Saturday, June 30, 2007, 07:48 PM
transformers memang BEST! itu saja komen aku. panggung wayang penuh. asalnya aku siang tadi pegi usya TGV kat Seremban 2 Jusco, PENUH SAMPAI HARI AHAD TU! gilalalalalalala. sudahnya aku pegi GSC terminal 1. nasib baik ada, amik 3 seat belakang barisan tengah jam 11 45 PM punya.
walaupun robot-robot dia terlebih aerodinamik, tapi kesan khas dia memang real. meletup sana meletup sini, tukar dari kenderaan kepada robot dan bunyik "JEK KE JEK JE JETTT" tetap ada. hokohkohkohkokoh. kiranya dalam cerita ni autobots datang ke bumi sebagai robot, bila sampai baru dia tiru bentuk lori dan kereta yang ada kat bumi. misi diorang adalah untuk menyelamatkan cube atau memusnahkan menatang tu daripada decepticon. dan misi decepticon adalah untuk keluarkan megatron dari hibernate pasal kena beku.
watak-watak yang keluar untuk autobots cuma optimus prime, bumble bee yang awal-awal lagi dah ada kat bumi jadi kereta buruk yang lepastu bertukar jadi kereta baru lepas kena komplen kat mamat tu, jazz yang aku tak pasti tang kartun versi mana dia keluar, ironhide yang watak dia selalu keluar dalam memana versi kartun. decepticon pulak ada megatron, barricade yang jadi kereta polis, starscream yang semestinya jadi jet pejuang, dan blackout yang jadi helikopter. yang bestnya dia wujudkan "hologram" berupa manusia yang kononnya memandu decepticon tu. yang aku cukup menyampah dengan robot kecik yang jadi spy, boleh bertukar jadi apa je, radio la henset la apa la. bumble bee siap hantar signal sebijik macam batman tu. hokhokohkhokohkho
scorponok pun ada masa kat desert qatar tu. cuma masa kat desert tu dia tak transform jadi robot je.
unsur "HEKES" dimasukkan dalam filem ni dimana decepticon cuba "hack" network untuk dapatkan maklumat, padamkan sistem keselamatan dan curi teknologi supaya apa je jenis teknologi yang ada kat bumi boleh di "transform" kan jadi robot decepticon.
ending macam cepat sangat bila megatron mati bila cube tu dibenamkan ke badan dia. cube tu cuma boleh dibenamkan kat megatron atau optimus prime je.
unsur "lawak bangang" pun ada dimasukkan bila autobots cuba "menyorok" kat celah rumah bila mak bapak budak lelaki tu cuba nak usya luar rumah.
tapi memang puashati tengok kesan khas yang dibuat filem ni. jadi tak heran la apsal wayang awal-awal dah kena book sampai tiket sold out.
bila aku on balik pc aku harini, tak sampai beberapa jam, rekod penggunaan hard disk aku mencecah angka 12345 jam. hokhokohkohkhokohkohk.




( 3.1 / 36 )
Saturday, June 30, 2007, 03:53 AM
gambar kat bawah ni antara "UPTIME" pc aku yang paling lama dalam sejarah tanah air kita. lepastu aku shutdown dan harini start balik kira dari 0.tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian. kenapa website takboleh di akses 3-4 hari ni? sebab aku shutdown sebab aku pegi kursus kemantapan integriti ntah apa benda ntah di TIARA BEACH RESORT di Port Dickson dari 26-29 jun 2007. dan seperti biasa kursus-kursus yang aku penah pegi, yang sebenarnya tujuan aku adalah:
1. makan 6 kali sehari dengan memacam jenis menu
2. tengok jenis-jenis (perangai) orang yang berlainan yang aku tak penah tengok sebelum ni
3. tengok manusia dari pejabat lain.
tu jela satu-satunya gambar yang aku amik guna telefon kamera "MURAH" aku ni. kursus kali ni mengumpulkan semua wakil, setiap seorang daripada jabatan setiap negeri, di bawah "mothership" Jabatan Perdana Menteri. setiap negeri ada 2 jabatan yang bernaung di bawah JPM:
1. Biro Bantuan Guaman
2. Jabatan Insolvensi
jadi setiap seorang mewakili setiap unit di atas. aku memang saja pegi untuk release tension walaupun bos aku seboleh-boleh taknak lepaskan aku pegi. tapi bila aku kata tahun ni aku takpenah pegi memana asyik terperap kat pejabat dan kena buat keje luar lebih kurang ala-ala mata-mata gelap, jadi dia kasik la jugak aku pegi.
3 hari kat sana not bad. semuanya mesra alam, dan ada 2-3 manusia yang terlebih mesra dan tak terkawal. hokhokhokohkohkohkh. kekadang ramai orang di luar sana akan beranggapan macamni:
"pekejadahnya orang gomen ni menghabiskan duit pegi kursus yang takda kesan langsung kepada diri diorang"
komen aku untuk kenyataan kat atas tu (kalau ada orang yang pikir macamtu) senang je. sila bersihkan hati anda yang busuk itu dengan bacaan surah yassin. itu sahaja. kenyataan di atas aku ambil dari beberapa baris perkataan yang aku penah dengar. jadi kenyataan kat atas tu bukannya rekaan.
training consultant yang dilantik adalah Performance Development Consultants dengan 2-3 orang penceramah yang energetic and powerful. kesemuanya menunjukkan diri mereka yang sebenar (true colours), dengan kekadang ada jugak terselit lawak-lawak yang ala-ala lucah. tapi takla melampau sangat, tengok kepada orang yang menerima tu nak terima camana.
bercampur dengan memacam jenis manusia dari setiap cawangan memang meriah dengan memacam cerita dari negeri memasing. dan majoriti adalah anak muda 30 tahun ke bawah jadi senang la. bukan nak bezakan generasi muda dengan tua cuma nak cerita pasal keselesaan. kat situ memacam jenis benda dapat dikongsi termasukla hal ehwal pentadbiran pejabat di setiap negeri. atleast boleh tau amenda yang diorang buat tapi aku tak buat dan aku boleh cuba praktikkan nanti kat sini.
sedar tak sedar sekarang dahpun penghujung jun dan akan masuk bulan julai. kejap betul masa berlalu.
sekian berita untuk hari ini.
Next Back
Archives

