Friday, April 13, 2007, 04:21 AM
amenda itu 2G4? itu adalah nama lot ataupun blok bangunan pejabat yang menempatkan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Jabatan Audit Negara dan juga Jabatan Imigresen Malaysia. bagi yang tengok berita semalam dan harini dan yang membaca suratkhabar harini, pasti akan membaca kebocoran siling di ibupejabat Jabatan Imigresen tersebut. kenapa aku nak cerita pasal benda ni? sebab aku bekerja di situ sebelum ni (KPPK) sebelum bertukar ke JIMNS.benda ni sebenarnya dah lama, cuma apabila melibatkan satu jabatan yang berurusan dengan orang ramai, baru keluar berita. untuk pengenalan, bangunan ini dan juga 2G3 yang menempatkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dibina oleh sebuah syarikat kontraktor yang berstatus BERHAD, iaitu WCT Engineering Berhad dimana kontraktor ini sebenarnya hanya PAKAR membina jalan raya dan bukannya bangunan. kenapa aku cakap macamtu? sebab masa memula diorang diberi kontrak untuk lot 2G3 dan 2G4, memula sekali yang siap adalah jalanrayanya. lepastu baru pasang cerucuk dan buat bangunan. malangnya kualiti bangunan yang dibina AMATLAH teruk sekali sedangkan kos membina sebiji bangunan itu adalah RM 300 juta (maklumat ini berdasarkan dokumen kontrak, dan bukan rekaan). malangnya sebuah bangunan berharga RM 300 juta tetapi kualitinya macam RM 10. di lot 2G3 dan 2G4 perkara kebocoran macam paip bocor, tripped, adalah perkara biasa. sebelum ni, penghuni pejabat tu akan mengalami mimpi ngeri apabila hujan lebat, sebab saluran air hujan yang mengalirkan air hujan dari bumbung akan bocor pada setiap tingkat. malah bumbungnya (concrete slab) yang amat teruk dan rapuh sampaikan air boleh meresap masuk, dan tau mana pergi air tu? air tu akan jatuh bebetul atas kepala menteri (untuk KPPK dan KPDNHEP). sebab pejabat menteri adalah di tingkat atas sekali.
itu cerita bumbung. camana dengan cerita dinding? kalau tengok retak kat setiap sambungan dinding dengan siling tu adalah perkara biasa. tahun lepas berlaku kecurian di lot 2G4 dengan copper tape (pengalir kilat) atas bumbung di CURI. ukuran panjang pengalir tu kalau disambung-sambung akan menjadi lebih kurang 800 meter dengan kos bernilai lebih kurang RM90,000 dan kalau dijual kat luar boleh dapat sehingga RM50,000. dalam kes ini kitorang suspek "pekerja kontraktor" sendiri sebab hanya diorang yang tahu selok belok bangunan, camana nak naik ke atas bumbung tanpa dikesan oleh CCTV. dan CCTV kat situ bukanlah secanggih mana kerana tak strategik (maklumat ini adalah rahsia, takboleh cerita kedudukan dia takut korang pulak amik peluang pecah masuk. hokhokhokhokhok)
ok bagaimana dengan siling? ya kisah siling runtuh disebabkan paip bocor kat imigresen tu bukanlah kes pertama kat bangunan tu. banyak kali dah. malah ada kes corong penghawa dingin tu tercabut dan jatuh ke bawah dan hampir kena kepala salah seorang pekerja. dan ada satu hiasan konkrit di lot 2G4 (tingkat atas) yang tiba-tiba tertanggal dan jatuh ke bawah. nasib baik sebab di tingkat 2 ada beranda macam lantai, jadi konkrit tu jatuh atas tu. kalau tak, dia akan jatuh ke bawah, di laluan orang ramai yang dipanggil sebagai "boulevard"
sepanjang aku berurusan dengan kontraktor ni dan juga mesyuarat "defect" dengan pihak JKR, jawapan dia selalu amat mengecewakan dimana kontraktor utama iaitu Putrajaya Holdings Berhad akan coverline baik untuk mengelakkan dari kontraktor yang bertanggungjawab membina 2G4 tersebut dipersalahkan. aku dah lalui lebih 30 kali mesyuarat "defect" dengan JKR. kesimpulannya, karipap dan teh dia memang sedap. hokhokhokhokhokhok. cerita dalam tu pun sedap, dan takda hasil untuk membaiki kelemahan yang berpunca dari kontraktor. malah jurutera dan arkitek di dalam syarikat kontraktor ini aku nampak macam tak bertauliah, dan muka dia hanya nampak kuantiti dan bukannya kualiti. kalau dibandingkan dengan karipap yang disediakan masa mesyuarat "defect" tu rasanya karipap tu lagi senonoh rupanya.
tujuan topik ini dibuka bukanlah untuk menunding jari, tetapi lebih untuk menunjukkan bahawa kontraktor yang dipilih untuk membina lot bangunan tersebut MEMANG TAK RETI BUAT BANGUNAN. andaikata terjadi gempa bumi berskala 5 antara kuala lumpur dengan putrajaya, aku jamin putrajaya akan runtuh dahulu. bukan setakat 2G4, ibu pejabat BHEUU di lot 3G1, ada plaster siling yang berbentuk hiasan bunga terletak di kafeteria, runtuh ke bawah, nasib baik waktu tu bukan waktu rehat. hokhokohkhokhokoh. ni kontraktor lain yang buat, bukan kontraktor yang sama.
pengerusi PJH satu masa dulu pernah keluarkan satu kenyataan bahawa terdapat beberapa "penyelewengan" dalam PJH. cuma sampai sekarang aku taktau apa cerita dengan kes ni, samada benar atau mimpi sahaja. tapi apabila aku lihat kualiti bangunan-bangunan pejabat kerajaan di putrajaya, aku tak heran dengan kenyataan ni. kepada syarikat insuran nyawa kat malaysia ni, aku cadangkan pegi bukak pusat pameran dan promote produk anda di setiap bangunan di putrajaya, kerana kemungkinan ada yang akan mati dihempap bangunan. bukan untuk menakutkan sesiapa, cuma bayangkanlah apabila sambungan antara menara dan podium retak, dan menaranya senget sikit, sehingga keretakan kat lantai tu, kalau orang di atas tengok celah retak, boleh kenal siapa yang lalu di tingkat bawah, apa cerita? bukan ke bermaksud keretakan tu luas dan kritikal?
ada satu lagi kes, dimana sistem "fire alarm" di bangunan tidak berfungsi sebenarnya. lif yang sepatutnya diturunkan ke tingkat bawah secara perlahan-lahan ke bawah dan akan terbuka pintunya, tidak berlaku. sebaliknya lif tersangkut di tengah bangunan sampaikan orang di dalam tu pengsan sebab lemas. sistem penggera yang sepatutnya akan menghubungi balai bomba terdekat tidak berfungsi, dan yang mendukacitakan sekali, backup system, generator set (genset) gagal berfungsi apabila bekalan utama terputus, menyebabkan satu bangunan gelap. pekejadahnya ini tuan tuan dan puan puan? akhir kata, kepada orang kampung yang buat rombongan ke putrajaya dan kagum "fuiyo cantiknya bangunan ini itu, fikir semula, sebab indah di luar je" hohkokhokhokhokhok. kecantikan jambatan pula dicemari dengan student-student bodoh dari kolej dan universiti berdekatan untuk beromen kat situ pada waktu maghrib dan isyak.




( 3.2 / 31 )
Thursday, April 5, 2007, 05:54 PM
salam sejahtera. sari berita penting.dukacita dimaklumkan bahawa kepada pengguna yang telah menggunakan fungsi "contact me" sebelum ni, korang punya mesej takkan sampai kat aku sebab aku tersalah bubuh alamat email. okhokhkohokhokhkohkoh. rasanya ada 4-5 orang yang hantar mesej melalui fungsi "contact me" tu (berdasarkan kepada log http). tapi takkan sampai pun mesej korang sebaliknya "MUNGKIN" masuk dalam inbox orang lain sebab aku bubuh alamat yang wujud tapi orang lain punya. ohkohkohkohkohk. nasib la kalau ko hantar mesej makihamun aku ke, ucap i love you ke, dapat la orang tu baca nanti. mulai dari sekarang anda semua boleh la guna fungsi "contact me" tu untuk hubungi aku. aku dah pun test malam tadi dan berfungsi dah.
semalam cuaca panas seharian. oleh itu petang lepas balik keje, aku berlari-larian pusing sebuah tasik sebanyak 4 kali, lepastu berhenti, teguk air sikit, lepastu sambung lari balik. sebabnya aku nak membakar tenaga berlebihan hasil dari melantak tomyam malam kelmarin. hokohkohkohkohkohk. ada harijadi kawan aku, jadi bebudak ni nak sambut, diorang order tomyam, sotong + udang goreng tepung, ikan masak 3 rasa, kailan ikan masin, dan beberapa makanan lagi yang akhirnya membuatkan perut aku sendat dan hampir rasa nak pengsan. okhokhokho. lepastu balik terus rebah takboleh nak rilek rilek depan pc lagi dah.
sekian sahaja berita kali ini.
Next Back
Archives

