Friday, May 23, 2008, 06:48 PM
benda ni memang dah lama berlaku, dan sekarang macam dah jadi budaya rasmi untuk negara kita pulak. SCAM, menurut kata kamus internet bermaksud satu cara untuk mengabui mata pihak lawan, atau mendapatkan kepercayaannya untuk menurut kehendaknya. kira dalam bahasa mudah, macam ilmu pukau la jugak. hokhohkokhokhokhokhaku dah banyak kali cerita pasal SCAM dan HOAX dalam website aku ni; http://www.azuan.biz.tm/buku555/search.php?q=hoax
tapi tula, orang kita memang suka dengan scam, dengan hoax, dan suka sebarkan cerita palsu. hasilnya, malam tadi kat berita tv3, seorang manusia, imam masjid ke bilal masjid ntah aku pun lupo, telah ditipu oleh satu sindiket sms palsu yang kononnya mengatakan bahawa anda telah memenangi wang berjumlah RM 10,000.00 dan wang tersebut akan dikreditkan kedalam akaun anda. kat sini aku pelik dengan beberapa perkara. adakah sistem perbankan kita ni (seperti yang dipersoalkan oleh mamat tu) terlalu "vulnerable" sampaikan bagi nombor akaun sahaja, dan orang lain, pulak tu dari luar negara tu, boleh keluarkan duit anda? adakah dia ada "remote exploit" yang boleh connect ke sistem bank, dan pindahkan duit. benda macamni aku pun biasa dapat, dari nombor negara jiran kita yang "baik" tu, dengan prefix +62 tu
sebut pasal jiran kita tu, sebelum ni ada pulak SMS SCAM yang kononnya jika anda dapat panggilan dari nombor +62 sekian-sekian tu, dan berwarna merah, anda akan mati dalam masa terdekat. OHKOHKOHKOHKOHKOHKOKHOKHOKHOKHO.
dan aku cukup tak paham dengan orang kita yang cita-citanya tinggi untuk menang duit secara mudah, dan akhirnya terpengaruh dengan sms scam, dan kesudahannya, duit hilang lagi ada la. memandangkan orang masjid pulak tu yang terkena, jadi aku cadangkan lepasni jabatan agama islam buat teks khutbah jumaat yang cerita pasal benda ni. sebab benda ni kalau dibiarkan, boleh melarat, dan boleh jatuh syirik. percaya dengan kuasa tertentu yang boleh menyebabkan kita jatuh sakit atau mati. tak forward sms je boleh menyebabkan anda ditimpa bala bencana. ingatkan zaman moden macamni takda la benda tu, rupanya masih ada, dan bergerak ikut medium teknologi terkini, macam email, sms, mms dan sebagainya
sempena hari jumaat yang mulia ni, jauhkan diri anda dari hoax dan percaya pada scam. zaman sekarang, orang suka guna "social engineering" daripada "civil engineering" untuk mendapat keuntungan. hokokhokhokhohkhk. malah sehingga artikel ini ditulis, memang melambak benda macamni aku dapat, samada melalui email, sms, yahoo messenger, malah bulletin friendster sekalipun.
senario politik tanahair sekarang ini amat pelik sekali. pada pendapat aku mudah je, anda kat sana bertekak tung-tang, bergaduh sesama bangsa, anda tau apa yang mamat pendek mata sepet yang suka terkinja-kinja kat parlimen tu buat bila tengok bangsa aku ni bergaduh pasal kuasa politik? dia cuma sengih dan gelak. maka bertambah tinggilah lagi dia meloncat-loncat. semuanya disebabkan kita sebagai orang melayu masih tak bersyukur sebab ada tanahair sendiri. jangan sampai satu hari nanti kita jadi minoriti, takda kuasa memerintah, baru masa tu nak bersatu. udah-udah la tu bertekak benda tak berfaedah tu. bukan semua orang boleh ikut kehendak kita, ikut cara yang kita nak. memangla betul kalau salah ditegur, yang betul diperbetulkan lagi, tapi kalau kita guna konsep bersederhana, bukan ke lagi senang? jadi kepada sipolan A dan sipolan B tu, bebawak la berdamai. anda tu dah tua, tunggu masa je nak padam. bukan maksud aku, yang muda takkan padam awal, cuma kita hidup ni sementara. dari mencari musuh, baik cari kawan, sekurangnya ada yang mendoakan kita bila mati.
akhir kata, udah-udah la tu atuk-atuk oi. malu la kat anak cucu ni ha




( 3.4 / 17 )
Monday, May 12, 2008, 07:43 PM
kali terakhir aku kerap menggunakan perkhidmatan KTM komuter adalah pada julai 2003, ketika aku bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi ter(t)unggul di malaysia, tak lain tak bukan TM, yang pada ketika itu namanya masih lagi telekom malaysia berhad. tukar la apa nama pun, environment dia masih sama. hokohkohkohkohkohko. waktu tu aku berulang dari seremban-klsentral naik komuter dan klsentral-stesen lrt kerinchi naik putra lrt selama setahun lebih. eh aku bukan nak cerita pasal TM sebenarnya, tapi aku nak cerita pasal keretapi. bebaru ni keretapi ada terbalik kat senawang. meninggal sorang, 4-5 orang lagi cedera. agaknya dia layan corner lebih kot. persoalan kat sini adalah, kenapa keretapi sekarang senang tergelincir? kalau kat india, antara faktor yang menyebabkan keretapi diorang tergelincir adalah disebabkan oleh faktor terlebih muatan, sampai landasan tak mampu menahan beban yang bergerak atas dia tu. ataupun faktor cuaca tak menentu yang menyebabkan besi landasan kejap kembang kejap kuncup. tapi kat malaysia, faktor yang perlu diberi perhatian adalah "lebihan muatan". semalam aku balik dari KLsentral nak ke seremban. dan seperti tahun 2003 dulu sampai sekarang 2008, masalah yang biasa berlaku, lebih lagi pada waktu puncak; train yang dijadualkan tiba pada sekian-sekian waktu, tak kunjung tiba. pada skrin tulis 6 20 PM. sudahnya sampai 6 45 PM. dan ayat-ayat lazim yang digunakan "kami memohon maaf diatas kelewatan". dan ayat yang pernah digunakan 5 tahun lepas.
persoalan kat sini adalah, adakah tak cukup kos operasi diorang untuk menyediakan gerabak tambahan pada waktu puncak? dan sepanjang diorang beroperasi pada pertengahan 90an, diorang taktau ke bila tu waktu puncak? dan akibatnya, setiap gerabak jadi macam sardin, dengan orang nak keluar pun susah, dan orang diluar tolak menolak untuk masuk. budak sekolah pun malu kalau tengok gelagat orang dewasa ni bertolak-tolak untuk naik komuter. tapi kalau nak berebut, jangan harap la boleh naik, kena pulak ko dah menunggu dekat nak 45 minit kat situ.
adakah perlu diorang naikkan lagi tambang seremban - klsentral dari RM 6 sekarang ni menjadi RM 6.50 untuk menyelesaikan masalah keretapi lambat sampai, tak ikut jadual? ini punya masalah bukan setahun dua, tapi dah 5 tahun. benda yang sama. sebenarnya orang kat malaysia ni suka naik perkhidmatan awam, masalahnya servis yang disediakan amat tak bagus sekali. kalau servis ikut masa, delay 2-3 minit tu tak jadi hal la, aku percaya kereta akan kurang lalu atas jalanraya. kat jepun dan united kingdom, diorang lagi suka naik train, naik bas. jadi kat sini, kerajaan menggalakkan naik perkhidmatan awam. jadi untuk mengelakkan pengguna jadi bosan, cadangan aku adalah, belajar mengenal apa itu waktu puncak.
yang aku cukup kesian adalah ibu-ibu yang dukung anak sampai tak dapat tempat duduk. sebab terlalu sardin. kerusi yang khas untuk diorang tu penuh dah kena duduk, dan orang yang duduk kat atas kerusi tu tak nampak ibu mengandung atau ibu yang dukung anak tu. dan yang buat aku amat marah
aku pernah berdiri dari klsentral sampai ke seremban, sampaikan kaki aku ni kalau boleh bercakap, mesti dia cakap "letihnyaaaaaaaaaaaaaa". dan benda ni berulang-ulang sejak dari awal tahun 2000 dulu sampai sekarang. ramai orang komplen kata KTM komuter ni lembab sebab dia bergerak perlahan, sampai ke KL pun sejam 30 minit. bagi aku tu tak jadi masalah, yang penting menepati masa. sebab kelajuan tu diorang ikut landasan yang digunakan. takkan jalan corner pun nak sebat laju. sudahnya jadi macam keretapi ke kelantan yang terjunam dalam gaung kat senawang tempohari. cerita pasal keretapi tu, dekat nak seminggu rupanya baru diorang alihkan gerabak tu, sebab berapa bijik kren guna untuk tarik kepala dia dari dalam gaung tu
akhir kata kepada menteri pengangkutan yang baru ni, fikirlah jalan terbaik camana nak membantu pengguna pengangkutan awam supaya diorang lebih selesa bergerak kemana mana. anda sudah ada kereta perdana dengan seorang pemandu, seorang SUS, seorang SUPOL. fikir-fikirkan la ye orang yang takda kenderaan sendiri, yang naik kenderaan awam. pengangkutan awam kat malaysia ni sebenarnya lebih mudah sebab kita ada landasan keretapi sendiri, ada ERL, ada LRT, cuma tak efisyen, sebab tak ikut jadual.
sekian berita
Next Back
Archives

