Friday, December 4, 2009, 07:38 AM
yaaa.. hokhokohkohkohkohkohkohkohkohk http://en.wikipedia.org/wiki/Intel_Core_i7
dia adalah sejenis pemproses komputer yang mempunyai 4 teras pemproses dan setiap teras dikuasa duakan yang dipanggil sebagai hyper threading technology (HTT). maka sistem operasi akan nampak 8 graf.
pemproses komputer sudah sampai ke tahap dimana dia takboleh lagi pergi lebih tinggi dari kelajuan yang ada sekarang ni. kelajuan yang paling tinggi pernah dicapai (sila jangan gunakan terma overclock di sini) adalah 3.8 GHz. itupun dah panas, pakai penyejuk angin yang dibekalkan oleh pengeluar pemproses tersebut, masih takboleh nak kurangkan kepanasan dia. kena guna 3rd party punya cooler. jadi daripada berlumba-lumba mengejar kelajuan paling maksimum, pengeluar cip pemproses komputer sekarang beralih kepada pemprosesan selari (parallel processing). daripada memproses 1 proses menggunakan 1 teras dengan memaksa ke kelajuan paling tinggi, sekarang sudah membahagi-bahagikan 1 aplikasi kepada banyak proses. pendek kata, sesuatu perisian yang biasanya menggunakan 1 proses pada CPU, kini boleh membahagikan tempoh masa untuk diproses kepada banyak teras dalam CPU.
masalah dalam teknologi ini adalah, bukan semua aplikasi mesra berbilang pemprosesan. ada yang masih tak mampu mengadaptasikan berbilang pemproses ni.
dan sekarang mereka memperkenalkan 64-bit processing pulak. dan kebanyakan sistem operasi sudah di 64-bit kan. cuma tak banyak aplikasi yang 64-bit. kenapa perlu beralih kepada 64-bit? jumlah cip memori dalam komputer semakin bertambah, dimana sistem operasi 32-bit sedia ada tak boleh menggunakan jumlah memori yang banyak. kalau siapa yang nak tahu lebih lanjut apa itu 32-bit dan 64-bit, sila berkunjung ke halaman ini:
http://www.google.com.my/
tahun depan akan keluar i9, dimana dia adalah 6 teras yang di HTT kan. anda akan nampak 12 graf. bagi yang guna komputer sekadar untuk main game, menaip guna microsoft office, adalah membazir beli processor jenis macamni. orang seperti anda, dual core saja sudah cukup
jadi untuk mengelakkan aku merepek lebih jauh, dengan ini mempersembahkan barang-barang yang menyebabkan dompet aku semakin kurus. hohokohkohkohkohkohkoh




( 4.1 / 8 )
Saturday, November 28, 2009, 09:27 PM
mesti ramai sudah tahu kenapa lamanweb aku tidak boleh diakses selama beberapa hari? tengok saja topik, ok? ohkohkokohkohkohkohkohkohk. dan tengok saja gambar-gambar di bawah ni, ok? aku takda nak cerita apa sangat sempena dengan kelahiran sistem baru ini.sistem sebelum ini yang agak POWER:

sistem terbaru yang lebih POWER, setelah menggunakan sistem terdahulu yang agak power tak sampai 4 bulan:

operasi menunjuk lagak:
diharap anda semua terhibur dengan gambar-gambar di atas. hokhokhkohkohkohkohkoh
Next Back
Archives

