhirnya bulan julai, tajuk kalini pulak: KENA TERMINATE KO? apohal? pasal minggu lepas lepas beberapa hari nak genap kitaran kiraan bil untuk talian maxis aku ni, aku dengan bangganya telahpun pergi ke maxis centre berdekatan untuk menamatkan talian yang telah aku gunakan dekat nak 10 tahun ni. masa nak pegi terminate tu, orang kaunter tu adala tanya soalan kat aku untuk buat bancian:

kenapa encik taknak gunakan lagi talian maxis?

tau apa aku jawab? aku jawab sebab maxis kuat spam, aku banyak terima sms pepelik, iklan dan sebagainya yang aku sendiri tak pernah subscribe, pulak tu haritu aku dapat sms dari nombor yang ada 5 angka, bila aku call operator maxis tau apa dia jawab? "nombor ni tak berdaftar dengan maxis, jadi kami taktau kompeni mana yang guna nombor ni". kiranya dia nak bagitau yang kompeni tu tak berdaftar sebagai kompeni yang boleh buat iklan dengan maxis la.

aku rasa dia ada 2-3 soalan lagi nak tanya tu kot, tapi memandangkan jawapan aku dahpun "membunuh" minat dia nak bertanya, maka aku rasa soalan dia terbantut sampai kat situ jela. hokhohkokhokhokhohkohkokho :D kalau dia tanya lagi, aku akan jawab: anda mengeja tak betul, ada ke favourite maksud dia kegeraman? hokhokohkohkohkohkoh. (sila rujuk kepada topik sebelum ni kalau tak paham apa aku cerita ni)

sebenarnya sebab 2 minggu yang lepas aku dahpun daftar celcom executive plan jadi sebabtu aku nak terminate talian maxis ni. gila apa semua jenis mobile telco kat malaysia ni aku nak guna. ni pun rasanya aku nak terminate talian digi sedia ada ni, memandangkan digi telahpun "melukakan" hati aku dengan mengubah plan yang aku gunakan sebelum ni kepada plan ala-ala 1-Plan. memandangkan aku pun jarang guna talian ni, dan tak pepasal aku kena bayar jugak "commitment fees" sebanyak RM25 setiap bulan, maka talian ni pun tunggu masa je nak kena terminate ni. biarlah lepasni aku pakai celcom je. walaupun kalau nak bandingkan plan, celcom agak cekik darah, tapi dia ada satu kelebihan yang mobile provider lain takda. *ehem ehem*.. hokhokohkohkohkohkohkhko

gambar selingan:



agak-agaknya pemilik kenderaan ni paham ke tak apa maksud nombor plat dia tu ye? kalau nanti aku beli kereta perodua, aku sanggup tukar nombor plat kereta aku dengan dia ni, walaupun dia cakap kena beli dengan harga RM100 sekalipun. hokhokhokhokohkohkohkoh :B
10 comments ( 38 views )   |  0 trackbacks   |  permalink   |  related link   |   ( 3.4 / 18 )

SALAH EJA KO? 
Wednesday, July 2, 2008, 12:50 AM
ya. sempena dengan tibanya 1 julai, tajuk kalini adalah "SALAH EJA KO?"



apo masalah dengan bil telepon aku tu? tengok kat tempat yang aku highlight dengan kotak merah tu. taktau pulak aku selama ni perkataan "favorite" tu maksud dia "kegeraman". HOKHOKHOKOHKOHKOHKOHKOHKOKHOKH :D

kalau anda semua mau tau, inilah dia talian mobil yang aku guna sejak penghujung 1999 dulu. sekarang dah masuk tahun 2008. kiranya sampai hujung tahun ni maknanya aku dahpun pakai nombor dengan prefix 017 ni hampir 10 tahun. bermula dengan nama ADAM, pastu dibeli oleh time telekom dan diberi nama yang agak comel, iaitu timecel, dan lepastu time telekom rasa takboleh nak bersaing dengan industri selular, maka dia jual pulak ke maxis. senang cerita dalam tempoh 10 tahun aku guna line ni (diulang, line ye, bukan prepaid, seumur hidup aku tak penah pakai prepaid, sebab bagi aku cuma indon/pendatang takda IC, budak sekolah tak cukup umur je yang guna prepaid ni. hokhokohkohkohkohkohkoh) nama dah bertukar 3 kali, aku dah bayar kat 3 kompeni berlainan. dan semestinya corak pada bil pun berlainan. dan tengok la camana maxis eja kegeRAMan tu. hokhokhokhokhokhokhokhokhokhokhok. dari dulu sampai sekarang sewa bulanan aku tetap RM20. bertukar 3 jenis kompeni, sewa masih sama.

sebenarnya aku dalam proses nak menamatkan talian ni. zaman sekarang ni ada beberapa pembekal talian selular yang menggunakan kaedah "commitment fees" berbanding "sewa bulanan". "sewa bulanan" adalah satu istilah yang digunakan oleh kebanyakan konglomerat keparat bagi tujuan mendapatkan untung buta-buta setiap bulan bagi menampung kos operasi dan juga kos membayar gaji sampai belasan ribu ringgit kepada CEO memasing. talian yang aku pakai ni dari dulu sampai sekarang masih lagi menggunakan kaedah "sewa bulanan" seperti abang besar kita, sapa lagi kalau bukan telekom malaysia sentiasa bersamamu tu. dah ada beberapa pembekal talian yang menggunapakai kaedah "commitment fees", contoh dalam RM30 misalnya. kiranya ko tetap perlu bayar RM30 walaupun ko pakai kurang dari tu, contoh ko cuma buat panggilan dalam RM18, tetap bayar RM30. tapi kira untung apo pasal 30-18=12. jadi ko bayar buta RM12 kat diorang. jadi nak mengelakkan ko bayar buta, guna la bebetul bajet la penggunaan dalam RM30 sebulan tu. bagi aku cara macamni agak menarik dan mesra pengguna sebab ko sebenarnya mengenakan caj terhadap panggilan yang diorang buat sahaja. kalau sewa bulanan kalu, dia dapat untung buta. dan maxis cuma memperkenalkan diskaun RM5 sekiranya tak pakai bil kertas. kiranya takda bil dihantar ke rumah, sebaliknya aku cuma download dari portal dia atau tunggu email sampai yang terdapat bil berbentuk softcopy dalam attachment. itu jela "enhancement" yang diorang cipta untuk "kesenangan" pengguna. tapi bagi aku tu tetap tak menarik sebab sewa bulanan yang aku dah bayar selama 12x9=108 bulan tu macam takda pulangan apa pun.

oleh itu, talian ni sebenarnya tunggu masa je nak ditamatkan ni. biarlah lagi beberapa bulan lagi aku menyumbang duit sewa kepada pembekal talian ni untuk diorang gunakan bagi "kos operasi" diorang akan datang. hokhokohkohkohkohkhok :D

sebenarnya memana pembekal selular kat malaysia ni la semuanya tak penah cakap serupa bikin. janji mau bagi itu ini, sudahnya setahun lepastu revise. agak-agak tengok pengguna dah seronok mengguna, diorang revise lagi, bukan nak bagi lagi murah, tapi cekik lagi dengan kaedah yang berbentuk "hidden charges" ataupun pengkajian dan penstrukturan semula kaedah caj.

akhir kata, kalau nak mengeja tu check la dulu. anda sebuah syarikat berstatus BERHAD yang besar, ada bangunan sendiri, dan ada status billionaire dalamtu, tapi mengeja pun tak senonoh. hokhokohkohkohkohkohkohkh :D :U
9 comments ( 40 views )   |  0 trackbacks   |  permalink   |  related link   |   ( 3.5 / 22 )


Next Back