Monday, June 29, 2009, 06:13 AM
semalam (sabtu), aku dapat sms dari Celcom0044 (memang nama dia camtu). macamni bunyinya:Exclusive Offer! Get Celcom Broadband Entry Package with speeds of up to 128kbps @RM38mth. To sign up, show this SMS at any Celcom Branch. Info:1111. T&C apply.
kiranya pakej ni takda diceritakan sebagai salah 1 produk kat lamanweb celcom, pasal benda ni offer untuk pengguna CEP (celcom executive plan), kalau tak silap. pasal aku tanya kengkawan aku yang guna prepaid, takda pulak dapat sms tu. pendek kata, sms tu macam promotion code la. tunjuk kat kedai celcom, dapat la pakej tu. aku pun terasa macam nak sambar je. sebelum ni aku pakai celcom broadband & modem kawan aku. memandangkan dia pun dah bersiap sedia untuk pakai berukben yang dia beli 3 bulan lepas, tapi tak dapat pakai sebab takda notebook lagi, maka aku dahpun pulangkan modem tu kat dia. sepanjang 3 bulan lepas, aku lenjan broadband tu kat pc ******* (atas faktor keselamatan, takboleh didedahkan lokasi). hokkohkohkokh
kalau aku amik pakej ni, aku kena cari modem sendiri la nampaknya. modem dia pun masih lagi dalam ratusan ringgit lagi. tidak seperti pendrive yang harga turun melampau-lampau, modem hsdpa ni masih lagi perlahan sikit kadar penurunan harga dia. setakat ni aku tengok servis celcom hsdpa ni bertambah baik sikit dari semasa ke semasa, cuma aku harap diorang dapat assign 1 public IP per user. pasal sekarang ni shared public IP. kira macam konsep NAT (network address translation) la, beberapa user akan guna 1 public IP yang sama, dan setiap pc tu sebenarnya dapat private ip bermula dengan 10.* macamtu. masalahnya kat sini, sebab guna shared public IP ni, akan menyebabkan kebanyakan lamanweb akan blacklist ip anda. kalau pegi tengok kat project honeypot sebagai contoh, banyak internet IP celcom broadband ni yang telah disenaraihitamkan.
dunia gempar dengan kematian michael jackson. memandangkan dia seorang beragama islam, kita sedekahkan sahaja al-fatihah. takyah la sampai nak berkabung, habis semua corong radio, shopping complex, bukak lagu dia. soal dia bebetul mengamalkan ajaran islam ke tak, tu bukan urusan kita. dia dah pegi, sedekahkan saja al-fatihah.
cuti 2 hari ni, aku menjalankan eksperimen install windows server 2008 dalam vmware aku yang terletak dalam pc pentium 3 tualatin 1.13GHz aku ni. hokhokohkohkohkohk. memang berat, maklumla, dahla guna virtual pc, dalam pentium III pulak tu




( 3.6 / 10 )
Friday, June 26, 2009, 12:00 AM
filem transformers blockbuster datang lagi selepas 2 tahun!
bagi yang taktau menatang apa tu THE FALLEN, dia adalah bapak segala decepticon. the fallen sebenarnya adalah transformers yang awal dari 13 eko. nak baca kisahnya, bleh pegi kat http://en.wikipedia.org/wiki/Fallen_(Transformers)
dalam filem ni, katanya dia nak hidupkan semula mesin yang akan menghisap tenaga matahari supaya boleh menghasilkan energon kat muka bumi. sebenarnya aku kena tengok cerita ni 3-4 kali baru boleh paham jalan ceritanya. kalau nak pegi baca kat google, takyah la sebab aku lagi suka tengok cerita dan fahamkan dari baca kisahnya melalui baris kata.
jadi maksud tajuk "revenge of the fallen" tu, adalah dia turun semula ke bumi untuk menyelesaikan semula dendam beribu tahun dia yang tak sudah tu, untuk mendapatkan "kunci" bagi menghidupkan semula mesin tu. kunci tu dipanggil matrix of leadership. kalau ko tengok katun, matrix tu ada dalam dada optimus prime,yang diwarisi dari prime-prime yang sebelum dia. dalam filem ni, prime-prime terdahulu, kira atuk moyang optimus prime dulu "memumiakan" dia dengan membuat kubu menggunakan badan diorang sendiri.
teruja?
baca lagi bawah ni. bagi yang terlalu teruja dan masih belum baca, nasihat aku, jangan baca cerita seterusnya kat bawah ni. ohkohkohkohkohkohkohkohko:
dalam filem kalini, soundwave jadi satelit atas bumi, dengan "hack" satelit kat atas tu untuk curi dengar maklumat yang transmit melalui satelit tu. pastu seperti katun yang asal, dari badan dia keluarla robot-robot kecik macam serigala dan sebagainya tu.
watak decepticon memang banyak dalam filem ni kalini. aku pun taktau apa nama yang lain-lain tu. robot gergasi ada 2 eko. demolisher & devastator. devastator biasa keluar dalam katun masa aku kecik dulu, gabungan traktor & lori yang dipanggil constructicon.
space bridge digunakan oleh jet fire untuk "transport" diorang ni dari US ke mesir. sapa yang taktau, jet fire adalah decepticon yang akhirnya join autobot, dan antara satu-satunya autobot yang boleh terbang.
jadi, untuk memberi SPOILER bagi membakar anda yang masih belum tengok:
1. sam masuk kolej...
2. dia dapat roommate yang geek
3. decepticon hantar mesen yang boleh menyerupai manusia (macam terminator la pulak) untuk memburu sam.
4. megatron resurrected! caranya? tengok katun, dan ko akan kenal apa itu energon.
5. optimus prime mati pertengahan cerita
6. jetfire is back!
pastu? nak tau camana optimus hidup balik?
1. http://www.gsc.com.my
2. http://www.tgv.com.my
sekian sahaja spoiler untuk kali ini. hokhokhokhokhokohkokho
Next Back
Archives

