Friday, January 2, 2009, 03:58 AM
yaa... anda semua bangun tengahari ka harini? macam biasala, bila sampai je tahun baru, seperti yang sudah-sudah, yang biasa kedengaran adalah:
APAKAH AZAM ANDA TAHUN INI?
sedangkan azam anda tahun lepas takda pulak terbuat. tu 1 perkara, yang 1 lagi, kenapa nak tunggu masuk tahun baru, tak kira la Masihi ke, Hijrah ke, baru nak buat azam? kenapa tak on-the-spot je masa ko terniat tu untuk buat? aku bagi contoh, anda seorang perokok tegar, sehari hisap 1 1/2 kotak besar berisi 20 batang, pastu anda cakap pada 2 Disember tahun lalu yang anda ingin berhenti merokok pada tahun hadapan. kenapa tak buat pada masa tu jugak? kenapa kena ikut "trend" minah-minah gedik yang suka buat azam tahun baru? sorry to say, tapi anda nampak terlalu mengada-ngada dan gedik bila memasang azam tahun baru. kalau niat yang baik sepatutnya takpayah tunggu tahun baru, buat je secepat mungkin bila ko dah tergerak untuk buat macamtu.
kalau bukak suratkhabar utusan dan berita harian harini, PTPTN menawarkan bayaran bulanan minimum serendah RM50 kepada si peminjam untuk meringankan beban kewangan mereka. bagi aku la, untuk meringankan beban mereka adalah menawarkan pinjaman pelajaran sebijik macam MARA, iaitu tiada langsung apa yang dipanggil kadar keuntungan oleh pakar kewangan, kadar faedah oleh orang kebanyakan, dan dipanggil sebagai riba' oleh sesetengah orang. dan menawarkan potongan pembayaran semula, untuk menggalakkan pelajar berlumba-lumba mendapatkan keputusan cemerlang. anda sebagai badan berkanun awam yang mendapat dana dari perbendaharaan, takkan la dengan mencekik seseorang pelajar beberapa peratus daripada bayaran bulanan seseorang pelajar tu menyebabkan anda menjadi sebuah jabatan yang efisyen dalam mengutip hasil? sedangkan pinjaman mara yang tiada kadar faedah tu pun ramai liat nak bayar, inikan pulak yang bersifat "keuntungan" macamni?
jadi sempena tahun baru Masihi dan Hijrah ni, kepada lelaki diluar sana yang teringin nak beristeri lebih dari 1, sila baca artikel ini yang diambil dari harian metro:
http://www.hmetro.com.my/Current_News/m ... ndexp_html
memang la dalam undang-undang Islam tak mewajibkan sang suami memohon izin daripada isteri, dan dijanjikan balasan setimpal kepada isteri yang mengizinkan suaminya. undang-undang syariah malaysia je yang menetapkan macamtu, untuk menjaga kebajikan semua. tapi sebenarnya aku nak sentuh kat sini adalah:
apa perasaan anda sebagai suami andaikata kuasa poligami tu diberi kepada perempuan? andaikata perempuan boleh bersuami dua, apa yang anda rasa? rasa terpinggir? rasa tersisih? rasa itu dan ini? kalau ada perasaan macamtu, maka itulah dia rasa kebanyakan si isteri apabila mendengar si suami ingin berkahwin lagi. aku dengar benda ni dari 1 ceramah agama dulu. aku suka point yang diberikan oleh ustaz tu pasal "konsep berpoligami" tu.
akhir kata, semoga anda mengharungi dugaan dan rintangan tahun ini dengan tabah. yelah, dijangka tahun ni ekonomi dunia akan meleset. silap-silap akan banyak perniagaan yang bungkus. bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. jadi kepada pembangkang diluar sana, daripada tak abis-abis memekak kat parlimen tu membantah itu dan ini, cubalah rasional sikit apabila membangkang. biarlah jadi pembangkang yang membina, bukan menjatuhkan. udah-udah la tu (ni bukan ditujukan kepada pembangkang saja, sama juga pada pihak pencadang) bertekak, mencarut, maki hamun kat parlimen tu. tahun baru ni bebawak la jadi matang sikit. budak sekolah pun gelak tengok aksi anda kat situ. menjerit-jerit macam beruk mat yeh.




( 3.2 / 19 )
Thursday, January 1, 2009, 01:52 AM
gilala... kejap sungguh rasanya tahun 2008 ni. rasanya aku masih boleh ingat lagi kejadian yang berlaku pada 1 januari 2008 haritu. ohkhkohkokhokhokhokhokhokohkoh. dan aku rasa aku boleh ingat lagi artikel yang aku taip pada disember 2007 tu.adakah putaran bumi pada paksinya dah semakin laju? ataupun kehidupan semakin laju disebabkan masa seharian boleh dipenuhkan dengan memacam jenis aktiviti? aku rasa jawapan yang kedua ni sesuai, sebab kalau bumi berpusing makin laju, aku tak nampak pulak waktu menjadi lagi cepat dari 24jam dan 365.25 hari dalam setahun. masih sama, cuma yela, kalau nak diikutkan aktiviti aku seharian, bangun pagi pegi keje, tung tang tung tang, petang balik, pastu samada aku pegi bersukan, pegi berlari ataupun berbaring (dalam bahasa lain, tido. ohkohkohkohohkohkohkokh) jadi masa seharian tu dah makin pendek. pastu malam pulak kalau tak layan tv, keluar lepak dengan kawan-kawan, ataupun layan cerita yang aku download dari internet. sama jugak bila hari cuti, hari siangnya tu aku keluar pegi jalan-jalan takpun tercongok depan pc samada tengok cerita yang aku download dari internet, atau melayari internet, ataupun buat sesuatu menggunakan komputer aku ni, ataupun main game.
jadi itu pasalla masa dalam tahun 2008 ni begitu cepat berlalu untuk diri aku. esok dahpun bermula 1 januari 2009. dan benda yang sama akan berulang, dia bergerak dan akhirnya sampai ke 31 disember 2009, insyaAllah kalau diizinkan Allah. sepanjang tahun 2008 ni pun memacam benda yang berlaku, baik dan buruk. dan senario politik tanah air kita juga amatlah pelik sekali pada tahun ini. dan seperti tahun lepas, 2 puak: 1 warna hitam, 1 warna kuning, memang tak habis-habis dengan agenda pelik mereka membanjiri jalan untuk buat huru hara. aku takmo ulas kisah-kisah yang dah berlaku sepanjang 2008 ni pasal esok korang beli suratkhabar, akan ada ulasan kisah-kisah sepanjang 2008.
dan seperti biasa juga setiap kali menjelang tahun baru, maka berpestalah orang-orang kita di taman KLCC, dataran merdeka dan beberapa tempat lagi yang disediakan benda untuk berhibur. pandai-pandaila anda semua terutama yang beragama islam untuk menjaga diri anda. kita baru sahaja menyambut tahun baru islam beberapa hari 2 hari yang lepas.
al-fatihah kepada almarhum tuanku jaafar, yang dipertuan besar negeri sembilan atas kemangkatan banginda. semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.
takmo cerita panjang lebar, aku tutup coretan untuk tahun 2008 ini dengan ucapan salam tahun baru 2008 Masihi dan salam tahun baru islam 1430 Hijrah.
Next Back
Archives

