Saturday, January 26, 2008, 11:54 PM
amenda yang dua sekali? iaitu perbuatan melakukan 2 perkara dalam masa yang sama. takda la dalam masa yang sama, tapi kira dalam hari yang sama la. aku tengok wayang malam tadi. 2 wayang sekaligus. memula tengok filem CUCI, buatan malaysia. lepastu tengok filem RAMBO. bak kata kawan aku, "rambo ni hero aku masa kekecik dulu". ohkhkohkohkohkohkokh CUCI mengisahkan 4 orang budak yang membesar bersama, bila dah besar keje jadi tukang cuci bangunan. dan impian diorang adalah untuk cuci bangunan KLCC. kira konsep jalan cerita dia adalah sebagai hiburan semata-mata. itu ampat orang kalau berlakon sejak 2-3 menjak ni memang asyik buat cerita lawak bangang je. lagipun bila lagi nak tengok awie berlakon watak lawak? kalau dulu-dulu watak dia lebih kepada hero, kira nampak ganas. tapi sejak dari filem lawak bangang zombie kampung pisang dan seterusnya, dia punya watak ada sikit berubah, keluar dari karakter sebenar dia. dan filem kalini juga macam sebelum ni menggabungkan 2 orang, awie dan hans isaac yang diketahui umum sudahpun "merasa" erra fazira. hokhokohkohkhkh
filem rambo kalini bertempat kat sempadan thailand burma. atau myanmar nama sekarang dia. zaman aku bebudak dulu nama dia still burma lagi. cerita ni memang ditunggu pasal rambo III dulu berakhir tahun 1988. sekarang dahpun 2008. kira 20 tahun lamanya. zaman aku bebudak dulu memang dahpun diperkenalkan dengan watak rambo. dan seperti stereotaip filem amerika yang lain, diorang memang nak menonjolkan imej amerika itu sebagai terkuat dari segala aspek, bagus dari itu dan ini. sekurang-kurangnya mereka memang telah membuktikan konsep tu pun walaupun dengan propaganda filem. john rambo hidup kat thailand bertahun lamanya, keje jadi seorang penangkap ular. satu hari dia didatangi oleh satu kumpulan "amnesty", kira pertubuhan hak asasi manusia yang nak menyeberang sempadan myanmar untuk tolong sekumpulan orang myanmar di sebuah kampung yang hidup dalam ketakutan, kemiskinan sebab satu dunia sedia maklum, myanmar adalah sebuah negara kuku besi tentera. memana negara kat dunia ni kalau kerajaan dia adalah tentera, maka mereka anda hidup dengan undang-undang perang. di myanmar hak anda sebagai manusia biasa memang takda langsung, setiap hari ada je yang mati kena bunuh dan sebagainya. bila aku tengok filem ni, aku teringat pada filem 10 tahun lepas, saving private ryan. filem ni dulu tak pernah lepas untuk ditayangkan di pawagam malaysia, mungkin sebab masa tu diorang memang menggunapakai habis peraturan yang diorang cipta waktu tu, taknak menyiarkan sebarang tayangan berunsur terlalu ganas, seram, seks dan sebagainya. dalam filem rambo kalini memang banyak kesan khas digunakan. meletup sana sini, tangan tercabut, badan berkecai, kepala bersepai dan sebagainya. sebabtu aku cakap aku samakan filem ni macam saving private ryan. tapi selepas 10 tahun, filem macamni boleh ditayangkan kat pawagam pulak. agaknya Lembaga Penapis Filem rasa malas nak sekat atau potong2 filem ni disebabkan rambo adalah watak hero kepada kanak-kanak 80an. hokhokhokhokhokhohk.
kesimpulannya, rambo kalini agak slow, yelah dia pun dah tua. agaknya dia sendiri pun surrender bila disuruh beraksi lasak macam 20 tahun lepas. tapi pepahal pun filem malam tadi tak seharusnya ditonton oleh kekanak rebina yang berumur dibawah 18 tahun.
sekian berita




( 3.1 / 21 )
Monday, January 21, 2008, 07:59 AM
wil wil..... wil wil..... wil wil.... hokhokohkhokohkohkhokhokhokho maka sukalah mereka itu kerana akhirnya selangor dan wilayah persekutuan dapat cuti umum sempena dengan hari thaipusam (dibaca sebagai taikpusam sekiranya anda seorang yang racist)
tadi keluar jugak satu berita sensasi bahawa mahasiswa-mahasiswi kita berhajat untuk menubuhkan sebuah parti politik untuk masuk bertanding atas tiket bebas. ohkohohkohohkokohk. adik-adik sekalian. anda telah diberi peluang untuk menjalankan pilihanraya kampus dan menjadi pemimpin dikalangan anda. jadi kenapa kepingin sangat nak masuk bertanding untuk jadi ahli politik? mak dengan ayah hantar masuk universiti untuk apa? nanti kalau aku cakap bebudak ni masuk universiti pakai duit kerajaan, ramai melenting sebab diorang akan cakap "kitorang masuk universiti swasta, mana ada pakai duit kerajaan". takpun mana yang masuk universiti awam pulak, diorang akan cakap "kami guna duit rakyat!" (istilah tipikal yang selalu digunakan oleh puak-puak nun di sana tu, dah jadi macam motto pulak). kalau macamtu aku sebagai seorang rakyat mengharamkan duit aku tu digunakan oleh bebudak macam ni. amacam, boleh?
aku taknak ulas kenyataan bebudak yang jadi perwakilan pelajar tu, yang jadi presiden yang bagi kenyataan kat tv tu. yelah, nanti anda semua akan cakap "biasala berita tv3, amik statement yang minoriti yang tak menyokong kitorang". hokhokhokhokhokhok
cukup la buat kelakar. tahun 2008 ni aku ingat takda lagi la benda pepelik yang berlaku dalam malaysia ni. cukup la dengan tahun lepas yang banyak sekali isu-isu sensasi. naik letih dah aku gelak.
bila korang start guna email? aku start guna email pada tahun 1998:
itu adalah "account summary" aku. jadi genap 6 julai tahun ni, maka cukup la 10 tahun aku guna hotmail. hotmail adalah email pertama aku sejak aku memula kenal dengan dunia internet. masa ada email tu, dengan budak sekelas pun hantar email. hokhokohkohkohkohh. tak masuk akal betul. tapi dengan email tu mengubah memacam jenis cara hidup. tak pakai lagi dah surat cinta. pakai email cinta je terus. hokhokohkohk
cepat sungguh 10 tahun berlalu. 10 tahun lepas pada hari yang sama, aku tengah jual burger tepi jalan, tolong sorang brader tu yang dipanggil "joe", sementara menunggu keputusan sijil pelajaran malaysia. dapat RM 25 sehari. kira ok la tu lepas duit rokok dan sebagainya. hokhokhokhokhokho. 10 tahun lepas, dunhill 20 masih lagi RM 3.60, minyak masih lagi RM 1.19 sen seliter.
Next Back
Archives

