SELAMAT TINGGAL 300G 
Sunday, February 24, 2008, 01:10 AM
ya. selamat tinggal kepada modem adsl d-link 300G aku tu. tanggal 16 februari 2008 bersamaan hari sabtu, modem adsl yang aku dah guna semenjak 15 september 2003 dulu akhirnya rosak. sebenarnya tak rosak, tapi dia amik masa yang saaaaaaaaaangat lama untuk established connection.



1.3.3.1 adalah internal IP untuk modem tu, dimana 1.3.3.7 adalah internal IP komputer aku. 1337? ohkohkhokhokohkhokohkohk ;B cuba tengok ping reply dari modem tu, sampai beribu-ribu miliseken. atau dalam bahasa lain cecah sampai 4 saat untuk dia reply balik. maksudnya, modem itu memberitahu kepada tuannya bahawa dia dah nak mati. dan tengok berapa lama dia nak "handshake" dengan dsl signal dari DSLAM terdekat. dalam keadaan modem normal, sebaik sahaja ko cucuk wayar telefon dan on modem dia amik masa tak sampai 20 saat untuk "handshake". yang ni amik masa dekat nak 5 minit. jadi bagi memastikan bahawa aku tak terputus hubungan dengan rangkaian dunia, maka keesokan harinya memandangkan kengkawan aku nak pegi carik seluar dengan baju kat carrefour wangsa maju, maka aku suruh diorang singgah ke lowyat kejap untuk sambar modem baru. D-Link DSL-2540T 4-port ADSL router with 2/2+ ADSL support namanya. dengan harga RM 125.00 yang tentunya murah RM20 berbanding yang dijual kat seremban, aku pun bawak balik dan terus pasang kat rumah. kengkawan aku tu pegi sampai ke carrefour wangsa maju tu sebab nak cari seluar yang murah RM90 berbanding harga di seremban. jadi kalau dah sorang sambar 2-3 helai, dan yang beli pulak ada 2 orang (tak termasuk aku, sebab aku tak beli), maka berbaloi la diorang ke sana, isi minyak, bayar tol. dan aku tumpang semangkuk sekali untuk beli modem baru kat plaza lowyat. dan sekarang sudah seminggu lebih aku berhubung dengan dunia internet menggunakan modem baru ni. modem ni ada built-in router dan firewall, tapi aku tak guna pun fungsi tu, sebab aku lagi selesa menggunakan "bridging mode", atau dalam bahasa yang mudah difahami, connect menggunakan dialer, bukannya dial menggunakan modem-router tu. dan mari kita lihat berapa lama pulak jangkahayat modem ni, dimana modem lama aku ni bertahan selama hampir 4 tahun 5 bulan. ingatkan boleh la cecah 5 tahun. hokhokohkhokohkohkoh. tapi ok apo, ada ke yang kat luar tu penah pakai modem adsl lebih dari 4 tahun tanpa rosak? 3 tahun? 2 tahun?. kawan aku sendiri pakai modem model yang sama tak sampai 1 tahun setengah, sebab dia tak reti guna lightning protector, surge protector dan sebagainya. hokhokohkohkohkohkohkho :D

ada beberapa orang cakap, punca modem aku rosak tu sebab aku bubuh ashtray rokok atas dia:



tapi bagi aku bukan tu puncanya. modem jenis ni agaknya disebabkan baru di pasaran, jadi dia cepat panas. berbanding dengan model 2540T ni aku rasa tak berapa panas berbanding dengan 300G tu. kalau goreng telur atas dia pun rasa boleh masak. jadi tujuan aku letak ashtray tu untuk "menyerap haba" dari modem tu. ohkohkohkohkohkohkohkho. gambar ni diambil sekitar pertengahan tahun 2005. (nota: sila abaikan gambar botol eno tu. hokhohkhokohkhkohk)

pastu ada kawan aku tanya, apsal takmo amik model 2640T yang ada tambahan fungsi "wireless". sebab yang pertama, aku lagi suka cara tradisional, sambungan guna wayar UTP. yang keduanya, aku bawak duit tak banyak, cukup untuk beli modem, makan nasik beriyani kambing dengan fresh orange kat "laksa shack", dan beli donat kat "J-CO". termasuk dengan modem tu semua dah cekik duit aku lebih dari RM150.00 dan sempena dengan istilah "pertengahan bulan", dan dari awal bulan aku dah simpan beberapa ratus untuk duit yuran, maka tak dapat la aku berbelanja mewah untuk beli adsl router+wireless tu. tapi ok apo, sebab model 2540T ni ada 4 ethernet port, jadi tak perlu la aku uplink ke switch lain, macam yang aku buat kat modem 300G aku ni supaya dapat share dengan komputer lain. dan yang ketiganya, peralatan komputer aku kat rumah ni takda wireless card, jadi buat apo susah2 nak pakai wireless. notebook kengkawan yang nak tumpang network? kembali kepada sebab pertama, aku suka cara tradisional. ohkhokohkhokohk :D

dengar ceritanya microsoft nak menghentikan support untuk windows XP. dalam erti kata lain, mereka akan hentikan penjualan. yang ni tak jadi masalah sebenarnya sebab tokey lanun kat luar, lamanweb torrent kan ada? :N dan aku tak pernah sekalipun install windows XP original dalam komputer aku ni :T malah sekarang aku bukan pakai windows XP pun, tapi windows server 2003. tapi yang jadi hal apabila microsoft hentikan "support" untuk windows XP. dalam erti kata lain, takda lagi service pack, takda lagi security patch. sama macam versi windows 2000 yang terdahulu, microsoft dahpun hentikan support kepada windows versi tersebut. takda lagi dah serice pack dikeluarkan. puncanya, sebab diorang nak mempopularkan dan melariskan penjualan windows vista. sejenis sistem pengoperasian berwarna-warni.



ini adalah desktop windows vista yang aku pakai kat komputer di pejabat. jangan harap la aku pakai vista kat komputer aku kat rumah ni. memang macam kura-kura la (itupun kalau boleh install). hokohkohkohkohkohkohokohk. abaikan kalendar kat desktop tu, sebab tu bukan ciri-ciri dalam "aero" tapi aku install "active desktop calendar", kira macam diari la, untuk aku bubuh task dalam keje seharian. dan yang sebelah kanan tu pulak reminder yang terdapat dalam fungsi active desktop calendar tu. yang belah kiri tu baru vista punya. widget apa ntah nama dia. dan bagi menjadikan desktop tu berwarna-warni, pernah sekali aku tengok "available physical memory" aku tinggal kosong. ya, tinggal 0. gila mentekedarah RAM. tapi tak heran la sebab aku guna "aero", dengan "flying desktop" dia lagi. memang tak cukup 1GB RAM tu, tak kira la walaupun aku pakai dual core processor sekalipun.



pepagi bila aku sampai ke pejabat, aku buat senaman minda. dengan bermain chess. ohkhokohkohkohkohkohkho. haritu memang nasib aku baik sebab dapat "check-mate" dengan cara yang paling hensem sekali.
10 comments ( 37 views )   |  0 trackbacks   |  permalink   |  related link   |   ( 3.2 / 36 )

LIMAU DAN TIKUS 
Thursday, February 7, 2008, 10:02 PM
limau adalah kemestian bagi kaum cina setiap kali menyambut tahun baru cina mereka. dan pada zaman sekarang ni, semua bangsa termasuk india dan melayu turut sama memakan limau setiap kali musim lambakan limau. sejak 2-3 hari ni perut aku mengandungi asid yang lebih kesan dari terlalu banyak makan limau. pegi pejabat ada limau, balik rumah ada limau, duduk kat kedai mamak pun, mamak tu kasi limau secara percuma. hohkohkohkokhohkokh :D

tikus? aku pun tak pasti sangat apa maksud-maksud jenis binatang yang ada pada setiap tahun ni. kiranya tahun 2008 ni adalah tahun tikus. agaknya memang sesuai la kot memandangkan sejak akhir ni aku banyak tengok tikus berkeliaran, samada kat pejabat aku sendiri ada seko tikus mondok sesat kat celah rak fail, kat kedai makan di tengah bandar ada tikus-tikus berlari-lari dalam talang air (saluran air hujan). agaknya tikus-tikus ni tau bahawa tahun ini adalah tahun mereka :O

dikesempatan ini aku ingin mengucapkan salam tahun baru cina kepada semua bangsa cina tak kira dimana jua anda berada. walaupun aku cuti selama 4 hari bermula dari harini sampai hari ahad ni, tapi aku dahpun mati akal taktau apa benda nak buat. nak baca buku takda mood, main game dah muak, nak tengok movie takda cerita yang best. dengan cuaca yang sejak dari kelmarin panas terik di siang hari ni menyebabkan aku tak selera nak keluar berjalan kat luar. assignment tak buat apa lagi ni, tapi masih takda mood. sebab aku terpengaruh dengan budaya penyakit pelajar universiti yang lain, "last minute work". hokhokohkohkohkohkohko :Z

akhir kata, selamat makan limau, baling kulit limau dan sebagainya, tapi ingat, jangan cuti lelama nanti aku takda tempat nak membeli belah, beli barangan keperluan harian. iyelah, kan anda claim anda bangsa yang membawa kemajuan dalam tanah melayu ni kan kan kan? jadi jangan la cuti lelama sangat, nanti "ekonomi malaysia" tak berkembang. okhokhkohkohkoho :S
3 comments ( 13 views )   |  0 trackbacks   |  permalink   |  related link   |   ( 3 / 41 )


Next Back