ROJAK 
Saturday, February 28, 2009, 11:49 AM
bukan nak cerita harini aku makan rojak, cuma entry kalini bercampur aduk dan takda topik yang khusus. oleh itu, ianya dinamakan sebagai rojak ;D

1. politician kat malaysia dah menyerupai budak tabika. memacam jenis perkataan keluar. ajak bertumbuk pun ada. main tarik baju pun ada. main lontar benda kat orang lain pun ada. pendek kata, macam bebudak. dan mereka masih lagi bertekak siapa betul siapa salah, dan dalam masa yang sama menabur ideologi pelik kepada penyokong fanatik masing-masing supaya mereka turut serta berperang mempertahankan pemimpin masing-masing.

2. adalah tidak bijak untuk menaikkan lagi tol yang telah sedia tinggi. oh ye, SPRM seharusnya masuk campur dalam hal-hal berkaitan "konsesi" ni dan selepastu sila sensasikan isi kandungan konsesi tersebut kepada umum.

3. tm sentiasa bersamamu sekali lagi menunjukkan kebodohannya. gambar ini menceritakan segalanya: http://picture.azuan.my/iklan-tm-paling-bahlul.JPG dipetik dari suratkhabar thestar jumaat 27/02/2009. sungguh "useful" langkah-langkah tersebut. :@)

seperti yang telah dikomen oleh user dalam topik ni: http://www.azuan.biz.tm/buku555/index.p ... 226-155104

ada ke error 678 disebabkan oleh client site? padahal budak kolej yang baru belajar subjek introduction to networking pun boleh faham apa beza local & remote.

error 691: camana pulak kalau username & password yang telah disimpan dalam dialer, samada PPPoE dialer ataupun dalam modem configuration tu sendiri. adake kebarangkalian bahawa password hash akan corrupt kejap dalamtu, sejam dua lepastu, tup tup boleh pulak login, sedangkan pengguna langsung tak usik username password tu. salah pengguna?

error 769: the SPECIFIED DESTINATION. destination adalah dari local ke remote, sebab nak establish connection, adalah dari local ke remote. bukannya dari remote ke local. jadi pekejadahnya itu sampaikan pengguna punya perkakasan pulak yang disalahkannya?

4. hujan mencurah-curah sejak beberapa hari ni kat tempat aku ni. semalam je hujan renyai lebih dari 6 jam tak henti-henti.

5. sejak beberapa hari lepas, aku menerima "portscan" dari IP yang apabila aku bukak pada browser, amatlah terkejut sekali, sebab dimiliki oleh e-media! berikut contoh beberapa "portscan" yang dibuat oleh orang dari tempat tersebut

[23/Feb/2009 01:22:45] Port Scan: protocol: TCP, source: 202.186.153.2, destination: 60.50.239.65, ports: 55811, 40472, 63001, 37915, 44880, 39774, 62589, 61351, 53706, 37096, ...
[23/Feb/2009 01:23:19] Port Scan: protocol: TCP, source: 202.186.153.2, destination: 60.50.239.65, ports: 40222, 57934, 40015, 62589, 41086, 46216, 42908, 51140, 54237, 63994, ...
[23/Feb/2009 01:24:04] Port Scan: protocol: TCP, source: 202.186.153.2, destination: 60.50.239.65, ports: 40222, 57934, 40015, 41086, 46216, 42908, 51140, 54237, 63994, 55803, ...
[23/Feb/2009 01:24:52] Port Scan: protocol: TCP, source: 202.186.153.2, destination: 60.50.239.65, ports: 37395, 40222, 57934, 40015, 41086, 46216, 42908, 51140, 54237, 63994, ...
[23/Feb/2009 01:25:54] Port Scan: protocol: TCP, source: 202.186.153.2, destination: 60.50.239.65, ports: 55811, 40472, 63001, 37915, 44880, 39774, 62589, 61351, 53706, 37096, ...
[23/Feb/2009 01:26:28] Port Scan: protocol: TCP, source: 202.186.153.2, destination: 60.50.239.65, ports: 40222, 57934, 40015, 41086, 46216, 42908, 51140, 54237, 63994, 55803, ...
[23/Feb/2009 01:27:15] Port Scan: protocol: TCP, source: 202.186.153.2, destination: 60.50.239.65, ports: 41224, 40972, 58163, 64835, 39508, 61543, 43625, 58229, 46539, 48118, ...
[23/Feb/2009 01:28:00] Port Scan: protocol: TCP, source: 202.186.153.2, destination: 60.50.239.65, ports: 41224, 40972, 58163, 64835, 39508, 61543, 58229, 46539, 61418, 48118, ...
[23/Feb/2009 01:28:48] Port Scan: protocol: TCP, source: 202.186.153.2, destination: 60.50.239.65, ports: 41224, 40972, 58163, 64835, 39508, 61543, 43625, 58229, 46539, 61418, ...
[23/Feb/2009 01:30:24] Port Scan: protocol: TCP, source: 202.186.153.2, destination: 60.50.239.65, ports: 41224, 40972, 58163, 64835, 58187, 39508, 61543, 43625, 46539, 48118, ...


dah takda keje ke kat sana? apa benda yang dia cuba main, aku pun tak paham. tu pada 23/02/2009, sebelum tu pun ada jugak. copy paste 202.186.153.2 tu kat browser anda, dan enter. dan tengok apa yang keluar. :O

6. harini aku YM seorang user yang perasan dirinya seorang "developer" sebuah lamanweb sementara. dia diberi tanggungjawab untuk menaikkan semula lamanweb asal tersebut, malangnya dia tetiba jadi jakun semacam, sampaikan terus mengeluarkan kenyataan bahawa ada pengguna dalam lamanweb tersebut menjadi punca kepada kejatuhan lamanweb tersebut. tak lama lepas menerima mesej dari aku melalui YM, topik tersebut hilang. mungkin itu caranya dia menerima "pendapat" aku, dimana sebelum tu dia "decode" pendapat aku sebagai caci & maki & kutuk dan segala jenis perkataan yang memberi ibujari ke bawah kepada dia. tinggi sungguh imaginasi dia. orang macamni bukan setakat patut diberi ibu jari ke bawah, tapi bagi jari hantu tegak dengan jari lain dikuncupkan. ntah dari ceruk mana datang, tiba-tiba keluarkan kenyataan macamtu. maka pada ketika itu, keluarlah cacing-cacing dan tikus dari lubang tanah untuk menunjukkan muka masing-masing, dimana selama ni mereka menyorok dalam lubang. apabila cacing dan tikus ini mula keluar dari lubangnya, aku menjadi semakin malas untuk ambil tahu hal lamanweb tersebut. cukuplah setakat apa yang ada. rugi bagi sumbangan kat orang macamni.

7. dalam bercakap macam burung kakak tua, aku sebenarnya setuju dengan kenyataan seorang manusia dalam parlimen tempohari yang mengatakan bahawa ketika ekonomi tengah tak cantik ni, sektor korporat seharusnya menjalankan tanggungjawab sosial masing-masing. tapi apa yang aku nampak, mereka masih lagi keparat dan sial.

8. ada orang cuba untuk DDoS lamanweb aku. kejadian ini dikesan sejak beberapa hari ni. adakah mereka dikalangan orang yang aku pernah kenal? ataupun telinga keluar asap apabila membaca coretan dalam lamanweb aku ni? jadi kepada tm sentiasa bersamamu, daripada anda bising pasal backbone anda dicekik oleh pengguna yang suka guna torrent, apa kata gunakan "system analyst" anda untuk menganalisa beberapa kejadian DDoS yang menggunakan infrastruktur anda. ni tak, bila slow je, bising cakap pengguna tak betul la, driver network card pengguna problem la. ops, sebelum tu nak bagitau tukang DDoS tu, gunakan beberapa bijik komputer dengan talian berasingan kalau nak buat keje tu. guna sebiji memang tak menjadi. kesan dia sikiiiiiiiiiiiiit sangat. :U
11 comments ( 49 views )   |  0 trackbacks   |  permalink   |  related link   |   ( 3.4 / 30 )

STOP BULLSHITTING 
Friday, February 27, 2009, 07:51 AM
hentikan memalitkan taik kerbau kepada pengguna!

ayat diatas ko takkan jumpa kat memana suratkhabar, ataupun sebutan dari pemberita tv. tapi ayat tu untuk syarikat pembekal ISP terulung di malaysia. kenapa?

dia cerita se-malaya bahawa talian internet di malaysia mengalami gangguan kerana talian internet antarabangsa mengalami selulit (dibaca sebagai kesulitan).

oklah, mereka menggalakkan "local content", dalam erti kata lain, kelajuan capaian yang diberi, kalau 1Mbps, maknanya capaian 1Mbps pada local site yang mampu menampung kelajuan sebegitu rupa. pendek kata, ko bukak lamanweb www.tm.com.my akan boleh dicapai dengan kelajuan sebegitu rupa, tapi ko cuma dapat kelajuan tak sampai 40% kalau buka lamanweb aol.com

sebab? sebab mereka menggalakkan local content.

yang sebenarnya? mereka membuat kenyataan palsu. "gateway" yang bermasalah adalah gateway yang digunakan oleh hampir 90% home user yang menggunakan "streamyx basic" yang boleh mencecah kelajuan 4Mbps yang berhubung melalui 1 tulang belakang (backbone). sekiranya international gateway tersebut bermasalah, samada mengalami stack overflow, clogged, bottle-neck dan apa-apa istilah untuk menggambarkan keperlahanan talian tersebut, kenapa tak reroute laluan tersebut kepada gateway yang digunakan oleh pengguna korporat yang melanggan litar suwa (leasedline)? oh ye, mereka bayar mahal, sedangkan home user bayar tak sampai 5% dari harga yang sektor korporat bayar sebulan.

apsal aku cakap macamtu? sebab aku telah memproksikan 1 sambungan yang menggunakan gateway superduper power ni, dan kelajuan langsung tak jatuh. kesimpulan dari eksperimen ini, majoriti pengguna internet malaysia yang berhubung dengan dunia luar menggunakan 1-2 gateway daripada 10-15 international gateway sedia ada. dan gateway untuk pengguna miskin bayar murah ni terlalu padat sehinggakan bila ada gangguan kat sambungan lain serata dunia, kesannya akan ditanggung oleh semua pengguna ini. sedangkan ada beberapa gateway yang tak berapa dipakai yang dibiarkan lapang dan dengan beban yang tak berapa banyak.

oleh itu, berentilah menabur taik kerbau dalam berita: "to our valuable customers... blablablabla". sekiranya anda benar ingin membantu pengguna supaya tak serabut kepala bila tengok download speed cuma setakat 3kBps yang lagi perlahan dari sambungan modem old school, reroute jela gateway yang tengah bermasalah tu kepada gateway lain yang berkapasiti besar yang dinikmati oleh pengguna litar suwa tu. bukannya kitorang nak pakai sampai setahun pun, cukup sekadar untuk sementara talian yang sedia ada tu tengah "bermasalah" tu. :Y

akhir kata, aku nak berkongsi luahan isi hati aku yang aku taip apabila help@tm.com.my membalas komplen yang aku buat beberapa hari yang lalu :E
Read More...
5 comments ( 42 views )   |  0 trackbacks   |  permalink   |  related link   |   ( 3.3 / 26 )


Next Back