Wednesday, June 30, 2004, 11:56 PM
sapa yang tengok buletin utama tadi akan tengok satu kisah menyayat hati apabila ada sorang mamat yang cuba mengejar peragut kena rodok dengan pisau kat jantung masa bergelut dengan peragut tu. Al-Fatihah untuk arwah Rosli yang berumur 36, moga rohnya diberkati oleh Allah. dia mati ketika tolong orang, aku rasa tempatnya pun mesti baik, insyaAllah. Peragut tu kalau kena tangkap, gantung je sampai mati sebab dia menyebabkan kematian dengan sengaja. kepada balu arwah Rosli, takziah la. tapi suami anda buat benda yang betul, ditempat yang betul, cuma Tuhan lagi sayang sama dia. Jap lagi suratkhabar mesti keluar cerita pasal arwah Rosli ni. baca je la.kutukan ni aku tujukan kat lelaki lelaki yang suka tengok rancangan bersifat keperempuanan macam AKADEMI FANTASIA, MALAYSIAN IDOL, peminat fanatik 3 JENIS SITI. mana pegi ko punya hormon testosteron da? ke banyak sangat estrogen dalam badan sampaikan minat lari kesana. adatu aku dengar budak lelaki tengok akademi fantasia musim pertama dulu, masa diorang nangis, budak ni pun ikut nangis sekali... warghahahaaha ahahhahaa hahaha ahahaha ahahahah fakhakfakhak. wad da fak is ded! kena macam peminat fanatik siti nurhalisak dikalangan lelaki lagi la. aku penah kutuk pasal siti depan sorang mamat ni, boleh nampak muka dia penuh dengan warna merah. ni lagi la lawak. hahahaha. aku ingat dia nak terkam aku pastu gigit aku kot. tapi mungkin jugak dia pikir dua kali mengenangkan nasib yang dia akan dapat bila dia terkam aku. dari dia sia sia masuk wad sebab nak mempertahankan idola bodo dia tu, baik dia getap gigi pastu blah dengan muka yang merah padam. lagipun kalau dia masuk wad, bukannya SITI dia tu akan melawat dia kat dalam wad kan kan kan? tapi aku cukup geli bila dengar budak lelaki menonton dengan kusyuk rancangan AKADEMI FANTASIA tu, lepastu ikut sekali dengan situasi yang penuh dengan EMOSI bodo dalam tu. menangis la, peluk peluk la (kekonon nangis la padahal yang student lelaki tu dapat peluk student pompuan mesti best punya la, toksah tipu la, boys will be boys) memacam la. komen aku? you are CRAP! nak nyanyi tu nyanyi je la, takyah la pamerkan budaya lelaki lembik depan kamera.
kang mesti orang cakap aku jeles sebab tak dapat masuk. wargahahhaha. anda silap yang arif! kalau nak ikutkan aku selalu pegi melalak karaoke kat fortune temiang tu. cuma tak ada la sampai aku nak masuk rancangan macamtu, apatah lagi nak menonton cerita tu kat ASTRO pastu tersedu sedu sekali. dan aku pulak tak ada la nak buang duit 80sen sekali hantar sms semata mata nak mengundi bebudak yang ada bakat dalam berEMOSI tu. ko tau tak dengan sms ko tu menyebabkan ASTRO untung 50sen satu SMS lepas tolak kos sambungan dari mobile ke pembekal talian? tu baru sorang, kalau sorang send sampai 20 kali lepastu diikuti dengan 18000 orang yang lain? tang ni aku pelik jugak mana datangnya kenyataan "KAMI KERUGIAN BLABLABLA" tu. ishhhh! kepada budak lelaki yang suka jadikan rancangan tu sebagai rancangan kegemaran anda, pesan aku, buang la tabiat tu sebab anda telah merosakkan nilai nilai murni lelaki sejati. takpun pegi jumpa doktor tanya "betulke saya ni lelaki?" pegi buat dulu. jangan nak pokpek pokpek cakap aku ntah papa la apa la. ni bukan isu murahan. tapi kalau nak ikutkan nilah permulaan bencana kepupusan lelaki sejati. jadi fikir fikirkanlah. jangan sampai anda dicop lelaki lembik yang lemah gemalai yang suka menonton siaran yang penuh emosi kebudak budakan. by the way, bukan bermakna aku tak tau pun kewujudan rancangan ni. aku bukak jugak website astro untuk tengok gambar student diorang ni, tengok mana yang OK mana yang REJEK, mana yang mengiurkan mana yang tak. okhokhkohkohokhkoho. tapi tak ada la sampai aku tersidai depan tv semata mata nak tengok dia terkinja kinja depan kamera nyanyi lagu ntah papo.
aku map extension .azuan dalam webserver aku supaya dia akan execute server side ASP. pebarang pakai extension *.asp hahaha. senang cerita, default.asp jadik default.azuan la. ok apo. ada trademark. orang microsoft kalau tengok mesti jeles. hokhokohkohkohkohko. sukahati aku la nak modified pun. sesapa yang tak paham apa aku cerita tu, tengok kat addressbar kat browser ko tu tengok extension default file tu. nampak? tak nampak gak, tak dapek den nak nolong do.
waiseh, lambat betul aku bangun harini. nak ikutkan pukul 10 tadi dah terjaga, ntah macam mana mungkin otak hantar signal kat seluruh badan yang aku tak ada apa apa aktiviti harini, maka aku pun tido la balik sampai pukul 11 lebih ni ha.
tadi kawan aku SMS tanya "malam ni badminton amacam". dengan bangganya aku reply "jadik!". hahaha. aku dengan kengkawan aku sekarang ada aktiviti baru, iaitu bersukan bermain badminton dimalam hari. kalau dulu dulu kitorang suka karaoke, tapi sebab aku punya tekak injured, tak dapat la melalak. kitorang punya aktiviti banyak bertukar tukar, bila dah boring tukar lain. contoh, dulu suka main snooker, bosan, layan, bowling kat seremban parade, pastu bosan, layan badminton, pastu bosan, layan karaoke, pastu bosan, layan memancing. memancing ni lagi la bosan. ikan tak dapat, tapi kena gigit nyamuk ada la! balik pukul 5 pagi tak ada seko pun dapat ko tau apa aku buat? pegi curik ikan sembilang kat kolam ikan tepi kedai siang malam2 kat seremban2 tu. amik 2 eko. hokohkohkohkohohk. atleast kitorang pulang bukan dengan tangan kosong. kembali kepada tajuk asal. malam ini aku akan mengeluarkan peluh lagi dan lagi!




( 3 / 92 )
Tuesday, June 29, 2004, 10:01 AM
baru balik dari main badminton kat kompleks sukan seremban2. warghahahaha. aku punya bekas tonsil dah kering dah, sakit pun tinggal sikit je. lendir putih yang berkumpul kat situ pun dah hilang. demam aku pun dah kebah. cuma kepala je ada sikit pening. tadi layan badminton 2jam setengah. badan peluh tak ingat. peluh lebih sikit kot sebab harini aku beli 100plus sebotol besar. bukan minum air kosong aaa... hahaha. biasala masa main mesti menjerit jerit. dah ok dah, tak sangkut sangkut dah. ruang tekak pun dah tak sakit bila menjerit. boleh la aku kurangkan makan antibiotik. aku tak suka sangat amalkan makan ubat berturut walaupun arahan suruh 3 bijik sehari, takut badan ko nanti lali, dia nak lebih. sama gak panadol dia kasik ni aku dah kurangkan makan. takmo nanti kena tambah dos pulak.lepas layan badminton dari 830 sampai 11 tadi lepak siangmalam s2. aku terai makan nasik lemak telur mata. berjaya! warghahahaha. pastu aku terai isap rokok. pun berjaya! hokhokohkohkohkohkohk.
rupanya bila aku balik rumah tadi ni, tengok kat dapur dalam periuk mak aku ada masak bubur nasik campur daging dengan sayur kubis. paiseh. aku lupo kasik tau mak aku tadi aku pegi main badminton. dia mesti ingat aku keluar kejap, tu yang dia masak tu. nak taknak aku kena makan gak la. aku jenis takleh tengok makanan terbiar. sedih. rasa nak nangis pun ada. warghaha.
sapa yang beli suratkhabar berita harian semalam, ahad (berita minggu) kat ruangan kesihatan (bahagian perspektif) ada cerita pasal penyakit TONSILITIS ni. boleh usya url dia ni: http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sun ... 4/Article/ sementara stok masih ada. biasanya diorang archive benda ni dalam seminggu je, lepastu diorang delete. sesapa yang ada sindrom lebih kurang macamtu, pesan aku, baik bedah je. jangan sampai dia melarat jauh, sebab doktor cakap dengan aku, kalau nanah yang dalam tonsil aku yang membengkak ni merebak sampai belakang, maknanya aku kena bedah potong belakang leher, bukan cuma setakat potong tonsil je... huhuhuhu. takut sungguh aku dengar bila dia cakap potong leher ikut belakang tu.
masih lagi 0-0 antara czech rep. dengan denmark ni. aku bukan tengok tv pun. tapi aku tengok kat website euro2004 dia ada "live matchcentre". bukan video pun, tapi cuma output text je, dia kasik tau la minit sekian sekian apa yang berlaku. dia refresh setiap seminit. letih la aku nak tunggu. sesapa kalah kang, kalah la. ohkohkohkohkohkohkoh.
gila gak czech ni. second half dia boleh sumbat 3 bijik. rugi betul aku tak tengok live pagi tadi. eshhhh. ok masa untuk ke senawang. ada keje sikit.
Next Back
Archives

