APABILA MEREKA MARAH 
Friday, January 8, 2010, 07:38 AM
apabila orang ramai marah, di dunia nyata, mereka tunjuk perasaan. di dalam dunia siber, mereka tunjuk perasaan jugak, samada di forum, blog, atau mana yang lebih handal, mereka buat macamni:



sebenarnya, SEPERTI yang aku dah banyak kali ulang kat buku555 aku ni sampai aku sendiri dah jadi bosan dibuatnya, bangsa pendatang berstatus warganegara kat tanah melayu ni masih lagi tak sedar diri. mereka tuntut memacam benda. dan mengeksploitasikan kelemahan perundangan dan perlembagaan negara. hasilnya, itulah jadinya.

dan apabila peguam dan hakim pun banyak terdiri dari bangsa pendatang ini, maka inilah juga jadinya. mereka memporak perandakan negara, menyebabkan bangsa pribumi dan bumiputera di negara ni jadi tak tentu hala. inilah dia hadiah kemerdekaan negara.

sebenarnya isu ni taklah berapa panas pun. kalimah Allah boleh disebut oleh sesiapa sahaja, malah sebenarnya bagus kalau disebut oleh orang kafir, kerana mungkin dengan sebutan itu mereka mendapat cahaya keimanan. malah dalam kitab ortodoks orang kristian juga ada menyebut nama Allah. "new testament" sahaja yang menggunakan jesus dan sebagainya. Tuhan itu satu, dan aku sendiri banyak kali dengar orang bukan beragama islam yang menyebut "itu Tuhan alah...." (ya mereka menyebut alah, bukan Allah, tapi kita faham apa maksudnya). jadi? mereka secara sedar atau tidak sebenarnya tahu bahawa Tuhan itu satu.

cuma yang memanaskan suasana adalah apabila yang membuat keputusan untuk tabloid beragama kristian menggunakan kalimah Allah pada akhbar, dan memaparkan pada dinding gereja, dibuat oleh hakim kafir. siapa dia untuk menentukan siapa yang boleh dan tidak menggunakan kalimah Allah?

negara kita ni sebenarnya tak aman mana pun. orang melayu dan beragama Islam masih berpecah dari dulu sampat sekarang. nak tunggu agama Islam digugurkan dari menjadi agama rasmi agaknya baru melayu dan Islam yang berpolitik ni nak bersatu. agaknya la.

kepada mereka yang melantik hakim, dah takda orang melayu & islam dah ke sampai melambak hakim kafir sekarang ni?!?!?! mereka ini semua sekarang sudahpun menguasai badan kehakiman dan perundangan negara. jadi, apa akan jadi dengan bangsa bumiputera dan pribumi kat tanah melayu ni nanti?
15 comments ( 43 views )   |  0 trackbacks   |  permalink   |  related link   |   ( 5 / 7 )

SALAM TAHUN BARU 2010 
Wednesday, January 6, 2010, 06:46 AM
salam tahun baru kepada anda semua. sebenarnya sejak beberapa minggu ni lamanweb aku mengalami masalah. bukan sebab apa. sebenarnya aku telah secara rasminya menaiktaraf sistem operasi dari windows server 2003 kepada windows server 2008 R2.

apa itu windows server 2008 R2? dia adalah sistem operasi pelayan yang menggunakan kernel yang sama dengan windows 7, iaitu versi 6.1

dan aku agak pening beberapa minggu ini dengan perisian IIS 7.5 versi baru ni. banyak sangat settings yang pelik. pastu banyak yang tak sesuai (dalam bahasa lain, tak compatible) hokhokohkohkokohkohk :D

dan seperti biasa lah, windows server 2008 R2 ni yang guna classic theme, aku telah ubahsuai dia supaya nampak lebih "windows 7". pendek kata, ditukarkan supaya nampak lebih "workstation". ;D

jadi untuk memendekkan cerita, sebab aku malas nak cerita pasal tak abih lagi setting menatang ni, mempersembahkan, screenshot untuk tatapan anda semua:


ini adalah segala jenis info bagi membuktikan bahawa aku menggunakan windows server 2008 R2 standard edition. ohkohkohkohkhohkokho


dan ini pulak adalah gambaran "flying window" yang hanya terdapat pada workstation os. tapi dengan pengubahsuaian windows server ni, maka window boleh terbang!

sekian berita pertama untuk tahun 2010
13 comments ( 33 views )   |  0 trackbacks   |  permalink   |  related link   |   ( 5 / 4 )


Next Back