ANUGERAH SAKEST OF THE YEAR 
Friday, December 24, 2004, 03:24 AM
harini dah 22 disember 2004, lagi beberapa hari je lagi kita nak sampai ke penghujung 2004. tahun ni aku rasa kejap betul masa berlalu, yela sebab aku punya rutin harian banyak buat keje dari rilek, pastu masa aku banyak diisi, samada bersukan, ataupun aku layan movie/tvseries yang aku download dari internet. mau taknya, tengok movie je dah makan 2jam, kalau tv series dekat nak sejam. sekali tengok dah berjam2 masa habis. kiranya satu hari tu bukan satu tempohmasa yang lama la. lain la kalau ko dok melepak je mengira masa, memang la terasa lama. contoh macam ko menunggu masa untuk bernikah, sehari rasa macam seminggu la apo la itu la ini la.. wahahahhaa.

tahun ni ramai sikit yang dapat anugerah "saks" disebabkan prestasi mereka yang amat MEMBERANGSANG sekali sepanjang tahun ni. yang pertama, syarikat pembekal elektrik UTAMA kita, tak lain dan tak bukan, TNB kita. dengan bekalan arus elektriknya yang tak penah stabil (semalam je uptime PC aku selama 9 hari hilang disebabkan diorang bikin palat lagi). ada ke karan boleh tak stabil sampaikan UPS aku hantar status mengatakan volt jatuh sampai 170V selama beberapa minit (turun dan naik), sampaikan bateri UPS tu habis dan akhirnya menyebabkan UPS tu shutdown aku punya pc (bateri tu tahan 10 minit je). bayangkan la mak aku tengok tv, tv tu berkelip2. radio padam, pastu tv tu pun mungkin disebabkan arus jatuh terlampau rendah, tv pun padam pastu dia on balik. kena kalau 200 kali jadi macamtu, rosak la barang elektronik tu buduh! aku pun sampai dah tak reti lagi dah nak cerita lagi dengan "pegawai perhubungan pelanggan" badan korporat yang seko ni. balik2 disalahkan aku punya wiring kat rumah aku la apo la. aku ketatkan semua jenis sambungan wayar kat rumah ni banyak kali dah, terutama sambungan neutral dengan wayar hidup pada setiap punca (kotak fius, soket keluar). dah habis ketat dah sampai aku siap guna "impact driver" lagi. tak ada langsung kesan "spark" pada setiap plat besi penyambung tu (biasa kalau wayar longgar, ada kesan karbon/hitam/terbakar terhasil kat plat besi tu sebab dia keluar bunga api). dah tak ada dah. aku siap keluar duit lagi beli ELCB baru (ELCB tupun sebelum ni boleh dianggap rosak sebab berapa ratus kali petir berdentum, tapi faktor utama tetap bekalan elektrik yang tak penah stabil!) pun masih lagi tak jalan. aku siap test buat wiring sendiri dari kotak fius ke plug keluar masuk ke PC aku, pun sama gak. kalau masalah tu berpunca dari wayar besar dari meter ke suis utama, tu bukan keje aku tapi tu keje TNB. kesimpulannya? TNB saks!

tempat kedua jatuh kepada TMNET. tapi sejak bulan 9 haritu, diorang dah mula menunjukkan prestasi yang ada sedikit baik berbanding dengan awal tahun ni. bayangkan dalam sehari aku boleh dapat sampai 30-40 kali "connection reset by peer". semua connection aku putus dan bersambung balik. ni masalah router diorang. tak kira la diorang buat proses naiktaraf ke apa ke, takkan la diorang takboleh "re-route" connection tu pegi tempat lain sementara diorang buat keje upgrade tu. ada dulu diorang penah bagi alasan "encik punya UTP cable tu mungkin bermasalah". bukan rasa nak marah, tapi rasa nak gelak bila aku dengar alasan tu.. hohkohokhohkokhohkho. aku tak salahkan diorang, sebab diorang sebagai 'customer service' cuma menjawab soalan berdasarkan skrip dan juga pendapat sendiri. sebab soalan tu sepatutnya dijawab oleh bahagian teknikal. tapi yang bestnya bila bahagian yang berkaitan jawab macamni "encik punya wayar telefon kat rumah tu mungkin bermasalah". hahahaha, alo incik, dengan orang lain boleh la ko goreng, dengan aku takpayah la. aku kerja dengan TM sebelum ni bertahun2 dah, aku hafal dan masak dah dengan cara kerja diorang. wayar telefon dari tiang masuk ke rumah sampai ke 'termination point' tu (telefon ke, modem ke) memang sendiri bikin, tapi dari DP (distribution point) sampai ibusawat tu keje diorang. abih kalau sambungan dari dp/kotak itam kecik atas tiang tu longgar, tu salah sapa? diorang cakap "DP masuk air" abih tu keje aku ke? kalau aku panjat tiang tu sendiri pastu spray plat besi penyambung DP tu dengan WD40 kasik hilang karat, takpun kasik tak berair, agak2 diorang bayar tak upah aku? alasan diorang memang betul, baik dan sedap didengar, tapi diorang tak perasan yang sebenarnya diorang jerat diri sendiri jugak, sebab jawapan tu yang bermasalah adalah bahagian diorang, bukannya bahagian pelanggan.

beberapa bulan lepas heboh dalam suratkhabar, pelanggan mengadu yang bil telefon diorang melambung sampai beratus malah beribu2 ringgit sebab ada panggilan STD ke luar negara. yang ni lagi aku nak tergelak bila baca. yang bestnya PRO dari telekom sendiri jawab soalan yang tak ada kena mengena dengan masalah sebenar. senarionya macamni: pelanggan download sejenis benda yang akhirnya tertanam dalam pc dia. benda ni akan menyebabkan modem komputer tu akan dail nombor telefon yang terletak di luar negara untuk membuat sambungan internet, sebab program/benda ni nak berkomunikasi dengan mothership dia untuk hantar maklumat dan sebagainya. disebabkan kita kat malaysia, tapi program tu dail ke USA misalnya, maka tu dah dikira panggilan antarabangsa terus dail. tu yang terjadi. tapi khidmat pelanggan TMNET dengan TM jawab jawapan yang tak ada kena mengena (tak tau pulak kalau diorang ada buat sidang akhbar terbaru membetulkan jawapan tu tapi aku tak terbaca, tak dapek acik nak nolong do..hohkohkhkohkohk). dalam kes macamni, dua dua belah pihak la yang bahlul. pelanggan pun satu hal gak, dah tau tak guna internet, cabut la wayar tu dari modem. kalau diri tu berpengetahuan dalam IT takpa la jugak, ni tak, last2 bila jadi kes macamtu, takmo salahkan diri sendiri pulak.

yang terakhir, MAYBANK. bebaru ni heboh yang diorang nak caj pengguna yang menggunakan perkhidmatan MAYBANK2u dengan RM1 sebulan. dia tulis RM6 untuk setengah tahun. aku pun pelik apsal dia guna ayat macamtu. seolah2 orang akan terfikir "RM6 je setahun" padahal rupanya RM12 setahun. ada satu "petition-online" yang mengumpulkan petisyen dari orang ramai yang tak berpuas hati dengan benda macamni. aku pun salah sorang dari pem-petisyen tu. mau tak. setakat diorang caj 50sen untuk 5 kali pengeluaran sebulan tu aku boleh terima lagi. sebab aku jenis keluarkan duit sekali banyak, jadi memang tak sampai 4 kali pun aku keluarkan dalam sebulan. tupun aku penah terkena dalam bulan 7 lepas, aku buat pengeluaran sampai 6 kali, diorang rembat 50sen dari akaun aku. tak jadi hal la. tapi bila dia nak rembat singgit dari akaun aku sebab "caj perkhidmatan", aku dah takboleh terima dah. memang aku tak nafikan, perkhidmatan maybank2u ni banyak memberi faedah, contoh takyah susah2 beratur untuk bayar bil penggunaan. senang nak pindah duit antara satu sama lain yang satu bank. dah la dividen tahunan tak seberapa, pastu nak cilok lagi duit aku. aku simpan duit dalam bank kalau RM1000 aku nak dia kekal RM1000 tu, bukannya nak suruh dia jadi RM988. tak kisahla diorang tak bayar dividen pun, walaupun kenyataannya diorang guna duit aku tu buat pelaburan, diorang PERLU bayar sedikit hasil keuntungan dari pelaburan tu kepada setiap penyimpan. tapi kalau simpan nilai RM1000 bila cukup tahun jumlah tu berkurangan, baik aku simpan dalam bantal atau simpan dalam laci meja je macamtu. nasib baik la baru2 ni diorang keluarkan kenyataan untuk mengkaji semula caj servis ni disebabkan bantahan orang ramai, bila FOMCA pun dah masuk campur. agaknya kalau pengguna tak melenting haritu, diorang pun seronok la caj pengguna ye? takkan la disebabkan korang tak ada duit nak bayar gaji pegawai pegawai atasan diorang, maka duit orang ramai dia nak rembat. kalau rasa keuntungan tahunan tu kurang, potong jela gaji pegawai/pengurus yang besar2 tu. bayar gaji memahal pun tak guna gak kalau tak boleh berfikir dan bertindak secara profesional. dahla "bankcard" pun caj RM8 setahun. semua bank lepasni dah mula caj dah kad ni. alasan dia "kos buat kad tu mahal, ada cip, dan arahan datang dari bank negara". dia rembat RM8 setahun dari akaun aku, bayar aku dividen takat RM2.78 sen, aku dah rugi RM5.22 sen! aku pun heran apsal bank negara luluskan benda2 macamni.

tahun ni pekerja dan pengguna yang berpendapatan rendah memang terasa sukar sikit, sebab harga minyak naik, pastu tahun depan tol pun naik. tupun dikira bernasib baik sebab minyak tu sebenarnya masih ada subsidi, kalau tak ada subsidi ko akan bayar lebih dari 2 kali ganda dari harga yang ada sekarang. rokok pun naik harga, huhuuhu. dengar ceritanya rokok ni akan naik sampai RM20 untuk sekotak 20 batang. mungkin tahun 2010 nanti kot. tol lebuhraya pulak bila sampai ke puncak dia, orang yang masuk dari tol seremban sampai tol sungai besi kena bayar sampai RM15. tu tahun 2030 nanti kalau dikira tempoh konsesi yang ada sekarang ni. bagi yang berpendapatan tinggi, diorang masih boleh tersenyum tapi yang berpendapatan rendah? yang kaya raya masih boleh tersenyum kalau kena saman trafik RM300 sebab bagi diorang tu macam RM3 je duit orang bergaji rendah. dari dulu aku pernah terfikir, apsal konsep kompaun dan saman kat Malaysia ni diorang tak buat berdasarkan peratus pendapatan bulanan? contoh, saman had-laju adalah 50% dari gaji pokok seseorang itu dalam sebulan. jadi, orang yang bergaji RM600 sebulan, dia akan disaman/kompaun sebanyak RM300, manakala orang yang bergaji RM3000 akan perlu membayar RM1500 untuk kompaun dan saman tersebut. bila guna sistem macamni, baru la yang kaya atau yang miskin akan terasa sesak bila setiap kali dikompaun atau disaman. cara macamni aku rasa berkesan untuk mendidik semua orang. ni tak, kalau ko perati, yang banyak buat kes kesalahan jalanraya, dari orang yang banyak duit. setakat kompaun maksimum RM300 tu celah gigi je bagi diorang weh. satu lagi sepatutnya sistem kompaun diorang ni kena ikut macam kebanyakan negara di sebelah barat. saman duit, dan juga servis komuniti. contoh, bayar RM200 dan khidmat masyarakat selama 10 jam misalnya. khidmat tu macam kutip sampah tepi jalan, takpun bersihkan longkang, ataupun khidmat masyarakat di rumah kebajikan. cara macamni baru betul untuk mendidik pengguna supaya mereka akan berasa insaf dan takmo buat lagi dah kesalahan macamtu.

harini aku ada masa terluang yang agak banyak sikit kat pejabat, sebabtu aku boleh lepak depan pc ni sambil update blog.. okhkohokhkoho. nipun aku lari naik tingkat 10, pakai komputer ntah sesapa punya. kira POOL punya la ni. esok rasa macam nak MC la sebab badan aku sakit sakit ni.. dua tiga harini keje aku cuma berjalan2 satu bangunan cari kerosakan je. lenguh dah kaki. hahahahha.
add comment   |  0 trackbacks   |  permalink   |  related link   |   ( 2.9 / 124 )

CERITERA PERTAMA BULAN DISEMBER 2004 
Monday, December 20, 2004, 03:19 AM
ohkohkohkohkhahahahaha. ramai betul yang heran apsal aku lama tak kemaskini (kemaskini adalah bahasa melayu, update is in english, please be aware of that.. haha) website aku ni. bukannya apa. aku memang ada depan pc pun seminggu ni cuma aku tak ada mood nak bubuh apa apa. padahal aku memang bercadang nak tukar antaramuka web aku ni kepada bentuk yang berlainan, tapi sebab seminggu ni cuaca agak panas kat seremban (putrajaya pun sekali la), jadi mood tu hilang. duduk dalam bilik pun berpeluh2 wooo. cuma malam tadi rahmat datang bila hujan turun kejap lepas isyak. ada la dalam sejam hujan turun. agaknya mungkin pokok2 kat luar tu berdoa minta hujan sebab pokok2 tu kekeringan sapa tau kan? ala lagipun sebenarnya walaupun aku tak update blog ni, tapi aku ada bubuh 2 folder baru dalam aku punya "picture gallery", gambar masa raya dengan gambar permandangan yang aku amik kat sekeliling pejabat aku di putrajaya.

tup tap tup tap kejapje bulan syawal dah berlalu, sekarang dah masuk bulan zulkaedah pun. tapi ada jugak yang masih buat rumah terbuka hari raya.. hehe. ala sebenarnya amalam kunjung mengunjung ni tak perlu kira nak tunggu syawal je baru nak buat. bila2 masa pun boleh. ada satu ceramah aku dengar dulu, di akhirat nanti semua amal ibadah akan terhapus dan tak perlu dikerjakan lagi seperti solat dan sebagainya, yang tinggal cuma amalan kunjung mengunjung dan ziarah-menziarahi sahaja. wallahua'lam.

berbalik kepada "new interface" yang aku nak buat untuk tukar blog aku ni, aku masih lagi buat kajian dengan kod kod asp tu sebab banyak sangat yang memeningkan kepala. sebenarnya skrip asp tu aku cilok dari internet, tapi disebabkan apa yang disediakan tu tak memenuhi citarasa aku, maka aku bercadang nak tukar dia punya paparan, tapi akhirnya tak berapa jadi sangat sebab banyak yang lari. hehehe. pastu proses pemindahan data pun leceh sebab "table" dalam database yang aku guna tak sama dengan apa yang dia sediakan. aku kena pindah secara manual, satu demi satu. tu yang leceh tu. tunggu la tahun depan, anda akan dapat melihat rupa baru lamanweb aku ni. lagipun pejam celik dah setahun dah pun aku "larikan" blog ni. kojap yo ghaso eh!

bulan ni banyak betul kengkawan aku yang dah bernikah. minggu depan ada lagi. banyak jugak aktiviti yang bertindih dengan hari hari diorang buat majlis perkahwinan ni sampaikan nak taknak aku terpaksa abaikan yang terkemudian. disebabkan aku dapat kad jemputan dulu, dan yang berkahwin pulak kawan aku, maka aku perlu abaikan aktiviti lain yang dijalankan pada hari yang sama. nasib la, bak kata pepatah "ada aral melintang". jadi kepada anda yang rasa nak berkahwin tu, takyah la buat hari yang sama dengan hari orang lain, apa salahnya buat hari2 yang tak ada kena mengena dengan cuti, contohnya buat hari malam ke, takpun pukul 2-3 pagi ke. cuba la buat kelainan sikit, ni tak, asyik2 hari cuti perayaan, sabtu ahad, pastu waktu tengahari. cuba la buat kelainan sikit. muahahhaa.

tengah aku sedap menaip ni, tetiba aku dapat satu mesej dari YM aku, dia suruh aku bukak url ni: http://c.myspace.com/00026/50/72/26232705_l.gif hehehe tak taula aku kalau betul apa yang dia ceritakan tu. sekarang ni susah dah nak menilai barang makanan tu halal ke tak. bukannya semua barang makanan melalui pengesahan JAKIM, sebab aku ada baca kenyataan JAKIM tempohari, diorang cakap makanan2 yang nak dipasarkan diorang kena mohon kepada JAKIM untuk dapatkan pengesahan cop HALAL. tapi sekarang dah ada pun kes logo tu dipalsukan. pastu ada barang makanan yang tak ada pun logo tu. tu menepati kenyataan pertama, dimana yang tak memohon, takkan dapat logo tu. contoh yang utama macam PRINGLES. aku memang penah makan pun, tapi satu hari aku rasa was-was, jadi aku pun berenti la beli. kena pulak bila aku baca kenyataan JAKIM yang "pringles masih lagi belum memohon untuk mendapatkan pengesahan halal dari pihaknya". aisehman babeh! susah la kalau macamtu. kalau nak ikutkan, beli gula2 yang kat pembalutnya tak ada logo halal pun bermakna gula-gula tersebut diragui kehalalannya?

semalam dari tengahari sampai ke petang aku lepak kat rumah kawan aku sibuk nak cuba baiki sebijik notebook yang rosak. jenis "compaq armada", sekarang dah tak dikeluarkan lagi pun. rupanya notebook jenis ni dia punya ";BIOS" guna sedikit ruangan dalam hdd untuk dia simpan maklumat tentang perkakasan dan jugak maklumat tentang "partition". hahaha. aku pun pening nak cerita camana, tapi begitulah yang aku paham bila aku baca website untuk notebook tu. macam haram! pastu ada sebijik lagi, asal baru nak boot je dia shutdown sendiri. rupanya kipas pemproses dia tak berpusing. lepas tanggalkan casing notebook tu baru la aku perasan kabel kipas tu tercabut. kesimpulan dari eksperimen diatas, dah ada tangan gatal yang bukak benda tu pastu terlupa nak pasang. hehehe.

harini dengan malam tadi aku tak keluar pegi mana2 pun. lepas layan snuker dengan kengkawan aku sampai pukul 3 pagi, balik aku layan katun "transformer energon" yang dah banyak aku download tapi tak ada masa nak tengok. sambung punya sambung, sampai subuh, lepas semayang aku pun tido. bangun je matahari dah tegak. tupun sebab bilik aku berbahang kalau tak jangan harap la mata aku celik. hehehe. lepas mandi, aku pun sambung layan katun tu. harini memang aku malas nak keluar pegi memana. panas kemain woi. bandar seremban tu tahun nije aku boleh kira dengan jari berapa kali aku keluar. maksud aku kat pusat membeli belah tula. tupun aku keluar sebab masa raya tu cari baju, pastu ada sekali dua keluar jumpa kawan. bila dah besar ni, aku dah rasa jemu dah nak keluar jalan2 ni. bukan soal bandar tu menjemukan, kalau aku tinggal kat KL sekalipun ingat aku nak sangat ke keluar jalan2 kat KLCC, timesquare semua tu? kiranya tahun ni aku punya aktiviti banyak kepada "in-door" jela. mungkin masuk tahun baru tahun depan, aku nak tukar hobi baru pulak. muahahaha.
add comment   |  0 trackbacks   |  permalink   |  related link   |   ( 3.1 / 215 )


Next Back