Monday, March 30, 2009, 05:30 PM
menara berkembar petronas KLCC digelapkan selama sejam bermula dari jam 830 malam pada 28 mac 2009 hingga jam 930 malam, sempena dengan program earthhour yang diadakan oleh beberapa puluh buah negara seluruh dia. benda ni asalnya dimulakan oleh beberapa negara, beberapa tahun lepas. dan setiap tahun, makin banyak negara yang nak join. negara kita pun nak join, dengan beberapa tempat yang menggunakan jumlah tenaga elektrik yang banyak pada malam hari memadamkan kebanyakan lampu dan peralatan elektrik yang dikira "non-essential". kat KLCC haritu pun bukanlah gelap habis, kedai dalam suria pun menyala jugak lampunya, cuma tutup dalam 10% je lampu. mana boleh tutup semua kang datang pulak pencurik. dan lampu kelip2 kat menara tu pun takboleh dipadamkan, kang kapalterbang tak nampak, tak pepasal je tersondol menara tu
benda-benda ni semua sebenarnya "simbolik" kepada usaha untuk mengurangkan pemanasan global. umum mengetahui bahawa ada beberapa jenis gas rumah hijau yang dihasilkan (karbon dioksida, metana, nitrus oksida, sulfur hexafloride) akan menyebabkan lebihan haba dari matahari terperangkap dalam atmosfera bumi dan menyebabkan pemanasan berlebihan. seperti yang telah di"fiksyen"kan oleh filem THE DAY AFTER TOMORROW, kisah dalam filem tu tak mustahil akan berlaku, kerana ada logiknya dalam cerita tu. dah kita sedia maklum, negara mana yang banyak menyumbang kepada pencemaran dan penggunaan tenaga berlebihan ni. walaupun negara kita tak terkecuali, sekurang-kurangnya kita telahpun mematuhi PROTOKOL KYOTO.
pemadaman lampu dan beberapa peralatan elektrik pada tempat-tempat yang menggunakan jumlah lampu yang berbentuk pembaziran taklah menyebabkan "pengurangan pencemaran" pada muka bumi. ianya sebagai simbolik. kat malaysia tempat-tempat yang besar yang menyertai benda ni, KLCC, kl tower, klsentral, putrajaya, pulau pinang, dan bandar-bandar besar dalam malaysia. sebenarnya, penggunaan tenaga elektrik di KLCC dan putrajaya taklah banyak pada malam hari, berbanding siang hari. kenapa? sebab siang hari, lampu dalam pejabat dipasang, lif bergerak, penghawa dingin (yang kebanyakannya guna AHU dan chilled water), komputer dan peralatan elektrik lain dipasang. hari malam cuma lampu-lampu luar bangunan, lampu jalan sahaja yang dipasang. dan sumber tenaga kat malaysia ni banyak datang dari empangan hidroelektrik. janakuasa diesel, gas dan arang batu boleh kira dengan jari je. dan beberapa buah negara menggunakan reaktor nuklear, dimana nuklear tak mengeluarkan gas berbahaya. yang ko nampak keluar dari corong besar tu bukan gas, tapi wap air, hasil dari air yang mengewap untuk menyejukkan dinding reaktor.
yang menyebabkan pencemaran udara ni kebanyakannya datang dari gas dan asap yang dikeluarkan oleh enjin kenderaan, tak kira la ringan ke berat ke. enjin yang dijanakan oleh petrol, diesel, arang batu, enjin jet kapalterbang dan sebagainya. dan juga pembakaran terbuka untuk melupuskan sampah. gas dan asap dari kilang-kilang. gas dari tin aerosol, gas dari sistem penyejukan. itu semua yang banyak menyumbang kepada pelepasan gas berbahaya dalam atmosfera bumi. setakat ko kata tutup lampu malam hari tu menyebabkan kurang pencemaran udara dan pemanasan bumi langsung takda asas dan fakta. tu sebagai simbolik. rata-rata yang ditemuramah akan cakap, dengan menyertai program ni akan membantu kita mengurangkan pencemaran. aku tak suruh ko belajar sains, tapi kalau bercakap tu biarlah ada fakta. terutama sekali dengan minah 2 eko
jadi bagi aku, kalau nak menjadikan benda ni lebih berkesan, hentikan semua enjin kenderaan, padam semua lampu, padam semua sistem penghawa dingin, tutup semua kilang yang menghasilkan gas dan asap. ni baru betul. setakat padam lampu, yang aku nampak menambahkan pencemaran lagi ada la: pencemaran bunyi, sebab ramai sangat yang terjerit terpekik terlolong.




( 3.4 / 24 )
Friday, March 27, 2009, 06:48 AM
pilihan tepat katanya. hokhokohkohkohkohkohkohkohkohkohkohkk
Read More...
Next Back
Archives

