KEMEMACAMAN 
Friday, March 28, 2008, 01:25 AM
ada 2 jenis kememacaman: yang satu ni berlaku beberapa hari lepas, yang satu ni berlaku semalam :U:



bila masa la aku pakai bank HSBC ni. hokohkohkohkohkohkohohk. yela memang la email ni SPAM, awal-awal lagi aku dah tau dah. dan secara lalainya (by default) outlook express aku memang aku tak benarkan dia untuk view message sebagai HTML. amat bahaya! dengan banyak kelemahan pada outlook ni, jangan harapkan sangat microsoft untuk betulkan software dia, sebaliknya ko kena amik inisiatif sendiri, yela, ko pakai pun sistem operasi percuma keluaran lanun, takkan nak demand memacam ye tak? hokhkohkokhohkokhokh. jadi dalam usaha untuk menjaga pc ko dari anasir-anasir jahat, amik la inisiatif sendiri untuk jaga supaya tak disakat oleh benda-benda macamni. :B

yang kat bawah tu kod-kod apa ye? kod-kod supaya dia bukak "back-door" dalam pc aku ka? hokohkohkohkohkohko. melainkan dia boleh bukak sekali inbound port kat firewall aku, jangan berangan la. dan kalau tengok source mail tu datangnya dari brazil. sebuah negara yang mempunyai hutan yang membekalkan hampir 40% keperluan oksigen di dunia.

kat sini sebenarnya aku nak cerita pasal email streamyx dari tm sentiasa bersamamu ni. tak silap aku sebelum ni diorang claim diorang dah pasang "anti-spam" atau ala-ala antivirus kat email gateway dia. tapi takda kot, sebab aku rasa aku akan dilindungi kalau aku subscribe "anti-spam" dia, dimananya semua tu memerlukan aku BAYAR lagi kat tm sentiasa bersamamu ni. jadi daripada aku menambah keuntungan syarikat konglomerat keparat ni baik aku simpan duit tu, dan aku buat filter sendiri menggunakan "message-rules" dalam outlook express ni. senang cerita, email yang bukan tersenarai dalam address book akan terus dibakulsampahkan. email yang ada virus attachment? tu tak jadi masalah, sebab KWF aku dengan pantas akan menapis, akan remove attachment tu dan akan tukar subject email tu kepada ** VIRUS DETECTED ** diikuti dengan subjek asal email tu. canggih tak? hokhkhokohkohkohkokh :B apa? ada orang cuba nak "exploit" KWF aku pulak? jangan risau, aku selalu update, selalu check kot-kot ada software update ke apa ke. jadi cuba la cara lain ;D

suratkhabar semalam ada menceritakan tentang seorang blogger yang suka tabur fitnah, suka sembang maut, yang menamakan dirinya sebagai raja petra, dimana dia telah diperintahkan oleh mahkamah tinggi supaya membayar saman gantirugi sebanyak 4 juta kepada pihak universiti utara malaysia. ohkohkohkohkohkohkho :D takmo komen berat sebelah la, sebab website aku ni banyak puak berhaluan kiri baca, kang tak pepasal diorang lancarkan serangan ke atas webserver aku lagi kang! ;( bagi aku senang je, berani tulis, berani la tanggung akibatnya kan kan? ala apa sangat la 4 juta tu, ko kan keturunan raja, celah gigi je tu. kalau takboleh bayar pun, apa susah, boleh isytihar bankrap, lepastu harta-harta si bankrap akan terletak hak ke atas Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia la apo lagi. ohkohkohkohkohkohkohk :D ok apa jadi bankrap, datang ke Jabatan Insolvensi setiap bulan bayar RM 50 ke RM 100 ke. pastu datang buat muka sedih sikit, buat rayuan untuk pelepasan bersyarat. alaaaaaaaaaaah, apa ada hal, ko kan raja? :Y lepasni karang la lagi cerita best-best untuk diletak dalam website tu, yang menyebabkan si pembacanya menjadi khayal, lalu terus berwirid(mencarut) tak tentu hala disebabkan terus percaya bulat-bulat. :#

musim peperiksaan tiba lagi. dan dengan secara hormatnya, aku kena memastikan bahawa buku-buku semester ni yang kelihatan baru (sebab jarang betul diselak) akan kerap dibuka untuk dibaca. sebenarnya bukan aku tak baca buku, sebab pihak universiti menyediakan modul dalam bentuk "salinan lembut" (soft-copy) dalam format "portable document format". memandangkan hidup aku banyak dihabiskan di depan pc, maka aku baca dari PDF je. sebabtu buku/modul akan kelihatan kemas dan baru. kalau la buku tu macam buku teks sekolah dulu, cukup masa, pulangkan balik, mesti ramai tutor/pensyarah akan memuji sebab buku aku nampak baru dan kemas. hokhokhokhokhokhokohkhok :W
4 comments ( 16 views )   |  0 trackbacks   |  permalink   |  related link   |   ( 3.1 / 56 )

KABINET BARU 
Wednesday, March 19, 2008, 07:40 AM
bagi pembaca yang bukan dari malaysia, jangan risau sebab aku bukan beli kabinet(perabot) baru. hokhokohkohohkhkoh :D sebenarnya kabinet = jemaah menteri dalam kerajaan persekutuan. siang tadi perdana menteri umumkan barisan kabinet barunya, dimana kabinet baru ni aku rasa bakal mengurangkan perbelanjaan persekutuan dalam membayar gaji kepada ahli politik. :# ini adalah disebabkan jawatan setiausaha parlimen telahpun dimansuhkan. dari dulu lagi aku rasa jawatan ni sebenarnya tak perlu dalam sesebuah kementerian, sebab hal-hal parlimen ni sebenarnya boleh diuruskan oleh menteri & timbalan menteri tu sendiri. sebenarnya timbalan menteri tu sesuai untuk ke parlimen setiap kali bersidang bagi menjawab soalan, membentangkan apa-apa yang patut bagi pihak kementerian yang diwakilinya (walaupun sebenarnya pembentangan tu samada soalan atau jawapan dahpun disediakan oleh kakitangan dalam kementerian, dia tukang baca je hokhokhokhokohk :P) jadi dengan barisan baru kabinet yang takda setiausaha parlimen ni, atau nama manjanya = SUPAR, diharapkan sesebuah kementerian tu bertambah efisyen lagi, lebih lagi banyak muka baru yang dah dilantik untuk portfolio yang mungkin sesuai dengan diri mereka. beberapa ahli politik yang sebelum ni amat lantang didalam parlimen dahpun diberikan jawatan menteri, jadi diharapkan anda boleh teruskan kelantangan anda bagi membawa kementerian tersebut bertambah efisyen.

dan ingatlah, bahawa barisan kerajaan baru yang cukup makan ni, akan diperhatikan oleh rakyat untuk 4-5 tahun akan datang, dan penilaian prestasi akan dibuat sebaik sahaja mereka angkat sumpah jawatan. memandangkan kerajaan dibentuk dengan cukup makan (majoriti mudah), maka anda sebenarnya dalam pemerhatian. jadi tunjuklah prestasi yang bagus, jangan ingat nak naik kereta perdana duduk belakang, dengan ada bodyguard, drebar, dengan SUPOL, SUS, SUSK yang asyik mengekori anda kesana kesini sahaja. buatlah keje anda itu sesuai dengan gaji puluhan ribu anda setiap bulan. jadi kalau anda rasa kakitangan anda sahaja yang ada penilaian prestasi tahunan, dan direkodkan dalam buku servis, fikir balik, sebab walaupun anda takda buku servis, tapi penilaian dibuat setiap kali pilihanraya. dan memandangkan SPR semakin hari semakin nampak ketelusan dia, maka anda yang baru dilantik ni, perlu berhati-hati ye. jangan mesra rakyat masa memula je, lepastu hilang dah senyum :T

dengan penggabungan beberapa kementerian juga dah mengembalikan kementerian yang dulunya dipecah dua tu sebagai 1 balik, iaitu KKDN dengan KHEDN yang bakal menjadi KDN, dimana domain internet kena pakai lain la kot, atau boleh jugak pakai MOHA tu memandangkan initial tu juga bermaksud KDN. hokhokhokhokohkohkh. soal bangunan pejabat pun tak jadi masalah memandangkan diorang duduk di parcel D, jadi nak bercantum balik tak jadi hal la.

jadi takmo cerita banyak. kepada Yang Berkhidmat sekalian, buang la perangai berlagak macam bagus anda, kerja lebih sikit, supaya rakyat bertambah sayang dengan anda semua. bukan apa, tahun ni cukup makan, lagi 5 tahun silap2 tak cukup makan dah. sebab masyarakat malaysia bukan nak beralih angin kepada pembangkang, masalahnya mereka dah mula hilang kepercayaan kepada anda. jadi sempena dengan pembentukan jemaah menteri yang baru ni diharapkan anda boleh mendapat semula kepercayaan dan keyakinan dari majoriti penduduk malaysia. PM kata mereka perlu buat pengisytiharan harta sebaik sahaja lepas angkat sumpah jawatan. bagi aku, diorang kena buat pengisytiharan harta setiap tahun.

dan bagi menteri/timbalan menteri yang tak dilantik, samada disebabkan kalah dalam permainan rebut kerusi (macam main pusing dalam bulatan rebut kerusi bila lagu berhenti dimainkan) ataupun digugurkan tu, harapnya jangan la pulak merungut, ataupun boikot, atau lebih teruk, nak pegi pedajal orang lain. eh ada lagi lebih teruk, pegi join puak pembangkang pulak. ohkohkohkohkohkho. ini macam punya orang elok tangkap tambat kat pokok lepastu lumur dengan kerengga je, sebab hidup tak pernah ikhlas, tapi sebab nakkan pangkat, jawatan dengan harta. kat sini tak perlulah aku komen kenapa menteri-menteri "senior" yang berkenaan tak lagi dilantik. mungkin sebab tak perform, ataupun ada isu lain. (jawapan "isu lain" tu rasanya sesuai la kot ;D)

hari sabtu lepas masa aku nak pegi untuk menduduki "mid-term exam", ada sekatan jalanraya (road-block) tak jauh dari rumah aku. polis trafik yang berdiri kat tengah jalan tu terus suruh aku ketepi, dan dengan pantas aku ketepi, matikan enjin, keluarkan walet, dan keluarkan lesen & slip cukai jalan moto aku tu. memang dah jadi kebiasaan aku tak berlengah dalam hal tu, sebab yang pertamanya, aku tak suka buang masa orang, dan aku tak suka orang buang masa aku. sambil polis trafik yang sorang lagi check lesen dan cukai jalan, dia layan borak dengan aku; "bang nak pegi mana". aku jawab la aku nak pegi kelas, belajar. dia cakap "bagusla tu bang belajar, saya ni dah tak larat dah nak belajar, tu yang jadi polis trafik ni". ohkohkohkohohkohkhk. habis dia siap check apa yang patut, pulangkan balik dokumen aku, dengan ucapan "terima kasih". rasanya lepas operasi penambahbaikan polis ni, banyak attitude polis dah berubah, dan jugak disebabkan polis trafik tu pun baru keluar akademi tu. masa aku nak blah, polis trafik yang berdiri kat tengah jalan tu pulak angkat tangan kat aku sambil ucap "terima kasih". kalau macamni attitude yang ada pada kebanyakan polis, ramai orang akan sayang dengan polis. ohkhkohkohkohkhkohkokh :D bagi aku, aku tak pernah ada masalah dengan polis, sebab diorang menjalankan tugas, dan kalau ko bagi kerjasama dengan diorang, diorang akan ucap terima kasih balik kat ko, percayalah. sebenarnya ni bukan kali pertama, sebelum ni ada polis veteran yang tahan aku, check dokumen aku dan ucap terima kasih. tapi bak kata pepatah, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. ada beberapa orang yang buat taik tu yang buat pasukan polis nampak macam taik :T bak kata seorang polis FRU veteran yang selalu lepak dengan aku ngeteh memalam kat kedai mamak, "ko bagi kerjasama, diorang pun suka la, cuba ko buat muka palat, merungut sikit bila kena tahan, jangan harap la dapat terima kasih tu". hokohkohkohkohkohko. jadi sempena penggabungan KHEDN dan KKDN menjadi KDN, diharapkan fungsi pasukan keselamatan dan penguatkuasaan di malaysia seperti polis, imigresen, rela akan bertambah baik lagi, dan semoga dapat mengurangkan indon-indon bodoh dari malaysia ni. semak aku tengok makin hari macam makin ramai pulak indon kat malaysia ni. cuba hantar 70% indon dalam negara ni balik, dan tengok camana dengan graf jenayah, ada turun ke tak. kalau ada penurunan, maksudnya mudah, pendatang asing samada dengan izin atau tanpa izin tu banyak buat benda tak elok dari yang elok dalam negara ni. walaupun khidmat mereka amatlah diperlukan untuk cuci jamban, buat bangunan dan sebagainya yang rakyat malaysia taknak buat. :B
5 comments ( 16 views )   |  0 trackbacks   |  permalink   |  related link   |   ( 3.2 / 32 )


Next Back