Tuesday, January 25, 2005, 03:37 AM
aku baru je sampai rumah dari tempat keje. panas tak ingat weh! rasanya dalam malaysia ni boleh kira dengan jari berapa orang yang larat buat keje gila macam aku ni; bawak moto pegi balik tempat kerja sejauh 62km sehala. okhohkokhkhhohhokh. adaka? sepatutnya aku biar cuaca redup dulu la kalau nak balik tadi. tapi memandangkan dia akan redup pukul 6 45 nanti, baik aku redah je panas tu. ni la dia manusia, diberi panas merungut, diberi hujan merungut.. huhuhuhuhu.sila perhatikan gambar dibawah bebetul:
cuba korang carik apa yang pelik.. okhokhkhohkhoh. tak dapat? okla aku bagitau, takmo la kasik korang tertanya tanya. cuba peratikan tanda harga tu. dah nampak? ok dah tujela.. khokhhohkhohkhokhok
haritu la aku tengok cerita gangster tu kat panggung wayang. aku bukan jenis suka pegi panggung wayang, melainkan kalau cerita tu susah nak didapati dalam internet
cerita melayu versi baru yang menampilkan jalan cerita yang agak lasak sikit. kalau baca komen pengkritik filem tu diorang akan cakap filem ni berjaya memecah tradisi stereotaip cerita melayu yang kaya dengan adegan cinta, nyanyi, kebosanan dan sebagainya. aku takmo komen pasal cerita ni panjang lebar, cukup aku katakan bahawa diorang perlu haluskan lagi teknik pengubahsuaian gambar, sebab kesan dia lajukan filem tu nak nampak kereta tu laju, memang ketara sangat. pastu rasanya diorang tak perlu la bagi satu pelakon sampai 3 watak. tak tau la aku apa motif diorang, kekurangan modal nak bayar pelakon ke? tapi filem ni berkisar kepada realiti kehidupan di kota sekarang ni. pegi masuk disko kat KL tu tengok berapa ribu anak melayu kita terkinja kinja dalamtu. kalau aku jadi pengarah filem ni, aku masukkan sekali gadis gadis melayu bertudung kita yang berpeleseran di merata rata tempat. muahahahaha. whoops!
macam biasa la, tengahari tadi TNB, satu satunya syarikat pembekal elektrik TERULUNG negara, menunjukkan prestasi cemerlangnya tengahari tadi. arus yang tak stabil menyebabkan komputer aku cuma menggunakan arus dari bateri UPS je. cukup 10 minit, UPS aku kasik shutdown pc aku la apo lagi. bayangkan la dalam 20 minit elektrik tak stabil. tak stabil dol! bukannya blackout. taktau la tang mana silapnya diorang ni. kata bekalan ada lebihan sampai 40% la apo la. tapi kat sini boleh sampai tak cukup? ingat rumah aku ni kilang welding body kereta ke sampai makan karan kuat?
seminggu lebih aku tak main badminton, sengal2 badan aku dibuatnya.. huhuhuhuhuhu. sejak 10 hari lepas aku tak bersukan sangat, takat berlari lari anak je. aku punya berat badan pun dah susut sikit dah sekarang. agaknya tido tak cukup kot. cerita pasal tido tak cukup, pagi tadi tengah sedap2 tido alih2 pukul 3-4 pagi aku diserang nyamuk! yang hati panas tu kaki aku je dia serang. sudahnya aku halakan kipas lurus dari kepala sampai kaki, terus nyamuk lari. tapi sejuk tak ingat la.




( 3.1 / 17 )
Tuesday, January 18, 2005, 02:48 AM
awal awal lagi dah sak balik dah TNB? muahahahahahha. yang kelakarnya tu keluar suratkhabar dia cakap TNB "ada satu lagi, minah berbadan sihat kat KLCC tu. tu lagi aku menyampah tengok. kena temuramah dengan TV, kononnya rasa bangga la, cerita pasal dia berlari turun tangga, dengan tak ada elektrik dengan karan panas blabla, tapi guna bahasa rojak? apo ko ingat orang tabik ke bila dengar ko sebut "we all berlari turun tangga because the escalator didn't berfungsi disebabkan blackout". macam lahanat bunyik dia tau tak? tau tak lahanat? aku lagi suka dengar budak sekolah rendah yang baru nak belajar menyebut bahasa inggeris daripada orang dewasa yang kononnya bekerja di syarikat swasta yang besar, tapi guna bahasa rojak. apa salahnya kalau ko habiskan satu ayat tu guna satu bahasa. ni tak dalam satu ayat ada 8-9 perkataan habis dicampur campurkannya. kis mai es bebeh!
sejak beberapa minggu ni media cerita pasal kisah tsunami jela. ada satu akronim aku terbaca kat suratkhabar bila ntah pasal TSUNAMI tu. huhuhuhuhu. tapi akronim tu memang kena la. tapi yang nyatanya, memang dah terbukti nyata bahawa benarlah firman Allah bahawa "berlaku bencana di muka bumi akibat perbuatan manusia". oleh itu sesamalah kita lihat diri kita didalam cermin. tang mana yang slek tang mana yang jahil tang mana yang tak betul. tu baru ombak, kalau satu hari nanti bebetul taik bintang besar jatuh atas malaysia, mana ko nak lari? jangan terpengaruh dengan filem armageddon ataupun deep impact tu, kononnya boleh tembak guna bom nuklear la apa la. diorang mana percaya dengan hari kiamat. oleh itu janganla melakukan sesuatu yang akhirnya menyebabkan bala turun, kalau bukan kena diri sendiri, kena kat orang lain.
aku dah mula kelas dah harini, untuk semester baru. keputusan peperiksaan semester lepas agak memuaskan la (bagi aku la tak tau la komen orang lain camana, hokhokokhokokho), pasal dapat B+. ada satu subjek je aku dapat "lulus pinggiran". pertama sebab aku tak hadir 2 sesi tutor dimana sesi tu dia buat kuiz. pasal waktu tu aku ada kerja luar. abihtu tutor tu pun bahlul jugak. aku ada penah terlepas satu tutorial untuk subjek satu lagi, tapi aku cukup tabik sama tutor dia sebab sms aku bagitau yang dia dah emailkan soalan kuiz tu kat aku untuk aku siapkan dan hantar balik kepada dia. tapi tutor yang bagi aku lulus ngam2 ni ntah papo mengajar. syok sendiri dalam kelas. bukan nak cerita apa la. gred paling tinggi budak dalam kelas tu dapat pun C+. itupun sebab dia tak penah terlepas kelas pastu memang jenis ulat buku. ulat tu dapat C! kepada tutor tersebut jika anda membaca artikel ini, anda seorang yang bahlul! hokhokhokhokhohokho. tapi alhamdulillah la aku lulus semester lepas. semester ni aku amik 2 subjek matematik. salah satu subjek yang aku cukup fobia, tapi jangan tak tau, masa zaman sekolah dulu matematik tambahan aku tak penahnya dapat ditulis dengan pen biru/hitam (guna pen merah la dol, gagal la!). alih2 spm dapat kredit. hahaha. sebut pasal kredit, ada satu pengarah jabatan pendidikan negeri dulu keluarkan satu kenyataan pedas, ditujukan untuk pelajar melayu; "kamu semua jangan ingat kamu pandai, sebab keputusan peperiksaan kamu tu lepas graf pemarkahan turun mendadak"... huhuhhuu. yela mana taknya, masa sekolah dulu markah lulus 40, tapi bila peperiksaan sebenar, silap2 12/100 tu dah lulus.
kejap je dah tahun 2005 ye? seminggu ni aku memang tak berehat sangat pun. kerja dari isnin sampai sabtu. pastu semalam (ahad) kelas pulak. semester ni aku daftar kelas seawal yang mungkin. kelas mula pukul 8 pagi pastu habis pukul 2 30 petang. kiranya petang aku ada la masa untuk buat kerja lain. tak macam semester lepas, kelas mula pukul 10 habis pukul 6 petang. tak ingat! bila dah petang sangat tu yang buat aku jadi malas. cuma kalini aku bangun macam biasa la macam bangun hari hari bekerja. lagipun sabtu malam ahad tu aku keluar ngeteh kejap je tak lama pun. pasal kalau aku layan gak, alamat balik pagi, terlajak tido la. hokhkhokhokohkhok
kat tempat aku kerja haritu ada 3 orang awek baru masuk keje, tapi malangnya mereka berumur 26 tahun pada tahun ini... wuuuuuu... dua orang budak semenanjung, sorang lagi budak sarawak. sekarang ni banyak budak bergraduat segar (fresh graduate, hokhokokhokhokhok) yang terus masuk bekerja kat sektor2 macamni. kena macam kat tempat keje lama aku dulu, aku teringat kat seko mangkuk tu, dia baru habis belajar, masuk kerja sebagai eksekutif, tak reti buat keje, tapi malu tanya sebab dia ada ego pastu bodoh sombong. cerita pasal teori pandai, tapi bila suruh buat kantoi. yang lawaknya, air muka dia tu. dia cuba buat mimik muka supaya orang ingat yang dia cuba menyelesaikan sesuatu masalah, tapi sebenarnya dia ni yang bermasalah sebab dia tak tau satu apa pun pasal masalah kat depan mata dia. pengajaran dari peristiwa ini, janganlah bodoh sombong, bertanyalah dan hormatlah kepada orang yang dah lama bekerja walaupun mereka hanya berkelulusan sekolah rendah melayu darjah 6 sekalipun. jangan ko pikir ada ijazah ko tau semua benda. ada benda yang ko kena bertanya walaupun kepada orang yang kononnya tak ada kelulusan. sebab bila dah masuk sektor pekerjaan, belum tentu apa yang ko belajar akan digunakan. ketika ini pengalaman mengendalikan sesuatu tu paling penting dari teori yang ko dok hafal menjelang peperiksaan. jadi kepada mangkuk yang terbaca artikel aku ni, dah 3 tahun berlalu tapi ko masih belum berkesempatan untuk cium bontot aku lagi! hokhokhokhokhokhokhok
Next Back
Archives


