JUMAAT KEMBALI LAGI 
Saturday, May 29, 2004, 05:14 AM
biasa la, hari demi hari, keje aku cuma menepek depan pc, layan movie movie/tv series yang ada dalam pc aku, sambil makan pringles, gula hacks hitam, dan rokok sebatang.. hokhokhokhokohk. dan tak lupa jugak air sebotol.

kejap betul dah hari jumaat ye. dah hujung bulan pun. tadi aku lepak luar jap borak dengan kawan aku. dia datang nak pinjam graphic card spare. aku tengok kat langit, masih ada lagi cahaya "UFO" tu. aku tunjuk kat kawan aku, dia cakap dia pun nampak. so nak pikir positif punya pasal, kitorang assume benda tu sebagai 'lampu spotlight' samada dari seremban, atau dari port dickson, atau dari senawang. walaupun logik dia, mana boleh cahaya dari seremban suluh awan dengan tak ada garis cahaya antara udara, lepastu boleh bergerak laju dengan jarak yang jauh. budak sekolah pun boleh pikir, pergerakan atas awan laju macamtu yang lebih laju dari kapalterbang, pastu dengan distance yang jauh. maksud aku kat sini, dari pandangan mata kasar kita nampak point A to B kat atas awan tu nampak dekat, padahal jarak dia mungkin dalam 3-4km. tu aku nak cerita, dia boleh bergerak dari point A ke B tu tak sampai 5-6 seken. mejik? hahaha. the truth is out there babeh :P

sehari dua ni aku takda keje apa sangat. jadi aktiviti harian aku adalah bangun pagi, mandi, sarapan, pastu lepak opis kawan aku kat oakland.

aiseh. HDD yang aku guna simpan MP3 dengan VIDEOCLIP aku ni, bersaiz 40GB dah kena badsector. ada satu lagu, lagu kegemaran aku pulak tu, Bertie Higgins - Casablanca.mp3 duduk atas sektor yang rosak tu. tadi masa winamp tengah play lagu tu, pc terus hang, bila aku restart, aku terai copu satu satu mp3 pegi hdd lain, sampai lagu tu dia hang. so sah la sektor tu rosak... lepasni dapat HDD baru! yey yeyyy!

7lama gak aku shutdown pc harini, dok godek hdd yang kena badsector ni untuk doublecheck yang dia memang kena badsector. memula terai repair dengan "POWERMAX", disket utiliti dia, pastu utiliti tu cakap "dapat repair"... kononnya la. aku re-run balik test, memang betul status dia dah ok. pastu aku terai format hdd tu, terai ghostkan data dari hdd satu lagi. kantoi. hahaha. penipu besar betul powermax ni. aku format, terai install OS, kantoi gak tengah2 jalan, keluar CRC error. kesimpulannya, aku akan dapat HDD baru lepasni. warghahaha. nasib baik aku ada backup semua data dalam tu dalam hdd satu lagi, kalau tak nangis la. maunya tak, 25GB mp3 aku ada dalam tu, lagi 14GB lagi ALIAS season3 punya tvseries dengan beberapa videoklip

bila la HDD 40GB nak obsolete dipasaran ni ye... hu hu hu hu. aku nak hantar hdd satu lagi ni untuk claim waranti ni... hahaha
add comment   |  0 trackbacks   |  permalink   |  related link   |   ( 3.1 / 23 )

OLD FRIEND 
Friday, May 28, 2004, 09:10 AM
tadi aku chat dengan budak kelas aku masa form4/5 (1996-1997) kat SMTPD dulu. banyak gak kitorang sembang, semua cerita pasal taim sekolah dulu... duhh, kekadang aku terfikir, dulu masa sekolah asyik fikir bila la nak besar, nak dewasa, bila dah besar macamni, nak pulak balik ke zaman sekolah.. arghahahha. ni la manusia, tak pernah bersyukur. kitorang dok sembang pasal cikgu matematik kitorang dulu yang suka korek idung masa mengajar dalam kelas, pastu ada 2-3 orang budak yang suka tido dalam kelas. pastu dok cerita budak pompuan yang pernah admire dengan aku.. hahaha. ni aku nak cerita sikit. budak yang admire aku tu dulu memang betul buta mata la sebab takleh menilai intan dan permata. hahaha. zaman aku sekolah dulu gangsterisma tu kuat so aku ada gak la terjebak. tu aku heran bila ada gak budak pompuan yang syok sama aku. haha. its 7 years ago. pastu budak kelas aku ni ada scan gambar, dia ada forward kat aku beberapa keping, semua gambar zaman sekolah. duh. menyesal dulu masa aku sekolah aku tak ada kamera. apa boleh buat. family aku bukan jenis kaya raya. dulu aku ada simpan beberapa keping gambar, tapi terbuang masa dok kemas bilik. rugi betul. majalah sekolah pun rasanya dah recycle balik jadik kertas baru kot. tu pun aku terbuang gak.. rugi sungguh.

gambar yang minah kelas aku ni send tu ada dalam picture gallery aku. ada satu gambar, dalam tu ada beberapa budak pompuan, dulu masa first aku masuk sekolah tu masa form4, aku terpandang dia kat dewan, terus syok sama dia... ohkohkokhokohk. tapi kejap je sebab aku tak buat apa apa pun, cuma syok bodo macamtu je. kalau korang pandai, teka la gambar mana satu, dan mana satu orangnya :P lagipun zaman bebudak, mana bleh berpikir. aku punya jahat masa sekolah lain macam. confirm tak ada sapa yang berkenan dengan aku punya :P huh. tengok gambar2 macamtu memang lagi kuat la memori aku masa zaman sekolah. kenangan pahit manis. layan blues sambil dengar "IKLIM - Mimpi Yang Pulang.mp3" sat weh. ohkohkohkohkohkohkohkohk

masih lagi belum tido. aku layan tvseries csi miami season2. dulu masa aku kecik2 kalau tido tak cukup mula la mata merah, bengkak, pastu muka cengkung. sekarang tak ada lagi dah. tido lama ke kejap ke badan aku maintain sihat seperti biasa. hahaha

habis dah satu persatu movie aku tengok... terkebil2 dah mata aku. masa untuk tido!

pepagi terbangunku dari tidurku... tupun sebab cahaya matahari terik dari luar... hokohkohkohkohk. mandi, dan sarapan. lepastu keluar pegi bank jap cashkan cheque. kena masuk buku akaun pulak tu. dah la RHB, aku masuk akaun lain. 2-3 hari la jawabnya.

perembat moto tak ingat balik rumah, pasal hari mau hujan. lagi 1 km nak sampai rumah hujan rintik2 dah. sampai rumah 2 minit lepastu terus hujan turun... hokhokhokohkoh. ngam ngam. sejuk sikit bilik aku lepasni. baru la best ini macam.

hujan lagi diluar.. syoknya. pastu ada bunyik petir sekali. hahaha, kalau kena tendang elcb kat rumah ni, maknanya komputer aku pun shutdown sekali la. tunggu la ada sen lebih sok ingat aku nak sambar UPS.

lupa pulak nak cerita. malam tadi tengah sedap layan CSI, abah aku panggil dari luar, dia cakap nampak UFO lagi.. hohohoh. lepas habis tengok CSI, aku keluar kena rokok sebatang, memang betul kat ufuk barat sana nampak cahaya disebalik awan bergerak dari kiri ke kanan, sebijik macam aritu. tapi yang kalini cum ada sebijik je. nak kata lampu spotlight, ko akan nampak garis cahaya dari bawah ke atas, tapi yang ni cuma tompok cahaya kat atas awan, pastu dia bergerak tak sekata pulak tu. kalau buku teks sains cakap bergerak gerak secara rawak. hokhokohkohkohkhokho

baru balik dari maybank buat kali ke2. tadi pegi deposit cek masuk akaun, since cek tu bank lain, aku bedal dalam akaun lain, so lagi 2-3 hari la baru clear. tadi pegi balik, nak activatekan TAC number untuk kegunaan maybank2u. letih betul.

tak dapat aku nak tentukan kedudukan kiblat guna bayang matahari sebab hujan dari pukul 4 tadi sampai sekarang tak teduh. aku pun harini tak dapat nak bersukan. takpa la. lagipun aku punya kedudukan kiblat dalam bilik ni memang sharp. siap ukur pakai kompas, 22.12 darjah ke utara. haha. so tak jadik masalah la. lagipun diluar kota mekah, kalau jarak ko tersasar takdahal. sebab kalau ikutkan, dari malaysia kalau ko tersasar 1 darjah sekalipun, dah berapa puluh kilometer dah lari. agak agak je la. janji yakin.
add comment   |  0 trackbacks   |  permalink   |  related link   |   ( 3.1 / 28 )


Next Back