PEKEJADAH!?!?!?!? 
Sunday, February 15, 2009, 11:10 PM
PEKEJADAHNYA INI TUAN-TUAN & PUAN-PUAN?

PEKEDAJAH yang ke-1:
SPAM mail dah mula bermaharajalela semula masuk ke dalam email @streamyx.com kesayangan aku ni. kalau merujuk kepada topik & komen aku yang terdahulu ni, spam mail dahpun ditapis dari popmail tm.net.my. tapi skang ni setiap hari aku retrieve email dari popmail, paling bangsat pun ada dalam 20-30++ email spam masuk dalam inbox aku. :@) dengan pantas aku tukar status YM aku menjadi: TM SAKS, SYARIKAT TELEKOMUNIKASI YANG BANYAK GRADUAN LUAR NEGARA, TAPI PASANG SPAM BLOCKER KAT POPMAIL PUN TAK RETI. syarikat ISP yang hanya mementingkan keuntungan dan melantik kakitangan berdasarkan konsep bebudak universiti yang diberi biasiswa ditarik masuk keje sana, sedangkan mereka kekadang tak minat pun keje situ, dan orang yang berbakat & berkelayakan ditolak tepi. hasilnya jadila sebuah syarikat yang penuh dengan eksekutif lulusan ijazah, tapi harapkan ijazah segulung jela, tapi buat keje ikut prosedur bulat-bulat, takda inovasi, takda insiatif untuk "thinking out of the box". hasilnya jadila syarikat itu penjual produk yang terlalu BASIC dan tak mesra pengguna.

PEKEJADAH yang ke-2:
anda pernah ke kuala kangsar? bolehlah dipanggil arkansas kalau nak. hokhhokohkohkohkohkohkohk :D seperti sedia maklum, sebelum-sebelum ni beribu-ribu orang penunjuk perasaan mengadakan sesi makihamun kat depan istana. soal isu politik perak ni, aku suka petik 1 pepatah orang melayu yang memang sebijik kena pada situasi kat sana: YANG DIKEJAR TAK DAPAT, YANG DIKENDONG BERCICIRAN. umum mengetahui bahawa masyarakat melayu ni kaya dengan pepatah dan cerita tauladan. salah 1 cerita tauladan yang patut diambil kira dalam hal ini, seperti kisah angan-angan mat jenin. dan mat jenin dalam drama kali ini tak lain tak bukan adalah anwar ibrahim itu sendiri, dimana kat blog dia tu setiap hari menjaja cerita yang baik-baik, cerita dia seorang innocent, cerita dia seorang pejuang bangsa, pejuang demokrasi, pejuang rakyat. seperti yang aku tekankan kat sini, majoriti politician kat malaysia ni semuanya talk-bullshit & talk-rubbish. sesiapa yang tak taksub & fanatik dengan anwar ni (jangan baca sebagai anti-anwar, tapi baca sebagai orang yang guna otak dan berfikir) akan kenal siapa anwar ni dari dulu sampai sekarang. aku tak kata kerajaan sedia ada ni baik, cuma seperti yang aku penah baca kat anwaribrahim blog tu sendiri, kalau nak menggantikan alat-ganti kenderaan yang tak elok, mesti la dari alat-ganti yang baru dan elok, atau sekurangnya yang second-hand, tapi masih elok. kalau alat-ganti tu sendiri tak elok, pekejadahnya nak menggantikan alat-ganti yang dia claim sebagai rosak? bukan ke akan merosakkan enjin lagi? cuma mekanik bodoh saja yang menggunakan alat-ganti rosak untuk menggantikan yang rosak. bila diterjemahkan dalam situasi macamni, pengundi yang bodoh saja yang mengundi orang bodoh untuk menggantikan orang bodoh. baik mengundi orang yang sedia ada bodoh tapi ada reputasi & prestasi daripada mengundi orang bodoh yang takda reputasi, hanya pandai mencipta cerita dongeng, fairy tales, mencipta ideologi baru, mencipta visi & misi baru, macam buat tunjuk perasaan dan sebagainya.

cerita pasal tunjuk perasaan baru-baru ni kat istana perak, seperti yang anda semua nampak, dan tengok kat video youtube yang disediakan oleh orang malaysiakini, rata-ratanya semua bodoh, pasal anda baru lepas habis solat jumaat, pastu terus meluru pegi depan istana menjerit ALLAHU AKBAR, lepastu baling itu ini dan menjerit maki hamun kepada polis simpanan persekutuan (FRU) dan anggota keselamatan lain. ya, ALLAHUAKBAR bercampur perkataan BODOH, PEGI MAMPOS dan sebagainya. inilah dia melayu acuan anwar ibrahim yang dibonekakan untuk buat rusuhan. maka gelak besarlah bangsa asing melihat kelakuan melayu ini yang menjerit macam budak kecik di depan anggota FRU tu. dan melayu-melayu ini menjerit meluahkan perasaan tak puashati kerana kerajaan negeri mereka yang MB dia melayu dan dipagari dengan cina, telah tumbang. melayu-melayu ini teramat marah, kerana mereka penat pangkah DAP sebagai undi protes tempohari, sudahnya DAP DAP ni berkuasa tak sampai setahun. tak cukup untuk mereka menikmati itu dan ini. seperti 10-11 tahun lepas, ideologi anwar ibrahim ni berjaya menjadikan orang melayu yang akal singkat, walaupun ada yang mempunyai ijazah, PHD dan sebagainya, menjadi begitu bodoh diatas jalan raya. yang sekolah sampai darjah 6 tu memang senang la diperalatkan oleh pemimpin bodoh ni sampaikan mereka boleh baring atas jalan untuk menghalang kereta dari keluar dari istana. ni kira tiru budaya barat yang buat benteng manusia la ni. ya, ini 1 contoh budaya kuning yang digunapakai oleh fanatik-fanatik pembangkang kat malaysia ni, walhal mereka menjerit-jerit mengatakan kerajaan yang sedia ada ni sekular, ikut budaya barat dan sebagainya. tetapi mereka terlalu islamik, sampaikan baring atas jalan & tak sayangkan nyawa sendiri. apa ko ingat mati syahid ke kalau kena gelek dengan kereta tu? dan terlalu islamik sampaikan lepas solat jumaat terus pegi buat rusuhan, sampai memuji kebesaran Allah dan dicampur dengan caci maki hamun yang lain.

malu sungguh melihat kelakuan melayu-melayu kat kuala kangsar tempohari. adakah anda takda keje selain dari nak menyusahkan pasukan keselamatan? tak berapa lama dahulu, aku penah baca 1 "cerita" dari seorang fanatik bodoh macamni kat 1 forum yang mengandaikan sekiranya malaysia diserang oleh negara luar. bagi aku mudah je. yang akan menyebabkan malaysia ni boleh diserang oleh orang luar, sekiranya ada pengkhianat dalam negara ni yang sebenarnya merosakkan perpaduan dalam negara, sampai orang luar tengok negara ni takda dah benteng pertahanan sebab pasukan keselamatan dia sibuk jaga dalam negara sendiri, dan dari situ timbul 1 peluang. sama macam kes negara-negara islam yang lain kat dunia ni, mereka diserang dan dijajah kerana masalah dalaman negara mereka sendiri yang taknak bersatu dan akhirnya memberi peluang musuh luar untuk amik peluang keemasan. sejarah kesultanan melaka yang tumbang pada 1511 dulu pun disebabkan pengkhianat dalam negeri itu sendiri yang membuka lubang untuk portugis masuk menjajah. inilah dia ideologi yang diwujudkan oleh anwar ibrahim, mewujudkan huru hara dalam negara, dan kepada tukang-tukang buat demonstrasi & tukang buat cerita buruk pasal negara sampai boleh dibaca 1 dunia tu, jangan nangis kalau negara anda ni bukan berstatus merdeka lagi.

dan ada beberapa komen kat blog anwar tu sendiri yang aku baca terlalu sinis, tapi aku pun setuju dengan komen dia; menyamakan anwar ni seperti dajjal & yakjud dan makjud. :D aku cukup setuju sangat dengan yang ni. yelah, apabila dilepaskan dari penjara, makin huru hara negara ni dibuatnya. sepatutnya dia dikurung dalam penjara tu sampai tua lagi elok. anda suka menggelar orang lain itu dan ini, nah, sekarang ada orang menggelarkan anda seperti dajjal. memang sesuai la gelaran tu.

akhir kata tolong jangan gunakan istilah "rakyat" dalam ideologi & perjuangan anda itu. agenda anda adalah untuk kepentingan anda sendiri, bukannya untuk rakyat. hanya rakyat yang bodoh saja senang terpengaruh dengan ideologi anda, yang senang terpengaruh dengan cerita sedih anda. jangan jadikan keputusan PRU tahun lepas sebagai tanda yang anda punya pengaruh semakin meluas, kerana ketika itu rakyat mengadakan undi protes, bukannya disebabkan rakyat taksub kepada anda. sebab itulah aku kata sebelum ni, majoriti politician kat malaysia adalah bullshit. senang sangat lupa janji. tak kira la memana pihak pun. dan terjadilah orang melayu yang protes, dengan memangkah DAP. oh ye, ada orang melayu undi MCA, jadi apa nak jadi hal kan? :B

katak diseberang laut nampak, tapi katak kat depan mata tak nampak. sudahnya katak seberang laut tak melompat, katak sendiri yang melompat. OHKOHKOHKOHKHKOHKOKHOHKKHOKHOK :D karam singh walia, anda dibenarkan untuk ambil pepatah aku ni.
5 comments ( 25 views )   |  0 trackbacks   |  permalink   |  related link   |   ( 3.7 / 10 )

NEW & CLEAN INSTALL 
Friday, February 13, 2009, 08:38 AM
bulan ini amat panas, bukan setakat cuaca, tapi senario politik tanahair pun turut sama memanaskan suasana. pegi mampos sama itu politik pasal tak menguntungkan apa langsung kat aku, malah sebenarnya merugikan bangsa. sudahnya sesuatu bangsa tersebut menjadi semakin bangsat, disebabkan berebut kuasa, takboleh terima kenyataan, tak berpijak kat bumi nyata dan sebagainya. bagi aku, pihak istana masuk campur bukannya apa, cuma nak mengelakkan negeri perak jadi negeri mata sepet. aku terlalu racist? itulah kenyataannya, bangsa mata sepet menguasai negeri tersebut dimana menteri besar dia ibarat boneka. itu pendapat aku kenapa pihak istana masuk campur dalam hal ni. cuma aku nak petik pepatah karam singh walia: yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. OHKOHKHKOHOKHOOHKOHOHKOHKOHKOHKOKHOHKOKHO :D anyway, kepada penyokong fanatik kat luar tu, tak kira la pihak A ke pihak B ke, udah-udah la tu. orang lain pun nak hidup aman dalam negara ni.

setelah beberapa minggu aku membuat beberapa eksperimen, akhirnya pc aku ni siap sepenuhnya. sebenarnya sejak beberapa hari ni aku buat "custom installer cd" untuk cd windows server 2003 ni. custom installer atau custom build tu bermaksud, windows setup cd tu di"customize"kan supaya installation menjadi lebih pantas, dan file version dalam cd tu boleh dikatakan agak terkini jugak la, di"bundle"kan dengan "service pack", "hotfixes" dan windows media player 11 (untuk makluman, wmp11 tak disediakan untuk win2k3, tapi aku paksa jugak dia supaya boleh install dalam win2k3 dengan menggunakan windows xp punya versi wmp)

2 jenis perisian digunakan bagi menyediakan custom installation cd ni; wmp11slips1.4i.exe dan nLite-1.4.9.1.installer.exe

sila gunakan enjin carian google untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kedua-dua perisian ni.

yang pertama digunakan untuk slipstream wmp11 ke dalam installation cd, yang kedua digunakan untuk slipstream service pack, hotfixes dan pengubahan beberapa setting dalam setup file, antaranya, ko tak perlu masukkan cdkey bila setup, tak perlu masukkan itu dan ini. pendek kata, sebaik sahaja ko boot cd, setup partition, format, sebaik sahaja abis format, segalanya akan dilakukan sendiri. tak silap aku proses format partition & setting partition tu pun boleh di set pada software tu, tapi aku taknak amik risiko. pasal aku ada partition D E F yang mempunyai banyak benda-benda berharga yang aku simpan sejak dari tahun 2001. nangis woo kalau hilang benda-benda dalam setiap partition tu. hokokhokhokhokohkohkohkohkh ;(

nak senangkan cerita, sebaik sahaja abis format, dia akan buat segala jenis kejenya sampai habis. malah untuk setting networking, regional setting, timezone, language, username pun boleh diset pada custom-made cd ni dan anda tak perlu tunggu depan skrin untuk tekan itu dan ini. boleh pegi goreng apa yang patut kat dapur, tau2 je skrin monitor anda akan menunjukkan login screen lepas abis proses setup. dan ada beberapa option boleh diset supaya proses setup dicepatkan sikit. takda la cepat sangat, tapi boleh la dirasakan kecepatan dia tu, dengan cara menukar interface setup tu dari standard win2k3 yang background kelabu tu kepada classic style windows 2000 punya setup (windowed punya setup).

apa dia? sekarang dah tahun 2009? masih guna 2003 lagi? okohkokohohkhkohkohohk. aku mempunyai perkakasan yang tak layak menggunakan windows vista / windows server 2008. jadi cukup setakat win2k3 je yang layak duduk dalam pc ni. :B

jadi dengan segala hormatnya aku mengumumkan bahawa website www.azuan.biz.tm telah dihidupkan semula dengan sempurna. :W
3 comments ( 6 views )   |  0 trackbacks   |  permalink   |  related link   |   ( 3.4 / 18 )


Next Back