Monday, April 25, 2005, 06:41 AM
ya tuan tuan dan puan puan. sejak 2-3 hari ni aku matikan kejap akses ke laman web aku. sebab menerima serangan paket dari beruk beruk siber. okhokhohokhoho. beruk sekarang dah maju woi!. kalau korang tengok berita atau baca suratkhabar, beruk dah pandai isap rokok. pastu aku ada terbaca satu artikel, si penulis tu kata kabel fiber bawah tanah pernah putus digigit beruk. kalau korang jenis masuk irc, kekadang korang nampak ada beratus ratus "klon" yang masuk sesebuah channel dan bikin huru-hara dengan menghantar sejumlah perkataan yang banyak dalam satu masa, yang dipanggil "flood" (banjir). yang tu pun kategori beruk jugak. beruk irc namanya. begitulah kisahnya. beruk zaman IT sudah semakin maju.TMNET TEMPORARY SERVICE INTERRUPTION. begitulah katanya. tapi apa yang aku nampak bunyinya sepatutnya ditukar macamni: TMNET PERMANENT SERVICE INTERRUPTION. sebab aku tak nampak apa apa perubahan pun sejak diorang keluarkan kenyataan macamtu. temporary abah dia! pastu dia punya "sistem pengebilan" dia pulak sibuk hantar email kat aku kalau aku terlambat bayar bil. macam lahanat. bayar bil nak cepat. tapi buat kerja lembab. bila telefon khidmat pelanggan, jawapan ntah apa apa. aku pun tak salahkan customer service sebab diorang cuma dibekalkan dengan skrip. kalau korang tanya ni dia akan jawab jawapan tu. tak ubah macam pelakon opera cina la.
seperti yang sudah-sudah, bekalan elektrik kat sini pun makin hari makin cibai. toksah cerita la berapa kali lampu kat rumah ni berkelip2 sebab karan kejap turun kejap naik, pastu padam bila bekalan terputus tak sampai 2 saat. sampaikan fius dalam suis utama tu boleh jadi panas. heran jugak aku camana boleh jadi panas. apa yang aku belajar masa kat sekolah teknik dulu, apabila voltan berkurangan, sedangkan beban memerlukan W yang sama maka arus (A) perlu ditingkatkan. maka terjadilah haba. agaknya tu sebabla kot fius utama tu boleh jadi panas. bukan setakat panas, sampai berbau hangit! bau macam alkohol dijerang. macamtula bau dia.
minggu ni cerita sensasi yang sibuk keluar dalam suratkhabar, iaitu perkahwinan antara adik TPM kita dengan pengacara nona tv3. kat sini aku nak komen satu je. takpayah la kasiktau satu dunia yang hantaran ko sampai RM40,000 brader. nanti memacam spekulasi keluar. cukup la sekadar wartawan tv datang amik gambar bersanding, makan, majlis dan sebagainya. tak perlu la sampai memperincikan perbelanjaan perkahwinan.. okhokho. lain la kalau orang biasa yang kahwin tapi mengeluarkan belanja yang besar untuk memberi makan kepada tetamu dan mengurangkan kos berbelanja untuk diri sendiri, barula aku tabik hormat.
earphone yang aku guna sejak tahun 2003 dulu akhirnya rosak harini. rosak bukannya apa, sebab wayar yang bersambung kat speaker yang kecik tu putus, maksud aku bukan wayar dari "chord" tapi yang halus nak masuk ke gegelung dalam speaker tu. tu memang takboleh buat apa dah. kalau sapa yang dapat pateri benda tu, memang dia terer. tak senang duduk aku dibuatnya harini. keluar bandar kejap cari kedai barang elektronik cari benda ni. 5-6 buah kedai jugak la aku pegi. patut ada sampai 10 tapi banyak tutup. last2 lepas buat perbandingan harga, aku jumpa satu kedai yang tawarkan harga di bawah RM50. earphone ni memang mahal. impedance 12 ohm pastu ada bunyi ala ala sub-woofer. seolah olah drummer dengan bassist main dalam kepala aku.. hohkohkokhokhokhohkohk. harga asal RM75 bila aku jampi jampi sikit cina kedai tu dapat la rm45. aku beli jenis yang sama jugak dengan yang sebelumnya. cuma ada tambahan beberapa aksesori je. tu tak penting janji aku tak kebosanan bila duduk depan pc.
huhuhuhu semester lepas tak tau la aku dapat berapa point. rasanya teruk jugak kot sebab aku rasa aku takboleh buat dengan sempurna. ni semester baru nak mula ni, yuran yang lepas pun tak selesai lagi.. nilah dia dugaan belajar separuh masa. bayar mahal. tula dulu suruh belajar betul2 taknak. memain. padan muka! wah ahh ahahaha™
punya la sengkek aku bulan ni sampai semalam sepatutnya aku kerja sekerat hari, aku amik cuti. ramai yang cakap rugi amik cuti hari hari macamtu. tapi bagi aku sama je. sebab jarak perjalanan aku jauh, pastu kos untuk pergi balik kerja dan berapa di tempat kerja pun banyak. jadi sama je untung bagi aku. lain la kalau pejabat dengan rumah tak sampai 10km. memang la terasa rugi kalau amik cuti yang hari bekerjanya separuh hari. lagipun cuti aku melambak lagi. nak sayang sangat pun buat apa. macam kawan aku kerja dengan syarikat swasta, syarikat dia akan bayar harga cuti yang dia tak amik tu. kiranya kalau setahun dia diberi 15hari cuti, dan dia cuma guna 10 hari, ada lagi baki 5 hari, dia akan dapat 5 hari punya gaji. sebab cuti dia takboleh bawak ke hadapan. dapat syarikat macamtu pun bagus jugak. polisi yang bagus. sebab ada sesetengah orang bekerja dia tak kisah dengan cuti, sebab baginya yang penting duit. orang ada memacam jenis. ada yang HIDUP UNTUK KERJA, ada yang KERJA UNTUK HIDUP. kenyataannya kita bekerja untuk meneruskan hidup, dan kita hidup untuk beribadat. sesamala kita renungkan...




( 3.1 / 42 )
Friday, April 15, 2005, 06:43 AM
lepas kena gempabumi + tsunami, kena lagi gempabumi, ni pulak sekarang gunung berapi nak meletup dah.. okhohhkohohkoh. nampaknya jiran kita ni bertambah malang nasibnya. sebabtu la tak menghairankan kalau emosi diorang terganggu sejak 3-4 bulan ni. sampaikan terus melatah nak menyerang malaysia.. wahahaha.aku baru je habis peperiksaan semester semalam. kiranya semalam paper last la. kesimpulannya? aku tak reti buat matematik! 8 tahun aku tak penah usik matematik alih alih semester ni kena usik matematik. berjerebu la kepala kejap. hasilnya haritu aku tak boleh buat. sendiri punya badan sendiri tau la.. okhokhohkohkohkokho.
sejak seminggu ni PEMBEKAL INTERNET TERULUNG NEGARA KITA kembali menjadi pembekal internet paling TERUK (english called WORST). sebab apa? ala kalau ko baca kat lamanweb diorang kemain la alasan cakap kabel fiber bawah laut kena gigit ikan jerung la, kabel telefon dalam hutan kena gigit beruk la, kabel bawah tanah kena patuk ular la. alasan memang mudah nak kasi. aku dulu penah tergolong dalam golongan pemberi alasan kepada pelanggan ni, jadi aku taula senarionya camana. ada ke bila pelanggan buat repot orang tmnet boleh tanya balik macamni: "camana encik tahu ni salah pihak kami". wahh ahh ahahahaha. abihtu takkan salah JKR pulak. atau salah petronas pulak. atau salah lembaga minyak kelapa sawit pulak. kang cakap bangang kang tau pulak marah. tapi ketara sangat woi.
setakat ni bekalan elektrik kat rumah aku ni tak buat masalah lagi, uptime komputer pun tengah cantik ni. anda boleh tengok uptime kat muka hadapan lamanweb ni.
Next Back
Archives

