AIK? TAKKAN SUDAH GOYANG? 
Tuesday, January 26, 2010, 07:10 AM
isu terhangat tanah air sempena awal tahun 2010:

salah seorang blogger yang kononnya "lantang" & "berani" bakal ditangkap / didakwa kerana menghina jenazah. kita tak perlu guna terma: menghina sultan. mana-mana manusia yang telah mati tidak boleh dihina. tak boleh dicaci dengan perkataan PADAN MUKA KAU MATI!

nampaknya mamat tu tak belajar dari kisah seorang manusia yang memaki hamun sultan perak di guestbook sultan tahun lepas. aku tak faham la diorang ni. ingat ni tahun 1995 ke, aktiviti manusia di alam siber takboleh dikesan di dunia nyata? sedangkan si bodoh yang guna facebook untuk "buat lawak" pasal lontar bom dalam gereja tu pun dah kena tangkap. yang sebenarnya anda semua ni bangang. anda dedahkan maklumat diri anda secara sedar atau tak sedar. contoh di facebook tu, anda mungkin telah dedahkan gambar anda & nama betul anda, atau lagi malang, nombor telefon, atau alamat rumah. dan anda mungkin tidak tahu bahawa pihak berkuasa malaysia boleh memohon kepada pentadbir facebook untuk mendapatkan IP address pengguna yang mempunyai akaun dalam facebook. kalau yang kes guestbook sultan perak tu, si bodoh tu memang terang-terangan bodoh pasal pegi hantar komen ke guestbook tu dari komputer sendiri, dan dari rumah sendiri. seperti yang aku pernah nyatakan dulu, anda tidak perlu jadi celik IT untuk menggunakan internet, tapi anda perlu celik IT tahap "expert" kalau nak buat jahat dalam dunia internet ;)

bagi tak tidak mengetahui berkenaan blogger yang popular sampai keluar berita tu, boleh click di sini: http://adukataruna.blogspot.com/2010/01 ... akyat.html

dan di sini: http://www.malaysiakini.com/news/122836

takkan sudah goyang? hokhohokohkohkohkohkooh. tengok posting2 yang lepas, kemain hebat dia. nampak seperti hero jalanan. bila kena gegar sikit sampai keluar berita, sudah goyang & padam topik tu? rilek la, ko kan fanatik puak pembangkang. tak perlu risau, nanti pemimpin yang ko puja akan bela ko. akan hantar skuad peguam paling handal untuk ko. takyah risau la brader.

kita sedia maklum bahawa puak-puak ni semuanya bijak & celik IT. pendek kata, majoritinya ada BLOG. ada website sendiri. ada forum sendiri. malangnya bukan semuanya mempunyai akal yang cerdik. ada yang sekadar terikut-ikut. ada yang sekadar berani cakap. kebanyakannya jenis senang dipengaruh, atau asalnya seekor kutu yang takda pendirian dan jiwa suka memberontak. bila ada kes macamni, terus join semangkuk. bayangkan la mereka ni semua berusia 20an, 30an dan sebagainya, dan pernah ada 1 cadangan supaya had minimum umur layak mengundi diturunkan ke 18 tahun. mau mati? :D

pendek kata, kalau nak hina orang tu, hinalah dia semasa dia masih hidup. tak kirala orang tu mempunyai dosa sebesar gunung kat dunia ni, kalau ko maki dia, ko mintak maaf, dia maafkan ko, ko dahpun dimaafkan. tapi mencaci orang yang dah mati? takkan ustaz dari kalangan idola ko tak ajar benda macamni? dia lagi suruh ko carut orang yang dah mati ke? :#

berkait dengan cerita pasal "hina menghina" ni, aku sebenarnya pelik:

2 tahun lepas, kita pernah digemparkan dengan isu seekor budak sepet berstatus warganegara malaysia yang belajar di luar negara telah menghina negara, lagu kebangsaan, pasukan keselamatan dan sebagainya melalui lagunya yang telah disiarkan dalam youtube. kisah beruk sepet ni boleh dibaca DI SINI.

tak silap aku si beruk ni masa dia balik ke sini, takpun ditangkap oleh polis, sebaliknya dikerumuni oleh wartawan seolah-olah seperti wira negara. tak silap aku polis pernah keluarkan kenyataan bahawa dia ni akan ditangkap dan ditahan atas kesalahan penghinaan terhadap negara. jadi apa cerita ni? takkan sejuk hati? ataupun tutup sebelah mata? hangat-hangat tahi ayam? dan baru-baru ni jugak dia buat lagi 1 videoklip, tak silap masa dia di pejabat tenaga nasional berhad, komplen pasal bekalan elektrik.

agaknya dia ni dah diiktiraf sebagai artis dan penggiat seni tanah air kut. pasal tu tak kena tangkap & dakwa agaknya. :#

kalau macamni la gayanya, akan berterusanlah budaya menghina negara dan pemimpin di dunia internet yang dilakukan sendiri oleh rakyatnya. takkan orang melayu menghina sultan, terus ditangkap, tapi cina sepet hina lagu negaraku & negara secara amnya, tak ditangkap, sebaliknya hanya ditahan, diambil keterangan, dibebaskan dan lepas tu dikerumuni wartawan seperti seorang hero negara? pelik sungguh. :@)
14 comments ( 40 views )   |  0 trackbacks   |  permalink   |  related link   |   ( 4.8 / 6 )

PANAS, HUJAN, PANAS, HUJAN 
Monday, January 25, 2010, 12:46 AM
ya, sejak 2-3 minggu ni, senang cerita dalam bulan 1 2010 ni, cuaca siang dia, panas, hujan, pastu panas, pastu hujan renyai2 sikit, pastu panas balik. pendek kata hujan yang turun tu tak mampu untuk hilangkan bahang kat dinding rumah ni ha. kalau tak hujan pun, tengahari panas terik, bila dah masuk petang, datang awan gelap bagi redup & mendung.

aku takda sebarang aktiviti luar nak dibuat pada siang hari sepanjang cuti 2 hari ni. jadi melepak depan pc habiskan melayan cerita yang aku tak sempat nak tengok yang berada dalam pc ni. pastu cari idea sikit untuk buat projek akhir tahun. ya tuan tuan dan puan puan. pejam celik pejam, dahpun sampai ke penghujung semester/tahun. semua subjek dah khatam, tinggal buat projek akhir tahun. projek IT ni aku kena cari 1 topik, biasanya pembangunan sistem la. masalahnya kat sini, aku langsung takda idea. kalau ada pun, 100% berasaskan rangkaian. dalam projek ni takleh 100% rangkaian sebab perlu ada perisian, pengaturcaraan(ni yang den lomah ni). pendek kata sistem yang ada interaksi antara pengguna & sistem. ada perisian dan perkakasan. kepada anda semua yang berada di luar tu, silalah bagi idea & pendapat anda berkenaan projek apa yang aku bleh buat ye? :W

10 tahun lepas, korang takkan tengok sesuatu aplikasi mencekik & menggunakan memori sebanyak itu. kalau terjadi sekali pun, komputer jadi berat, sudahnya sangkut(hang). dan lepas tu mula lah keluar skrin warna biru, atau ko kena tekan reset button. hokhohokhokohkohkohkhok :D
zaman sekarang ni, memori (RAM) dijual dengan skala yang besar, dan harga pun murah. jadi sistem operasi terkini pun mencekik memori secara tak sedar diri. dan aplikasi lain pun turut tumpang semangkuk untuk menggunakan memory semaksimum yang mungkin.

oh ye, negara kita masih lagi belum reda dengan tragedi baling macam-macam benda ke dalam rumah ibadat, tak kira la masjid ke gereja ke kuil ke, tokong ke. sebenarnya mana-mana negara yang mempunyai kepadatan penduduk yang bercampur bangsa dan agama, benda macamni memang biasa berlaku. tak payah la anda tipu bahawa negara anda berbilang kaum majmuk hidup saling tolong menolong faham memahami toleransi dan apa saja ayat manis yang digunakan untuk menggambarkan negara itu aman tanpa sebarang konflik disebabkan perbezaan agama bangsa dan budaya. :?

pokok pangkalnya kat sini semua kat pemimpin. kalau pemimpin sendiri mengamalkan budaya berpuak-puak, mengajar buat rusuhan, tunjuk perasaan, mengajar budaya membenci, fitnah dan sebagainya, memang takboleh buat apa la. tak perlu mengajar rakyat untuk hidup aman harmoni, kalau anda sendiri hidup berpuak-puak berperang sesama parti lawan.

seperti yang aku telah nyatakan tempohari, keputusan hakim yang membenarkan majalah kristian menggunakan perkataan Allah tu adalah satu kesilapan BESAR. tapi dalam masa yang sama, budaya membaling bom petrol dan sebagainya ke dalam gereja pun adalah satu kesilapan BESAR. nabi tak ajar orang Islam untuk memusnahkan rumah ibadat orang lain.

jadi untuk mengelakkan benda macam ni dari berulang, rasanya pihak pentadbiran rumah ibadat seharusnya menempatkan pengawal keselamatan di rumah ibadat masing2. ataupun CCTV atau apa saja mekanisma yang boleh dipakai bagi menjamin keselamatan rumah ibadat. tengok saja la berapa kali masjid diletakkan kepala babi, berapa kali rumah ibadat lain dibaling sampah? :S

jadi untuk mengakhiri topik kali ni, aku nak bubuh 1 gambar selingan:
tengok penggunaan teras pemproses sampai 100% untuk membuat model lilin yang apinya menyala dan berkibar2. itupun dekat nak 4 jam baru siap render. bayangkan camana dan berapa lama model transformers dalam filem tu disiapkan :U
6 comments ( 15 views )   |  0 trackbacks   |  permalink   |  related link   |   ( 5 / 5 )


Next Back