Tuesday, January 30, 2007, 03:13 PM
apahal dengan lapan sampai 4 kali? tengok gambar di bawah:gambar tu adalah satu perisian yang berfungsi memaparkan jangkahayat sesebuah cakera keras. aku tak pasti camana dia kira, tapi yang aku paham, bila bermulanya kitar pusingan sesebuah hdd, waktu tula dah dikira sebagai "work time". mungkin software tu baca dari chip pada hdd tu. tapi yang nyatanya memang kiraan dia tepat sebab aku beli hdd tu awal januari tahun lepas. dan sampai sekarang pada jam 8 malam tadi, dia telah beroperasi selama 8888 jam penggunaan. setiap minit dia berputar selaju 7200 pusingan. jadi korang kira la sendiri berapa kali hdd aku dah berputar sampai sekarang. hokhokhokohkohohk. nak kasik korang senang mengira, 7200 x 60 x 8888. ya tuan tuan dan puan puan sekalian. sebanyak 3839616000 kali dia berputar setakat ni.
suhu yang korang tengok tu memang maintain sebab hdd tu depan dia ada kipas besar gedabak. 5x5 inci. paling tinggi aku penah tengok suhu dia cecah 42 sebab waktu tu cuaca kat luar panas terik. dan penah pegi sampai 34 darjah sebab waktu tu hujan kemain lebat dipagi hari. hokhokohkhokhok.
bagi korang yang BUTA IT diluar sana tu, jangan risau sebab software ni bukan wajib berada dalam komputer korang, tapi percayalah, korang boleh buat jangkaan sendiri setakat mana harddisk korang boleh bertahan, dan keadaan hdd korang pada masa ni. bagi aku, aku guna software ni sebab nak tengok berapa lama hdd aku sudah beroperasi sejak memulakan pusingan pertamanya.
cuaca sekarang memang tak menentu, sejak sehari dua ni panas terik sikit. bila petang, angin kuat tapi langit masih lagi cerah. 2 minggu lepas, isnin sampai rabu panas terik, masuk je khamis hujan lebat sampai ke pagi. memang pelik betul cuaca sekarang. salji turun di tempat yang tak pernah turun salji. jadi sama-sama la kita tunggu saat dimana padang pasir arab tumbuh rumput hijau macam yang korang pernah nampak kat malaysia.




( 3 / 46 )
Monday, January 1, 2007, 04:22 PM
hokohkohkhokohkho, bulan 12 dengan awal bulan ni takda entry ye? pasal aku dah bosan. ataupun aku sebenarnya dah malas. bak kata pepatah, kekadang kita langsung tak memperdulikan benda yang berada dekat dengan diri kita, sama la macam web ni, dekat je, dalam komputer aku ni sendiri. pasal aku hari hari pakai komputer ni. tapi tak pernah tengok sangat pun. cuma ramai pelawat dari luar yang tengok website aku ni ha. jutaan terima kasih kepada anda semua yang sudi melawat website aku ni walaupun kekadang takda apa pun. sebenarnya banyak benda dalam pc aku ni, software, tvseries macam smallville, lost, dan beribu ribu mp3. malah korang boleh tengok list file tersebut kat menu yang aku sediakan kat "link" tu tapi cuma tengok senarai jela ye, nak download tak dapek do! hokhokokhokhokhbulan ni ada 2 jenis tahun baru, iaitu tahun baru 2007 dan juga tahun baru Islam 1428. cuba korang test tanya bebudak zaman sekarang, terutama yang berpeleseran kat tepi jalan tu, tahun islam yang ke berapa, mesti diorang garu kepala korek telinga dok pikir tahun berapa ye. tapi tulah kenyataannya.
sekarang cuaca dah tak menentu. sekalung tahniah dan syabas kepada manusia-manusia yang rakus dalam menggondolkan bukit, hutan, bakar itu dan ini, serta melepaskan gas itu dan ini. tak lupa juga yang berperang, letup bom sini sana. itu semua punca utama kepada perubahan cuaca dunia, perubahan suhu dunia. sejak dari bulan 10 tahun lepas sampai harini cuaca di malaysia memang tak menentu, kekadang seharian panas, esoknya hujan lebat, ada pulak tu tengahari panas bila petang hujan. bak kata pepatah "ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan sampai subuh esok". dia yang tak syok bila hujan masa hari bekerja, sebab ko rasa malas nak pegi keje pepagi tu dalam keadaan hujan dan sejuk. hokhokohkhokohkhokohkh. dan kalau korang tengok berita pun, katanya di negara benua eropah dengan benua amerika pun mengalami masalah cuaca yang pelik. takpayah pegi jejauh la, negara arab yang tak penah turun salji tupun dan ada salji. mekah dah berapa kali banjir. tunggu tanah diorang subur dengan rumput hijau jela. ianya tidak mustahil sebab dalam al-Quran ada cerita benda tu semua.
semester baru januari 2007 akan bermula esok. result semester lepas tak keluar lagi tu. hokhokokohkh. harapnya elok la sebab aku pun tak banyak subjek lagi ni, insyaAllah kalau tak jadi hal hujung tahun ni atau awal tahun depan abihla aku belajar. setakat ni aku tak perlu pening kepala nak carik duit yuran sebab haritu aku dahpun bayar selambak yuran guna akaun 2 dalam KWSP. kiranya tahun 2007 ni boleh la aku tersenyum lebar pegi kelas takpayah serabut pikir pasal yuran yang outstanding tu.
okla takmo cerita banyak sebab tahun ni azam aku adalah "malas nak update BUKU555 aku ni" ohkhkohkohkohk. akhir kata, selamat tahun baru Islam, semoga anda memulakan kehidupan yang baru. yang masih lagi jadi bapak ayam, bohsia, talam dua muka tu semua pikirla, sampai bila korang nak jadi macamtu. dah sampai masa untuk berubah. sedangkan TMNET sendiri menyeru penggunanya untuk berubah, jangan duduk di zaman batu (sedangkan diorang sendiri tak penah berubah, asyik macamtu je kualiti servisnya). aaaaaaaaaaaaaah ah ah ahahah. anyway, selamat tahun baru!
Next Back
Archives


