Thursday, April 13, 2006, 09:50 PM
bagi anda yang taktau, satu tiga tiga tujuh apabila disebut dalam bentuk angka; 1337 bukanlah sebutan yang aku taip tu, tapi bunyinya adalah LEET. tu bahasa internet. atau bahasa pasar untuk "computer geek". atau bak kata agen FBI dalam filem operation takedown, "de-socialized computer geek". hokhokohkohkhok. dibawah adalah salah satu contoh merujuk kepada perlakuan satu tiga tiga tujuh tersebut:hokhoohkohkohkohkohkohkh.
8:37 PM : tengoklah betapa bahlulnya sistem yang TELEKOM MALAYSIA SENTIASA BERSAMAMU ni pakai:
sumber dipetik dari http://www.nst.com.my/Current_News/nst/ ... index_html. yang ni memang aku akui sendiri, sebab aku pernah bekerja dengan syarikat telekomunikasi terulung ni.. hokhokohkhokhokohhk. agaknya programmer dia tersilap declare integer dalam program dia sampaikan bil RM80 jadi RM80t.
isu terhangat bulan ini, adalah apabila negara kita membatalkan pembinaan jambatan untuk laluan johor singapura. yang ni memang aku dah jangka, memandangkan kebaghalan dan keras kepala singapura, memang tak heran benda ni akan berlaku. tapi aku tak sangka pulak malaysia sendiri ambil keputusan untuk memberhentikan projek ni. pendapat aku satu je; PEMBAZIRAN. negara kita sendiri silap, sepatutnya sebelum melakukan pembinaan macamni, kaji dulu, dapatkan persetujuan dan kata putus dulu, baru bina. ni bina sekerat, lepastu baru nak berbincang. memang la diorang buat main benda ni sebab diorang ada poin untuk kenakan malaysia, sebab diorang dah nampak yang kita terdesak. sudahnya apa jadi dengan projek ni? gajah putih? satu kerugian yang amat sangat. melainkan ada keajaiban berlaku jika kita bercadang untuk buat jambatan tu seolah2 lalu atas air, dan kemudian masuk balik ke johor, kiranya macam merentas dari barat ke timur la. tu mungkin menarik! tapi apa akan jadi dengan kompleks imigresen dan kastam yang sedang dibina tu? aku rasa jadikan shopping complex lagi bagus.
minggu depan satu lagi kertas. dipanggil "implementasi pangkalan data". ye tuan tuan dan puan puan. bahasa pengantaranya adalah bahasa melayu. jadi anda mungkin dapat membayangkan beberapa istilah istilah yang lucu.. hokhokhokhokhokhokh. tapi takpala sekurang kurangnya aku pernah bermain dengan database, tau camana konsep, tau arahan arahan yang digunakan dan sebagainya. harap harapnya begitulah kisahnya. hokhokohkhokh.
sebelum mengakhiri majlis kali ini, mari kita ramai ramai melihat gambar ni. gambar ni:
NOTA: XIJMX bukanlah nama sebenar, cuma nickname. hokhokohkohkohk
dia claim gambar ni adalah TIKUS MATI DALAM TANGKI AIR KAT PEJABAT DIA. yang korang nampak 5-6 benda panjang tu adalah ulat (maggot). itulah rahsia kejayaan pekerja di pejabatnya, minum, basuh tangan, atau mandi menggunakan air tangki di pejabat yang mengandungi sebatian tikus mati. BLUWEKKKKKKKKK!!!




( 3.1 / 28 )
Friday, October 21, 2005, 10:29 AM
takziah dan mari membaca al-fatihah dan surah yassin untuk Allahyarhammah YABhg Datin Seri Endon Mahmood yang meninggal dunia pagi tadi. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Dan semoga YAB Perdana Menteri tabah menghadapi segala dugaan yang menimpa beliau.AL-FATIHAH
TAMBAHAN: di kesempatan ini juga aku ingin mengucapkan salam takziah untuk bekas BOS aku Encik Areehan bin Haji Abdullah masa aku bekerja di telekom malaysia berhad suatu masa dulu. isterinya pulang ke rahmatullah, juga pada 20/10/2005 kerana sakit ketika mengandungkan anak. arwah pengsan kerana kekurangan glukos di dalam darah pada bulan Ramadhan, dan akhirnya pergi bersama bayi dalam kandungan berusia lebih kurang 2 bulan kalau tak silap aku. dan pergi meninggalkan seorang bapa kepada 2 orang anaknya. insyaAllah, syahidlah dia.
musim orang meninggal agaknya sebab kat kawasan perumahan aku ni pun ada jugak orang meninggal. apa apa pun itu semua urusan Allah. life goes on..
AL-FATIHAH sekali lagi...
Next Back
Archives


