Friday, June 17, 2005, 06:36 AM
selamat hari bapa. sempena hari bapa, aku tukar lagu kat bawah tu. sebenarnya lirik lagu dia tak berapa kena sangat, tapi kira boleh jugakla dey. oleh itu hargailah jasa bapa anda. aku yang sekarang dah besar panjang nipun kekadang masih lagi bergantung dengan abah aku. dalam erti kata lain, aku masih lagi memerlukan bantuan dia. bantuan dari pelbagai jenis.zaman sentiasa berubah. begitu jugalah dengan waktu bekerja. mulai bulan depan kakitangan kerajaan akan bekerja 5 hari seminggu dengan setiap hari bekerja ditambah 30 minit. bagi aku tak ada beza pun 30 minit tu sebab 30 minit boleh habis dengan meneguk teh o, barli suam, isap rokok sebatang dua. okhokhokhokohk. walaupun banyak NGO yang tak puas hati, cemburu dan iri hati, tapi akhirnya hasrat 900,000 kakitangan kerajaan akhirnya tertunai hasil perjuangan dari CUEPACS. sebenarnya kesatuan macamni perlu untuk memperjuangkan nasib nasib golongan pekerja, terutama pekerja bawahan. macam kebanyakan sektor swasta yang besar pun ada kesatuan diorang. contoh macam NUTE, NUBE, dan memacam jenis union lagi. jangan union serupa onion dahla.
diorang tak puashati bukannya apo. sebab susah nak berurusan di kaunter-kaunter la KONONNYA. sebab sabtu diorang cuti, pejabat kerajaan ada yang bukak. oleh itu diorang gunala masa tu untuk berurusan. tu semua alasan mengarut. hari biasa pun boleh berurusan apa. kalau urusan tu rasmi, memang tak jadi masalah. kalau urusan tu tidak rasmi pun, takkan la jadi masalah untuk ko keluar kejap dari pejabat dan pergi ke kaunter? atau takboleh ke ambil cuti? sayang sangat dengan cuti apahal?
dua tiga hari ni boleh tahan sibuknya jugak aku. banyak keje luar. pasal keje keje tertunggak minggu lepas punya hal la ni. bukan nak cerita apala. diorang tugaskan aku untuk keje keje macamni yang tidak ada "backup". ada backup, tapi perempuan. kalau aku cuti, aku kena offkan telefon kalau mau hidup aman. hokohkohkohkhokho. tapi aku takla sekejam macamtu. takat diorang telepon tanya benda sikit2 tu okla tapi kalau cerita sampai 30 minit apa cerita. serupa aku pegi pejabat je haritu. putrajaya pun sejak akhir akhir ini semakin panas. berbahang. oleh itu kepada pelajar2 universiti yang berhampiran, dan juga pasangan pasangan cinta yang tinggal di kawasan berkenaan, janganlah anda bergomol didalam kereta di atas jambatan jambatan cantik kat putrajaya tu. panas dah pulau pulau buatan tu. nila masalahnya mak bapak zaman sekarang. mintak hantaran sampai belas belas ribu. nila hasilnya. bak kata mahaguru silat aku, orang dulu murah, tapi mahal. orang sekarang mahal, tapi murah. waaahhh ahh ahahahahha™ renung-renungkanlah.
sekarang ni halwa telinga aku berupa lagu yang keras-keras yang dihasilkan antara tahun 1989-1994. SEPULTURA nama dia. bukan SAFURA oi!. hahaha. sekarang nipun aku dah biasa tido lewat sampai 1 pagi. pastu 6 45 bangun, mandi, solat subuh, sarapan, dan start enjin moto pegi keje. makin hari makin susut jugak badan aku ni. tapi sejak akhir2 nipun aku terpaksa jaga waktu makan aku, takboleh biarkan perut aku berbunyi sebab aku disahkan mengidap gastrik! bukan aku sesaja buat trik tapi kenyataannya bila aku biarkan perut kosong je, dia punya sakit macam nak pitam. badan menggigil dan berpeluh macam hisap dadah. padahal duduk dalam pejabat berhawa dingin ni. nasib badan...
CMUC@TMNET tu tak habis habis hantar AUTOGENERATE EMAIL kat aku. servis macamtu jugak. macam lahanat. sudahnya aku reply dengan email macamni. aku ubah ubah sikit ayat yang diorang gunakan untuk mintak duit dari aku:
nak tengok camana rupanya mesin yang melarikan website ni?
amacam kemas tak bawah meja aku? ohkhkohkohkohkohohkoh. tu belum tengok kekemasan atas meja aku ni!




( 3 / 32 )
Monday, April 25, 2005, 06:41 AM
ya tuan tuan dan puan puan. sejak 2-3 hari ni aku matikan kejap akses ke laman web aku. sebab menerima serangan paket dari beruk beruk siber. okhokhohokhoho. beruk sekarang dah maju woi!. kalau korang tengok berita atau baca suratkhabar, beruk dah pandai isap rokok. pastu aku ada terbaca satu artikel, si penulis tu kata kabel fiber bawah tanah pernah putus digigit beruk. kalau korang jenis masuk irc, kekadang korang nampak ada beratus ratus "klon" yang masuk sesebuah channel dan bikin huru-hara dengan menghantar sejumlah perkataan yang banyak dalam satu masa, yang dipanggil "flood" (banjir). yang tu pun kategori beruk jugak. beruk irc namanya. begitulah kisahnya. beruk zaman IT sudah semakin maju.TMNET TEMPORARY SERVICE INTERRUPTION. begitulah katanya. tapi apa yang aku nampak bunyinya sepatutnya ditukar macamni: TMNET PERMANENT SERVICE INTERRUPTION. sebab aku tak nampak apa apa perubahan pun sejak diorang keluarkan kenyataan macamtu. temporary abah dia! pastu dia punya "sistem pengebilan" dia pulak sibuk hantar email kat aku kalau aku terlambat bayar bil. macam lahanat. bayar bil nak cepat. tapi buat kerja lembab. bila telefon khidmat pelanggan, jawapan ntah apa apa. aku pun tak salahkan customer service sebab diorang cuma dibekalkan dengan skrip. kalau korang tanya ni dia akan jawab jawapan tu. tak ubah macam pelakon opera cina la.
seperti yang sudah-sudah, bekalan elektrik kat sini pun makin hari makin cibai. toksah cerita la berapa kali lampu kat rumah ni berkelip2 sebab karan kejap turun kejap naik, pastu padam bila bekalan terputus tak sampai 2 saat. sampaikan fius dalam suis utama tu boleh jadi panas. heran jugak aku camana boleh jadi panas. apa yang aku belajar masa kat sekolah teknik dulu, apabila voltan berkurangan, sedangkan beban memerlukan W yang sama maka arus (A) perlu ditingkatkan. maka terjadilah haba. agaknya tu sebabla kot fius utama tu boleh jadi panas. bukan setakat panas, sampai berbau hangit! bau macam alkohol dijerang. macamtula bau dia.
minggu ni cerita sensasi yang sibuk keluar dalam suratkhabar, iaitu perkahwinan antara adik TPM kita dengan pengacara nona tv3. kat sini aku nak komen satu je. takpayah la kasiktau satu dunia yang hantaran ko sampai RM40,000 brader. nanti memacam spekulasi keluar. cukup la sekadar wartawan tv datang amik gambar bersanding, makan, majlis dan sebagainya. tak perlu la sampai memperincikan perbelanjaan perkahwinan.. okhokho. lain la kalau orang biasa yang kahwin tapi mengeluarkan belanja yang besar untuk memberi makan kepada tetamu dan mengurangkan kos berbelanja untuk diri sendiri, barula aku tabik hormat.
earphone yang aku guna sejak tahun 2003 dulu akhirnya rosak harini. rosak bukannya apa, sebab wayar yang bersambung kat speaker yang kecik tu putus, maksud aku bukan wayar dari "chord" tapi yang halus nak masuk ke gegelung dalam speaker tu. tu memang takboleh buat apa dah. kalau sapa yang dapat pateri benda tu, memang dia terer. tak senang duduk aku dibuatnya harini. keluar bandar kejap cari kedai barang elektronik cari benda ni. 5-6 buah kedai jugak la aku pegi. patut ada sampai 10 tapi banyak tutup. last2 lepas buat perbandingan harga, aku jumpa satu kedai yang tawarkan harga di bawah RM50. earphone ni memang mahal. impedance 12 ohm pastu ada bunyi ala ala sub-woofer. seolah olah drummer dengan bassist main dalam kepala aku.. hohkohkokhokhokhohkohk. harga asal RM75 bila aku jampi jampi sikit cina kedai tu dapat la rm45. aku beli jenis yang sama jugak dengan yang sebelumnya. cuma ada tambahan beberapa aksesori je. tu tak penting janji aku tak kebosanan bila duduk depan pc.
huhuhuhu semester lepas tak tau la aku dapat berapa point. rasanya teruk jugak kot sebab aku rasa aku takboleh buat dengan sempurna. ni semester baru nak mula ni, yuran yang lepas pun tak selesai lagi.. nilah dia dugaan belajar separuh masa. bayar mahal. tula dulu suruh belajar betul2 taknak. memain. padan muka! wah ahh ahahaha™
punya la sengkek aku bulan ni sampai semalam sepatutnya aku kerja sekerat hari, aku amik cuti. ramai yang cakap rugi amik cuti hari hari macamtu. tapi bagi aku sama je. sebab jarak perjalanan aku jauh, pastu kos untuk pergi balik kerja dan berapa di tempat kerja pun banyak. jadi sama je untung bagi aku. lain la kalau pejabat dengan rumah tak sampai 10km. memang la terasa rugi kalau amik cuti yang hari bekerjanya separuh hari. lagipun cuti aku melambak lagi. nak sayang sangat pun buat apa. macam kawan aku kerja dengan syarikat swasta, syarikat dia akan bayar harga cuti yang dia tak amik tu. kiranya kalau setahun dia diberi 15hari cuti, dan dia cuma guna 10 hari, ada lagi baki 5 hari, dia akan dapat 5 hari punya gaji. sebab cuti dia takboleh bawak ke hadapan. dapat syarikat macamtu pun bagus jugak. polisi yang bagus. sebab ada sesetengah orang bekerja dia tak kisah dengan cuti, sebab baginya yang penting duit. orang ada memacam jenis. ada yang HIDUP UNTUK KERJA, ada yang KERJA UNTUK HIDUP. kenyataannya kita bekerja untuk meneruskan hidup, dan kita hidup untuk beribadat. sesamala kita renungkan...
Next Back
Archives

