Wednesday, May 30, 2007, 05:03 AM
rilek! bukan bermaksud aku menamatkan lamanweb ni ataupun lamanweb ni ditamatkan (sapo yang nak menamatkan? hosting provider? dah tentu aku yang hosting sendiri. tmnet? aku bayar bil setiap bulan apo?) hokhokohkhokhokhokh.1. smallville season 6 telahpun sampai ke penghujungnya 2 minggu lepas.
2. lost season 3 telahpun sampai ke penghujungnya minggu lepas
3. numb3rs season 3 telahpun sampai ke penghujungnya minggu lepas
3 siri tv yang kat atas tu memang aku cucuk angin rapat-rapat setiap kali dia keluar. tolong jangan samakan dengan siaran di ASTRO sebab aku download dari internet, bukannya tengok dari ASTRO yang jauh tertinggal. agaknya tvseries ni memang dah berpakat kot, habis pada bulan 5. dan macam biasala cerita ni ntah bila nak ditamatkan sepenuhnya macam apa yang berlaku pada ALIAS.
dan juga bulan ni menjadi penamat untuk aku menggunakan MICROSOFT OFFICE 2007 dalam komputer aku ni. berat nak mampos sampaikan ada satu dokumen excel aku boleh HANG dibuatnya.
dan aku kembali menggunakan MSOFFICE 2003. kesimpulan dari peristiwa ini, komputer aku hanya mampu melarikan microsoft windows server 2003 + microsoft office 2003 sahaja. ohkohkohkohkohkokohk. tup tap tup tap dah 6 tahun aku guna komputer aku ni (motherboard sahaja). graphic card tahun 2003, processor baru tualatin 1.13GHz yang dibeli di ebay tahun 2005 (sekenhen), tambahan SDRAM 512MB ram juga dari ebay tahun 2005 (baru punya), 2 keping SDRAM setiap satu 256MB dari tahun 2001. dan masih lagi bertahan sehingga kini, dan yang paling aku tabik sekali dengan motherboard ni la mampu bertahan sampai sekarang sejak ogos 2001. MSI 6309-T yang sudahpun tidak lagi berada di pasaran mahupun di kilang pembuatnya. hokhokohkhokhok.
rahsia kejayaan dia? biarkan komputer anda on 24jam walaupun pada hujan petir ribut sekalipun. cubalah, anda pasti kagum. ni setakat beli hardware memahal, core2duo la apa la itu la ini la, tapi pakai sehari sejam dua semata-mata nak main game, lepastu shutdown, lepastu on balik, lepastu shutdown, takkan tahan lama la komputer tu jawabnya. kenyataan di atas adalah pendapat aku sendiri berdasarkan eksperimen yang telah aku buat, dan pengalaman yang pernah aku ada, tanpa sebarang sumber rujukan dari buku atau majalah




( 3 / 38 )
Tuesday, May 22, 2007, 08:57 AM
ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian. gaji naik antara 7-35%sekian harap maklum. akhir kata kepada saks-saks kat luar tu yang susah nak terima kenyataan, ataupun yang hati busuk mengalahkan bau bangkai, tolong la terima kenyataan bahawa tu adalah rezeki masing-masing.
sekian berita
p/s:
gambar di sebelah adalah gambar ketika syarikat pembekal elektrik terulung di dunia buat hal ahad haritu. nasib baik sempat sebelum UPS shutdown. dalam sebulan mesti ada kes macamni punya. benda ni biasa berlaku. yang jadi masalah bukan sebab black-out tapi kapasiti yang tak stabil. ko tanya budak yang belajar kejuruteraan elektrik dia tau la nak istilahkan apa untuk kejadian macamni
Next Back
Archives


