Thursday, July 29, 2004, 10:15 AM
2 hari kot aku tak update diari aku ni. baru lepas balik pegi amik gambar kawasan "tapak projek" dengan kawan aku kat pelabuhan klang. hahaha. takla, ada la gambar kitorang amik, nak sedapkan cerita cakap la tapak projek biar nampak macam projek juta juta. kamera ni banyak gak space kosong, jadi bila aku balik rumah, aku amik gambar laman rumah, gambar depan rumah, gambar ruangtamu, gambar keadaan dalam bilik aku, gambar komputer yang aku guna untuk run website ni, yang korang dok bukak website ni, yang korang dok baca blog, dok tengok gambar gambar ni. tengokla betapa terbarainya CPU tu, dengan wayar berselirat, dengan modem, stepdown powersupply, AVR yang bersepah atas lantai... huhuhuhuu. gambar gambar tu semua ada dalam picture gallery aku, atau directlink: MISCELLANEOUS PICTUREpagi tadi aku tido lambat sampai pukul 4 pagi, ada satu website nama dia "rockcintan", penuh dengan lagu lagu rock kapak era 80an dan awal 90an.. huhuhuhhu, adala 2-3 lagu aku download dari sana, yang menjadi feveret aku masa sekolah rendah dulu. kualiti lagu kat website tu memang worst la, dia record direct dari tape yang dah kotor, atau dari radio yang signalnya lemah, pastu encode jadi 22kbps/22kHz. tapi atleast aku boleh dengar suara dengan rentak muzik dia dah cukupla. jangan tak tau, aku start masuk darjah 1 tahun 1987, masa aku darjah 3 tahun 1989 aku dah start layan lagu rock kapak. masuk je era 90an, waktu tu dah wujud rentak "re-mix" tapi aku sikit pun takboleh blah dengan rentak baru tu. still lagi melekat dengan rock jiwang sampai sekarang. hahaha. pastu semalam ada budak kasik aku 2-3 link yang simpan mp3 lelama. banyak jugak lagu yang aku tak ada, aku cilok dari website tu.
semalam aku settlekan 2 benda, pegi jumpa pesuruhjaya sesumpah (pesuruhjaya sumpah la... haha) mintak cop surat akuan sumpah aku, lepastu pegi bank masukkan duit pendahuluan yuran belajar aku bulan 8 ni.. senang cerita, semua dokumen berkenaan pelantikan aku dalam jawatan kerajaan dan juga dokumen untuk masuk belajar semuanya dah siap dan selesai. harini aku buat keje sikit je, lepasni mau rilek layan apa yang ada. aiskrim pun baru beli, melantak aiskrim la sat lagi. ada gambar aiskrim dalam fridge yang aku bubuh dalam picture gallery aku tu…
baru lepas baca suratkhabar. mukadepan berita harian harini, seorang pelajar UKM mati kena rodok dengan pisau oleh sorang lelaki yang tak dapat menerima kenyataan bahawa cintanya ditolak. pelik gak aku buletin tv3 semalam tak keluar pulak cerita ni, mungkin sebab diorang beri pengkhususan slot untuk "TUAN GURU HJ NIK AZIZ" yang masuk hospital. mari kita doakan semoga beliau cepat sembuh. berbalik kepada kisah arwah AYU ni, sebenarnya ni bukan kisah pertama. berapa banyak dah kisah orang yang tak dapat terima kenyataan kekasih hati beralih arah, menolak cinta sebab dah ada pilihan hati yang lebih sesuai dan secocok. akhirnya berakhir dengan kematian. kepada keluarga arwah, takziah, dah alfatihah untuk arwah semoga dia tenang disana. pelik betulla. bagi aku mudah je, kalau ko "kalah" dalam merebut hati seorang perempuan, stepdown jela. takpayah la emosi. ada banyak perempuan kat malaysia ni. bila ko kalah maknanya ko tak ada jodoh, dah ditentukan pun. susah ka? bila frust, otak berserabut, amik keputusan untuk rogol si perempuan ataupun bunuh sampai mati. lepastu puaskah hati anda?
cuaca masih mendung kat luar, tapi masih belum hujan. kalau tak hujan jap lagi, aku mau jogging lagi dan lagi.




( 2.9 / 69 )
Wednesday, July 21, 2004, 09:28 AM
baru balik lepak minum kopi kat kedai mamak dengan kawan aku. kejap je, aku pun letih ni. harini lepas zohor aku dengan mak abah aku pegi SJMC (Subang Jaya Medical Centre) sebab akak ipar aku selamat bersalin pukul 1 30 tengahari semalam (Isnin). dapat baby boy. sihat alhamdulillah la dua dua, mak dengan baby dia. abang aku je demam, hahaha. kira pagi semalam la pukul 2 pagi abang aku call mak aku cakap bini dia dah masuk wad sebab dah mula sakit. aku memula takmo pegi, sebab aku tak cukup tido, last2 abang aku call cakap macamni "kau takmo tengok anak sedara kau ke?" hahahaha. aku acah je pun. sedangkan anak orang lain pun aku pegi tengok, inikan pulak anak abang aku sendiri. semalam jugak rekod UPTIME pc aku rosak sebab CDwriter aku buat perangai. cd takleh eject sebab hang pekejadah ntah, sudahnya aku pissed-off, terus restart je pc. elok2 dah 10 hari uptime pc.. ish. Semalamnya (Ahad) macam biasala, main badminton dengan kawan aku, lepastu layan karaoke kat fortune. muahahhaa. aku sorang je yang mampu bertahan, bebudak lain semua suara hilang, sebab keletihan main badminton. Sebelum karaoke, lepas main badminton tu kitorang melantak kejap kat temiang corner tu. Haritu aku tak keluar duit satu sen pun, duit court badminton, duit makan, dan duit karaoke, sebab kawan aku belanja, pasal aku tolong format dan install OS dalam pc kastemer dia. letih jugak aku harini, pegi balik USJ naik kereta, dahla siang tadi aku bangun awal, tido tak sampai 6 jam. pastu harini tak hujan pun, panas sampai kepetang. sekarang ni pun bilik aku berbahang sikit, tapi temperature CPU aku maintain lagi la 35c, sebab sistem penyejukan yang bagus. kat SJMC tadi aku terserempak dengan kawan sekolah aku dulu. hahaha, kecik betul malaysia ni. bertuah betulla anak sedara aku ni, lahir lahir je dah merasa aircon, duduk dalam hospital orang kaya. muahahaha. muka dia ikut abang aku. perangai pun silap-silap ikut abang aku. elok je diam budak tu tadi, tak nangis pun. perut tengah kenyang lagi memang la dia diam. hahaha. harini negeri sembilan cuti sebab hari keputeraan yang dipertuan besar. harini jugak pucuk daun baru tumbuh di pokok diatas arasy Allah S.W.T (kelahiran) dan ketika itu juga ada daun yang gugur dari pokok itu (kematian).
masa pagi ada satu mamat MCA kena cincang dengan parang daging kat oakland park seremban2 haritu aku dengan kawan aku nazri tengah layan cerita RIDDICK kat opis dia, guna projektor tembak gambar ke dinding. cerita dia memang SUCK MY DICK betulla. ntah papo. dia punya graphic effect gilababi punya babi. hahahaha. pastu cerita tak masuk akal, memang totally out la. tu pendapat aku la. kalau orang lain tengok dia cakap ok, tu tekak dia punya selera. yang kes bunuh mamat cina tu, tak jauh dari opis kawan aku, 2 blok je. nasib baik pagi tu aku tak lalu kat situ masa nak balik rumah, kalau tak mesti aku kena jadi saksi. leceh betulla, muka aku nak kena masuk suratkhabar satu hal, nak keluar tv satu hal. kang berebut pulak awek hantar email la call la sms la nak berkenalan. hahaha. mesti korang gatal bijik mata eh baca statement aku kat atas tu. haha. ok kembali kepada cerita RIDDICK tadi. memang sak mai dik la cerita dia. aku tengok sampai cd1. cd2 je aku dah mula tak berapa layan. dah la cd pun tak berapa elok, gambar sangkut2. best betul kawan aku beli projektor tu. kalah tv 42 inci! tak silap aku, kitorang zoom penuh satu dinding, adala dalam 142 inci punya saiz kot. okhokhkohkohkohkohkhohkho.
1:31 AM : nak tengok gambar ntah papo yang tak ada tajuk dan tak ada description? GAMBAR NTAH PAPO. aku dapat gambar tu dari email, bubuh je la dalam tu. nampakcantik pun ada, nampak lawak pun ada.
tak sangka pulak semalam panas, pagi ni hujan lebat kemain, start pukul 7 tadi sampai la pukul 10 ni ha. apo lagi? sambung tido balik la. muahhahaa. aku pun tak ada apa-apa aktiviti sangat harini, cuma lepak kat opis kawan aku jela sat lagi. best sial tido, siap boleh bangun kejap matikan kipas lagi. fuh. sementara aku belum start keje macam manusia normal lagi, boleh la aku layan keadaan macamni. haha.
baru lepas add script baru dalam web aku iaitu "Page execution time", dimana dia akan kira berapa lama sekerip asp aku ni amik masa untuk proses dalam webserver sebelum dia hantar output html keluar. tengok kat bawah page ni dia ada tulis masa yang diambil untuk proses data sebelum hantar maklumat kepada browser anda. ucapan terima kasih kepada encik "asp" dari putera.com yang kasik aku URL yang kasik source script ni.
awal aku mandi harini, sebab tadi gunting rambut dengan abah aku. lepas balik jogging, lepak jap 10 menet, baru aku gunting rambut. rimas pulak rambut berserabai. aku bukannya nak bela panjang, tapi malas nak kerap gunting sebenarnya. dari kecik sampai sekarang abah aku yang gunting rambut aku sebab? aku tak suka gunting rambut kat kedai, bersepah sepah. aku suka kumpul rambut aku ni tanam sendiri dalam tanah. setiap benda dari badan kita perlu dipulangkan semula ke tanah
Next Back
Archives

