USE YOUR ILLUSION 
Thursday, March 29, 2007, 08:06 AM
sapa yang zaman remaja dia tahun 90an mesti tau yang topik kat atas tu lagu kumpulan gun & roses. kumpulan ni dah tak wujud dah, berpecah. benda yang sama banyak berlaku kat kumpulan muzik, kalau tak berpecah, ada ahli yang keluar dah berganti ahli lain. aku ada ujian hari ahad haritu dimana ada benda yang aku tak baca sudahnya keluar dalam soalan. dahla soalan wajib pulak tu, bukannya soalan pilihan. waktu ni la aku terpaksa guna ilusi, guna fantasi untuk jawab soalan tu. ohhokohkohkhokohk. sekali betul daa aku jawab padahal aku sendiri tak pasti pun jawapan tu adalah jawapan kepada soalan tu. kesimpulannya, tak rugi la aku tembak haritu.

skil mempateri aku masih lagi ada. rasanya dah lama aku tak pernah guna solder aku ni, ada la dekat nak 7 tahun sejak dari tahun 2000. sampai berkarat la mata pempateri aku ni, kena gosok balik kasik licin kalau tak kang timah susah nak cair. yang menakjubkan solder ni elok lagi pulak tu. aku bajet dah rosak ataupun boleh menyebabkan ELCB aku ditendang bila aku on suis haritu. hokhokhokhokhohko. aku punya earphone yang aku pakai bersambung dengan soundcard komputer ni dah tercedera. penebat terkoyak, wayar pun ada yang dah berbulu-bulu nak putus. mulanya cadang nak beli baru lebih lagi bila belah kanan dah tak berbunyik. lepastu aku panaskan pateri, gunting wayar yang putus tu, sambung balik, panaskan timah, panaskan wayar tu biar dia boleh sebati dengan timah. akhirnya bercantum semula wayar earphone yang memang diakui susah untuk melekat dengan timah pateri ni. maka boleh la aku melayan radio/mp3 dari pc aku semula.

petang tadi hujan kejap. dari hari ahad haritu panas dari siang sampai ke malam. tapi hujan tadi tak mampu menghilangkan panas siang tadi. pelik dah cuaca tahun ni hujan tak disangka-sangka. kejap panas kejap hujan. kat pejabat aku tu adala 2-3 orang yang asyik terbersin, batuk, demam pun ada. hokhokohkohkho. alhamdulillah aku yang ke sana sini guna motosikal ni tak pulak kena demam ataupun selsema setakat ni. cuma badan aku letih sikit bila cuaca panas tak menentu ni. siang hari pun asyik rasa nak tido je.

bebaru ni aku check http log aku ada beberapa cubaan untuk "mencari kelemahan dari IIS", dimana yang lucunya, exploit yang dia guna tu sesuai untuk WINDOWS 2000 SP2 ke bawah je. kepada beruk yang takda keje tu, pesan aku tolong habiskan sekolah dulu, takpun kalau nak search exploit, search keyword WINDOWS SERVER 2003. sebab ko cuma memalukan diri sendiri je. akhir kata gambar di bawah ditujukan kepada sesapa yang bercita cita untuk guna tool/exploit bahlul ko tu untuk test website aku ni



haritu aku install microsoft office 2007 kat pc aku ni dan pc kat pejabat. macam biasala, GUI makin berwarna warni macam futuristik dan ada beberapa fungsi baru. cuma yang aku pelik apsal dia suka dengan X? asp jadi aspX. sama macam office, word .doc jadi .docX dan semua extension dalam microsoft office tu ada X la belakang dia. hokhokhokhkhokho. dan lanjutan dari microsoft server OS selepas windows server 2003 dipanggil:



Windows Home Server namanya. sama macam windows server 2003 dulu masa masuk alpha dan beta dulu, interface lebih kurang macam windows xp jugak. codename "home server" ni pun guna kernel dan interface yang sama dengan microsoft vista. aku test install tu guna virtual machine dalam pentium III aku ni. ram yang aku allocate untuk dia je dah 512MB ngam ngam, cuma masa setup tu je cpu process aku mencanak naik 100%. terus aku kensel lepastu. hokhokhokohkhokho. senang cerita, windows server 2003 je yang terakhir dari keluarga windows yang layak duduk dalam pc aku ni. masuk je vista, dah tak layak dah!
5 comments ( 64 views )   |  0 trackbacks   |  permalink   |  related link   |   ( 2.8 / 45 )

HUJAN 
Wednesday, March 21, 2007, 08:25 AM
sekarang cuaca dah makin pelik ye. haritu panas seminggu, ni hujan seminggu. aku balik rumah ni pun dalam keadaan hujan renyai kat luar. nasib baik bawak kereta, kalau bawak moto tadi masak la. hohkohkohkohkohk.

pc aku ni baru format semula. puncanya sebab partition untuk driver C aku terlalu kecik sampaikan free space haritu tinggal dalam 300MB je. nak buat partition magic memang tak lepas sebab aku guna server OS, windows server 2003. lepastu ada satu lagi masalah. partition magic tak kenal partition "dynamic", sebab dia nampak partition tu semua jadi satu sebaris, dan takboleh nak usik. sapa yang taktau apa maksud basic dengan dynamic partition tu, boleh cari di google dan baca. kesudahannya, ada satu software yang mampu ubah dari dynamic ke basic, iaitu "paragon partition manager". ada pulak satu lagi masalah, software ni takboleh jugak run dalam server environment, kena carik "server edition" punya. software untuk server edition tak jumpa dalam *ehem*, jadi nak taknak kena guna cara lain. aku format, install windows XP, lepastu install paragon, revert partition dari dynamic ke basic, lepastu resize partition. lepastu format balik dan install windows server 2003 yang baru je aku slipstream dengan service pack 2.

jadi kepada beruk beruk kat luar tu yang ada hati nak carik "vulnerable" dalam OS aku, samada guna url pelik-pelik untuk test webserver aku ni, aku nasihatkan korang supaya simpan jela tool yang bahlul tu. pegi test kat orang lain la sebab aku ni rajin windowsupdate. hokhokohkhokhokohk

harini apa keje aku? ada masalah pulak lagi, kalini nak install "kerio winroute firewall" pulak. kalini "patch" yang nak digunakan untuk mengubah satu file bernama avir_mcafee.dll tak menjadi pulak. jadi terpaksa la aku buat manual. aku search la dalam google, sudahnya jumpa satu forum bahasa rusia, tapi aku bukan nak baca apa diorang sembang pun, aku cuma nak baca tang mana "path" yang aku nak ubah dalam dll tu:





yang pertama tu adalah forum rusia tu. dia cerita tang mana nak ubah dalam *.dll file tu. pandai jugak aku baca bahasa rusia rupanya.. hokhokhokhokhokhokhokhokho. yang kedua tu pulak operasi mengubah isi perut file *.dll tu menggunakan satu perisian dipanggil "hexworkshop". adik-adik sekalian sila jangan cuba dirumah kerana boleh menyebabkan kerosakan serius kepada komputer anda :P
6 comments ( 71 views )   |  0 trackbacks   |  permalink   |  related link   |   ( 3.2 / 37 )


Next Back