Saturday, July 22, 2006, 04:00 PM
"kuman keluar dari badan". begitulah kata warden asrama sekolah teknik aku dulu pada tahun 1996. 10 tahun dah. dia cakap tu bila waktu tu ramai sangat bebudak demam. memang musim demam pun masa tu. dan katanya lagi "tapi demam-demam pun boleh jugak isap rokok lagi kat atas tu ye?" hokhokhokhokhokh. warden ni adalah antara warden yang paling sempoi. "saya boleh tangkap kamu ketika sedang memegang rokok yang menyala. kalau setakat rokok dalam almari tu kamu akan kata tu bukan rokok saya. jadi saya akan tangkap kamu ketika kamu menghisap rokok tu". dan memang dia power. boleh detect budak waktu macamtu. orang kata dia ber"ilmu".dari semalam sampai harini hidung aku masih lagi tersumbat. perubahan cuaca. semalam aku pegi keje petang tu siap boleh main badminton lagi walaupun badan aku panas. hokhokohkhoko. dari hari Isnin sampai Khamis haritu aku berkursus di seri malaysia port dickson. start demam hari rabu, tapi memandangkan makanan kat situ memang menyelerakan maka aku boleh lawan lagi demam tu. berikut disertakan salah satu daripada gambar makanan yang menyelerakan tu:
itulah yang mendorong aku untuk bertahan sehinggala hidung aku tersumbat mulai dari semalam.
dua minggu lepas pejabat aku mengadakan "KPPK IDOL", iaitu satu program ala ala persembahan/karaoke/nyanyian dan sebagainya. kelebihan pejabat aku di putrajaya ni, ianya dilengkapi dengan sistem audio visual yang tercanggih, sesuai untuk buat apa apa sahaja program berbentuk hiburan. bawah ni screenshot salah satu persembahan yang memenangi tempat pertama:
amacam? menarik? rasa nak join? orang luar nak yang join bolehlah menghubungi aku dengan pembayaran sebanyak RM500 untuk pendaftaran.. hohkohkohkohko.
windows server 2003 aku ni sekarang telah dipasang dengan Kerio WinRoute Firewall. setakat ni aku jumpa perisian ni antara yang terbaik untuk server OS. Kerio Winroute tu dilengkapi dengan firewall dan built-in DHCP server. bukan sekadar basic firewall, tapi boleh lah dipanggil sebagai advance firewall. memandangkan aku bolehlah dikategorikan sebagai seorang "separanoid" (separa paranoid, iaitu ketakutan yang ada tempatnya) maka memacam jenis rules aku buat dalam firewall tu. antaranya menyekat semua akses masuk, kecuali akses untuk HTTP (web yang korang tengok ni la), dan jugak 2-3 jenis port yang lain. manakala untuk akses keluar, aku cuma benarkan beberapa port keluar, seperti http, https dan 4-5 jenis port yang lain. itulah yang dinamakan separanoid.. hokhokhokhokhokho
tau apa isu sensasi sekarang? apa lagi kalau bukan isu SN dengan DK. salah satu isu isu yang paling aku meluat bila baca, tengok dan dengar. sama la kes macam isu mamat felda yang kononnya alim mengalahkan kucing. inilah salah satu masalah dunia hiburan dan dunia media di malaysia. yang paling utama, masalah mental rakyat malaysia. suka dengan benda benda melalaikan macamni. eceh, dah macam prof. diraja ungku aziz la pulak. hokhokohkohkohkoh. tapi pepehal pun, kepada watak watak yang dinyatakan diatas, anda semua memang saks. dan juga beberapa isu yang melibatkan isu politik tanahair. semuanya memang sensasi, untuk bulan Julai, dibawa terus kepada anda.
musim peperiksaan untuk semester Mei semakin hampir. haritu aku dengar seorang penceramah beritahu, untuk kemasukan pekerja di dalam sektor kerajaan, mininum CGPA adalah 3.2 untuk samada ijazah ataupun diploma. itu adalah syarat asas untuk tapisan ke peringkat temuduga. jadi jalau anda dapat CGPA 3.1 boleh la mula garu kepala dan memikirkan semula kenapa anda tak dapat kerja sampai sekarang. jadi janganlah keluar kenyataan menyalahkan itu dan ini bila korang semua gagal dapat kerja. renung renungkahlah...




( 2.9 / 20 )
Thursday, April 13, 2006, 09:50 PM
bagi anda yang taktau, satu tiga tiga tujuh apabila disebut dalam bentuk angka; 1337 bukanlah sebutan yang aku taip tu, tapi bunyinya adalah LEET. tu bahasa internet. atau bahasa pasar untuk "computer geek". atau bak kata agen FBI dalam filem operation takedown, "de-socialized computer geek". hokhokohkohkhok. dibawah adalah salah satu contoh merujuk kepada perlakuan satu tiga tiga tujuh tersebut:hokhoohkohkohkohkohkohkh.
8:37 PM : tengoklah betapa bahlulnya sistem yang TELEKOM MALAYSIA SENTIASA BERSAMAMU ni pakai:
sumber dipetik dari http://www.nst.com.my/Current_News/nst/ ... index_html. yang ni memang aku akui sendiri, sebab aku pernah bekerja dengan syarikat telekomunikasi terulung ni.. hokhokohkhokhokohhk. agaknya programmer dia tersilap declare integer dalam program dia sampaikan bil RM80 jadi RM80t.
isu terhangat bulan ini, adalah apabila negara kita membatalkan pembinaan jambatan untuk laluan johor singapura. yang ni memang aku dah jangka, memandangkan kebaghalan dan keras kepala singapura, memang tak heran benda ni akan berlaku. tapi aku tak sangka pulak malaysia sendiri ambil keputusan untuk memberhentikan projek ni. pendapat aku satu je; PEMBAZIRAN. negara kita sendiri silap, sepatutnya sebelum melakukan pembinaan macamni, kaji dulu, dapatkan persetujuan dan kata putus dulu, baru bina. ni bina sekerat, lepastu baru nak berbincang. memang la diorang buat main benda ni sebab diorang ada poin untuk kenakan malaysia, sebab diorang dah nampak yang kita terdesak. sudahnya apa jadi dengan projek ni? gajah putih? satu kerugian yang amat sangat. melainkan ada keajaiban berlaku jika kita bercadang untuk buat jambatan tu seolah2 lalu atas air, dan kemudian masuk balik ke johor, kiranya macam merentas dari barat ke timur la. tu mungkin menarik! tapi apa akan jadi dengan kompleks imigresen dan kastam yang sedang dibina tu? aku rasa jadikan shopping complex lagi bagus.
minggu depan satu lagi kertas. dipanggil "implementasi pangkalan data". ye tuan tuan dan puan puan. bahasa pengantaranya adalah bahasa melayu. jadi anda mungkin dapat membayangkan beberapa istilah istilah yang lucu.. hokhokhokhokhokhokh. tapi takpala sekurang kurangnya aku pernah bermain dengan database, tau camana konsep, tau arahan arahan yang digunakan dan sebagainya. harap harapnya begitulah kisahnya. hokhokohkhokh.
sebelum mengakhiri majlis kali ini, mari kita ramai ramai melihat gambar ni. gambar ni:
NOTA: XIJMX bukanlah nama sebenar, cuma nickname. hokhokohkohkohk
dia claim gambar ni adalah TIKUS MATI DALAM TANGKI AIR KAT PEJABAT DIA. yang korang nampak 5-6 benda panjang tu adalah ulat (maggot). itulah rahsia kejayaan pekerja di pejabatnya, minum, basuh tangan, atau mandi menggunakan air tangki di pejabat yang mengandungi sebatian tikus mati. BLUWEKKKKKKKKK!!!
Next Back
Archives

