Wednesday, April 30, 2008, 11:30 PM
itulah dia motto Lembaga Hasil dalam Negeri. bagi yang taktau amenda gambar kat atas tu, itu adalah skrin terakhir proses e-filling lepas dah submit itu dan ini. kesimpulannya, dengan pendapatan aku yang banyak sekian-sekian, aku tak perlu bayar cukai. hokhokhokhokhokhohk
harini adalah hari terakhir untuk submit, dan biasanya budaya rakyat malaysia (turun temurun sejak belajar kat sekolah dan universiti lagi) memang suka dengan last-minute. kat tv pun siap keluar lagi interview dengan beberapa orang yang bagi alasan kenapa last-minute style menjadi pilihan.
3 hari sebelum kejadian kena beratur tu, aku telah menyambar nokia N95 8GB dari kawan aku dengan harga sekian-sekian.

senang cerita kira murah beberapa ratus la berbanding dari kedai punya harga. apa dia? NOKLA? ohhhh bukan sekali. hokohokohhkokhokokh
hanya sebesar saiz kotak rokok, dengan memori terbina dalam (translation: built-in memory) sebanyak 8GB, anda boleh sumbat beribu-ribu mp3 dalamtu, ataupun berpuluh dvdrip dalamtu. tapi untuk movie cuma support format 3gp dan mp4 sahaja kalau tak silap aku. kira ok la memandangkan kualiti mp4 dengan avi lebih kurang je kalau ko encode dari avi ke mp4. dengan kamera 5 megapiksel, memang berbaloi la beli. memandangkan nokia 3315 yang aku pakai sejak dari tahun 2002 dulu dahpun sampai ke penghujung hayatnya (sebenarnya bateri je), maka dah sampai masa untuk bertukar kepada handphone baru




( 3.5 / 22 )
Friday, April 25, 2008, 08:14 AM
bagi mat-mat gedik dan minah gedik kat luar tu, mereka akan bubuh nama macamni untuk memberitahu kepada dunia bahawa mereka sedang menduduki peperiksaan:1. hekzem
2. xm
3. peksa
4. exem
takpayah pegi jauh, tengok je kat status YM. amat malang sekali kerana kebanyakan yang menggunakan status tu adalah dari kalangan mat-mat gedik (yang terlalu banyak hormon estrogen dalam badan). apa salahnya eja exam? atau peperiksaan? adakah dengan mengeja p.e.p.e.r.i.k.s.a.a.n akan menyebabkan anda terpaksa bayar bil internet yang tinggi sebab terlalu banyak membazir bandwidth untuk eja penuh?
dan yang sebenarnya, kenapa perlu kecoh satu dunia untuk bagitau yang anda sedang membaca buku untuk peperiksaan pada esok hari? ataupun bubuh status dengan ayat gedik macam 4 jenis yang aku quote kat atas tu? baca jela buku tu bai takpayah nak bagitau dalam status bahawa anda:
1. tengah baca buku, esok xm
2. banyak input, takda output (bukan macamni ejaan dia sebab yang ni ejaan aku, sebab aku tak reti eja stail gedik macam dalam status mat gedik tu)
3. busy
4. tader menda tayah ding (tengok camana dia eja tader dengan tayah tu. ya, yang mengeja macamtu tu adalah lelaki ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian. dan kalau betul tekaan aku, dia nak bagitau satu dunia jangan kacau dia nak baca buku, jadi jangan tekan ctrl+G pada keyboard anda kepada YM dia.)
5. ngatok byak dah masok (kalau betul terjemahan aku, bunyinya mesti: mengantuk banyak dah masuk). oh dia nak bagitau satu dunia dia tengah baca buku rupanya.
nanti mat-mat gedik dan minah gedik yang baca artikel aku ni mesti tembak aku balik dengan ayat lebih kurang macamni: "ah ko pun apa kurangnya, nak exam pun cerita dalam blog"
ok, dari statement kat atas ada beberapa kesalahan:
1. perlu diingatkan sekali lagi, website aku ni BUKAN BLOG. tak nampak ke subdirectory aku tu BUKU555? apsal susah sangat nak paham?
2. aku takda bagi tau pun aku tengah exam sekarang ni? ada ke? memandangkan dah keluar spekulasi, maka aku bagitau la, esok adalah paper last untuk semester ni. hokokhokohkhokhokh
3. aku tak cerita aku tengah exam dalamni, tapi aku cerita pasal anda wahai mat-mat dan minah gedik yang set status YM supaya orang lain tau bahawa anda tengah baca buku esok nak exam.
akhir kata, selamat menjalani peperiksaan akhir. ada yang dahpun habis kesemua kertas, ada yang baru nak mula, ada yang tengah pening kepala sebab esok ada paper, dan ada yang belum mula lagi pun.
Next Back
Archives

