Monday, January 25, 2010, 12:46 AM
ya, sejak 2-3 minggu ni, senang cerita dalam bulan 1 2010 ni, cuaca siang dia, panas, hujan, pastu panas, pastu hujan renyai2 sikit, pastu panas balik. pendek kata hujan yang turun tu tak mampu untuk hilangkan bahang kat dinding rumah ni ha. kalau tak hujan pun, tengahari panas terik, bila dah masuk petang, datang awan gelap bagi redup & mendung.aku takda sebarang aktiviti luar nak dibuat pada siang hari sepanjang cuti 2 hari ni. jadi melepak depan pc habiskan melayan cerita yang aku tak sempat nak tengok yang berada dalam pc ni. pastu cari idea sikit untuk buat projek akhir tahun. ya tuan tuan dan puan puan. pejam celik pejam, dahpun sampai ke penghujung semester/tahun. semua subjek dah khatam, tinggal buat projek akhir tahun. projek IT ni aku kena cari 1 topik, biasanya pembangunan sistem la. masalahnya kat sini, aku langsung takda idea. kalau ada pun, 100% berasaskan rangkaian. dalam projek ni takleh 100% rangkaian sebab perlu ada perisian, pengaturcaraan(ni yang den lomah ni). pendek kata sistem yang ada interaksi antara pengguna & sistem. ada perisian dan perkakasan. kepada anda semua yang berada di luar tu, silalah bagi idea & pendapat anda berkenaan projek apa yang aku bleh buat ye?
10 tahun lepas, korang takkan tengok sesuatu aplikasi mencekik & menggunakan memori sebanyak itu. kalau terjadi sekali pun, komputer jadi berat, sudahnya sangkut(hang). dan lepas tu mula lah keluar skrin warna biru, atau ko kena tekan reset button. hokhohokhokohkohkohkhok zaman sekarang ni, memori (RAM) dijual dengan skala yang besar, dan harga pun murah. jadi sistem operasi terkini pun mencekik memori secara tak sedar diri. dan aplikasi lain pun turut tumpang semangkuk untuk menggunakan memory semaksimum yang mungkin.
oh ye, negara kita masih lagi belum reda dengan tragedi baling macam-macam benda ke dalam rumah ibadat, tak kira la masjid ke gereja ke kuil ke, tokong ke. sebenarnya mana-mana negara yang mempunyai kepadatan penduduk yang bercampur bangsa dan agama, benda macamni memang biasa berlaku. tak payah la anda tipu bahawa negara anda berbilang kaum majmuk hidup saling tolong menolong faham memahami toleransi dan apa saja ayat manis yang digunakan untuk menggambarkan negara itu aman tanpa sebarang konflik disebabkan perbezaan agama bangsa dan budaya.
pokok pangkalnya kat sini semua kat pemimpin. kalau pemimpin sendiri mengamalkan budaya berpuak-puak, mengajar buat rusuhan, tunjuk perasaan, mengajar budaya membenci, fitnah dan sebagainya, memang takboleh buat apa la. tak perlu mengajar rakyat untuk hidup aman harmoni, kalau anda sendiri hidup berpuak-puak berperang sesama parti lawan.
seperti yang aku telah nyatakan tempohari, keputusan hakim yang membenarkan majalah kristian menggunakan perkataan Allah tu adalah satu kesilapan BESAR. tapi dalam masa yang sama, budaya membaling bom petrol dan sebagainya ke dalam gereja pun adalah satu kesilapan BESAR. nabi tak ajar orang Islam untuk memusnahkan rumah ibadat orang lain.
jadi untuk mengelakkan benda macam ni dari berulang, rasanya pihak pentadbiran rumah ibadat seharusnya menempatkan pengawal keselamatan di rumah ibadat masing2. ataupun CCTV atau apa saja mekanisma yang boleh dipakai bagi menjamin keselamatan rumah ibadat. tengok saja la berapa kali masjid diletakkan kepala babi, berapa kali rumah ibadat lain dibaling sampah?
jadi untuk mengakhiri topik kali ni, aku nak bubuh 1 gambar selingan:tengok penggunaan teras pemproses sampai 100% untuk membuat model lilin yang apinya menyala dan berkibar2. itupun dekat nak 4 jam baru siap render. bayangkan camana dan berapa lama model transformers dalam filem tu disiapkan




( 5 / 5 )
Friday, January 8, 2010, 07:38 AM
apabila orang ramai marah, di dunia nyata, mereka tunjuk perasaan. di dalam dunia siber, mereka tunjuk perasaan jugak, samada di forum, blog, atau mana yang lebih handal, mereka buat macamni:sebenarnya, SEPERTI yang aku dah banyak kali ulang kat buku555 aku ni sampai aku sendiri dah jadi bosan dibuatnya, bangsa pendatang berstatus warganegara kat tanah melayu ni masih lagi tak sedar diri. mereka tuntut memacam benda. dan mengeksploitasikan kelemahan perundangan dan perlembagaan negara. hasilnya, itulah jadinya.
dan apabila peguam dan hakim pun banyak terdiri dari bangsa pendatang ini, maka inilah juga jadinya. mereka memporak perandakan negara, menyebabkan bangsa pribumi dan bumiputera di negara ni jadi tak tentu hala. inilah dia hadiah kemerdekaan negara.
sebenarnya isu ni taklah berapa panas pun. kalimah Allah boleh disebut oleh sesiapa sahaja, malah sebenarnya bagus kalau disebut oleh orang kafir, kerana mungkin dengan sebutan itu mereka mendapat cahaya keimanan. malah dalam kitab ortodoks orang kristian juga ada menyebut nama Allah. "new testament" sahaja yang menggunakan jesus dan sebagainya. Tuhan itu satu, dan aku sendiri banyak kali dengar orang bukan beragama islam yang menyebut "itu Tuhan alah...." (ya mereka menyebut alah, bukan Allah, tapi kita faham apa maksudnya). jadi? mereka secara sedar atau tidak sebenarnya tahu bahawa Tuhan itu satu.
cuma yang memanaskan suasana adalah apabila yang membuat keputusan untuk tabloid beragama kristian menggunakan kalimah Allah pada akhbar, dan memaparkan pada dinding gereja, dibuat oleh hakim kafir. siapa dia untuk menentukan siapa yang boleh dan tidak menggunakan kalimah Allah?
negara kita ni sebenarnya tak aman mana pun. orang melayu dan beragama Islam masih berpecah dari dulu sampat sekarang. nak tunggu agama Islam digugurkan dari menjadi agama rasmi agaknya baru melayu dan Islam yang berpolitik ni nak bersatu. agaknya la.
kepada mereka yang melantik hakim, dah takda orang melayu & islam dah ke sampai melambak hakim kafir sekarang ni?!?!?! mereka ini semua sekarang sudahpun menguasai badan kehakiman dan perundangan negara. jadi, apa akan jadi dengan bangsa bumiputera dan pribumi kat tanah melayu ni nanti?
Next Back
Archives

